CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8778|Reply: 127

[Tempatan] Saya dah cakap’ – TMJ buka mulut setelah lama berdiam diri.

  [Copy link]
Post time 27-1-2020 04:51 AM | Show all posts |Read mode
Saya dah cakap’ – TMJ buka mulut setelah lama berdiam diriFMT Reporters -

January 26, 2020 11:36 PM


Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor akhirnya bersuara hari ini selepas sekian lama berdiam diri dalam membuat komen mengenai isu politik, mengatakan beliau telah menjangkakan masalah yang melanda negara 2 tahun lalu.

Namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau diminta untuk “melakukan sesuatu” susulan kebimbangan mengenai penularan koronavirus dari China, mengatakan beliau diberitahu untuk tidak campur tangan dalam urusan politik.

“Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang 2 tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan.

“Dua tahun lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur tangan. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan. Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara,” katanya yang lebih dikenali sebagai TMJ di facebooknya.

Beliau kelihatan merujuk kepada serangannya terhadap Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum pada 2018, di mana beliau memberi amaran kepada pengundi supaya tidak mengubah kerajaan kerana keadaan masih boleh diperbaiki.

“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baru. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi,” katanya ketika itu.

Tunku Ismail berkata beliau telah menjangkakan masalah semasa yang dihadapi rakyat.
“Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan 2 tahun lalu telah terjadi pada hari ini,” katanya.
Komennya hari ini kelihatan komen umum yang kritikal terhadap kepimpinan politik negara, lebih 7 bulan selepas Mahathir melabelnya sebagai “budak kecil” dan “bodoh” pada Mei tahun lalu.

Ia susulan persengketaan terbuka mereka selepas komen Mahathir mengenai kuasa istana dalam pelantikan menteri besar baru, berikutan peletakan jawatan Osman Sapian pada Mac tahun lalu.

Hubungan antara Mahathir dan istana Johor tidak pernah mesra selepas Mahathir menolak pindaan perlembagaan pada 1990-an untuk menghalang imuniti raja-raja Melayu daripada dikenakan dakwaan jenayah.

Namun pada awal tahun lalu, Mahathir bertemu bapa TMJ, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di mana Sultan Johor mengambil langkah yang jarang berlaku apabila menghantar Mahathir ke lapangan terbang menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.
TMJ berkata walaupun diberitahu untuk tidak membincangkan hal pentadbiran, beliau akan melakukan apa sahaja yang mampu “kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor”.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ini hal,sya sokong tmj
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesempatan dalam kesempitan...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mizzmimi at 27-1-2020 07:47 AM

Aku pun kutuk gak tmj masa tu.. Memang power fitnah depa waktu itu. Pastu terus tmj belanja orang barang dapur kat aeon tebrau sampai bersepai aeon tebrau tu orang tak sempat checkout. Hehe. Eh ke kes lain haha..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 07:51 AM | Show all posts
sebab klu virus masuk johor dgn dia2 sekali kena walaupun ada 100 pengawal keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk pertama kali aku sokong TMJ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi yg patut kena tutup tambak johor la kan? Takkan virus tu pilih warga China aje...org singapore yg bersentuhan dgn org China tu, org johor yg keje di singapore....semua ada peluang nak kena...

TMJ murah hati nak sponsor makan minum lau tambak johor kena tutup ka???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ekekeke siapa la rakyat2 yang kasik PH menang dulu ek...rasain lorh...jadi resident evil dengan 28days later malaysia ni nanti...virus tu dah la awal2 takkan dapat dikesan, vaksin entah bila akan muncul, banyak dah kes yang positif virus ni awal2 takde tanda2, pelancong2 yang lepas je dari saringan dekat airport...sekali...hamek ko...

Taiwan, Russia, Philippine dan sekat pelancong mainland, kita je belum lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 08:21 AM | Show all posts
menangguk di air yg keroh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 08:25 AM | Show all posts
Ya, untuk perkara ini memang aku pun bersetuju dengan TMJ dan menerima hakikat pahit tukar kerajaan yang makin lagi teruk. Ramai rakyat tertipu dgn panah2 fitnah Kerajaan Pakatan Haprak. Aku cuma harap ada keajaiban iaitu Parlimen dibubarkan segera sebab nak tunggu PRU akan datang lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 27-1-2020 09:15 AM

Tuanku ......

Dulu tuanku teruk kena kecam....tuanku bukak mulut je...kena kecam...kata tuanku bodoh lah....segala mak bapak di sebut...di gali balik.....

Tuanku sponsored rakyat shopping free rm3k sorang kat Giant pun kena kecam....tuanku buat mcm tu sbb takut atok naik....

Yg paling hebat kecam forummer  siyall kat forum Cari ni lah....sapa je yg dorang tau asal johor memang kena kecam....

Tak blh langsung kuar perkataan johor tuanku.....seolah olah jd bangsa johor ni bangsat....pdhal depa yg bangsat.....

Tu bangsa johor yg undi PH dulu tu jenis tak sedar diri....

ADAN UKE..
Dulu dah elok elok jd org, nk tukar jd Ungka....


#donekecam
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Brderet deret nanti komen kat sini kata setuju dgn tmj....

Pdhal dulu dia lah yg maki hamun tmj.....
Dah kena kencing, baru nk sedar diri...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tutup je tambak johor utk china prc.....

China Prc dari spork tak blh masuk JB
Yg dah ada tu, pi ligan balik.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja Johor ni antara raja yg involved politik dan rakyat berbanding raja2 negeri lain ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tutup jer pores sity tu... sekampung cina dari tanah besar.... yg kena kuarantin di hospital tu pun alamat nya di malaysia di pores sity......
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bloodyamuk replied at 27-1-2020 08:02 AM
ekekeke siapa la rakyat2 yang kasik PH menang dulu ek...rasain lorh...jadi resident evil dengan 28da ...

ada mana2 official news ke kata negara2 tu dah sekat pelancong dari mainland China. ada yg terbaru ke..

Kan hanya sekat pelancong dan penerbangan dari Wuhan sahaja..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-1-2020 09:16 AM
Brderet deret nanti komen kat sini kata setuju dgn tmj....

Pdhal dulu dia lah yg maki hamun tmj.. ...

takda maknanya nak support.... dia ni muncul time ada isu2 besar jer yg boleh menampakkan dia mcm hero... padahal hari lain dok show off harta menda....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 27-1-2020 08:21 AM
menangguk di air yg keroh

ezakeli...
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:35 AM | Show all posts
dulu TMJ gak yg kuat kutuk kerajaan lama.  skrg tanggung sendiri la..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 27-1-2020 09:32 AM
ada mana2 official news ke kata negara2 tu dah sekat pelancong dari mainland China. ada yg terbaru ...

Yg ada hanyalah North Korea dgn Taiwan x salah aku...

North Korea ban semua penerbangan luar, Taiwan plak perketat kemasukan china mainland, hanya benarkan bisnes trip dgn pasangan berkahwin jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.109562 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list