CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1957|Reply: 10

[Tempatan] Punggung jatuh, lutut hitam tanda tiada dara, mitos atau fakta?

 Close [Copy link]
Post time 27-1-2020 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Punggung jatuh, lutut hitam tanda tiada dara, mitos atau fakta?FMT Reporters -

January 14, 2020 8:30 AM


Terdapat golongan lelaki yang sangat mementingkan maruah wanita, sama ada ia masih dara atau tidak kerana wanita tersebut bakal menjadi permaisuri dalam hidupnya.
Ada juga lelaki yang tidak kisah akan perkara itu, kerana ia merupakan kisah silam hidup seseorang yang pastinya tidak lagi boleh diubah.
Bagi mengetahui perkara ini, ada beberapa petanda yang boleh dilihat secara fizikal seperti punggung jatuh maka individu itu sudah tidak perawan, jika jalannya mengengkang bermakna individu itu sudah melakukan seks, jika kepala lututnya hitam sudah tidak dara lagi dan bermacam-macam lagi versi teori yang boleh anda dengar.

Persoalannya, adakah ia fakta atau sekadar mitos?
Menurut Dr Amalina Che Bakri, Pakar Pelatih Bedah di Bahagian Surgikal dan Trauma di Imperial College Healthcare NHS Trust di bawah seliaan The Royal College of Surgeons of England, bentuk fizikal seseorang tidak boleh menentukan sama ada individu tersebut masih dara atau tidak.

Sama ada punggung jatuh, kepala lutut hitam, jalan mengengkang atau apa juga sekalipun dari segi fizikalnya bagi mengatakan individu itu tidak lagi dara adalah satu teori mengarut.
Faktor fizikal tidak boleh menjadi faktor pengukur mengenai keperawanan seseorang individu.

Menurutnya lagi, pecah dara sebelum bernikah tidak bermaksud individu wanita tersebut pernah melakukan hubungan seks.
Ini kerana selaput dara boleh terjejas sekiranya individu wanita tersebut melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, melakukan sebarang aktiviti regangan, berbasikal ataupun memanjat sesuatu.

Umumnya, selaput dara bukanlah satu lapisan yang menutup keseluruhan penuh laluan faraj. Ini kerana sekiranya lapisan tersebut menutup secara penuh permukaan faraj, bagaimana untuk darah haid dan sebarang sisa cecair dari faraj keluar?
Jadi lapisan selaput dara hanya menutup sebahagian saluran pembukaan vagina. Manakala sekiranya ia menutup secara penuh, seseorang individu itu mungkin mengalami penyakit yang dikenali sebagai “Imperforated Hymen”, yang akan menyekat pengeluaran haid serta lendiran vagina.

Jika terdapat individu yang mengalami “Imperforated Hymen”, maka keadaan ini perlu dipulihkan melalui prosedur pembedahan.
Dalam hal yang sama, bukan semua bayi perempuan dilahirkan dengan selaput dara.
Ini bermakna jika anda menggunakan lapisan ini sebagai penentu sama ada seseorang masih dara atau tidak sudah tentu tidak boleh diterima akal.
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik kisah tentang dara perempuan jer,  yg lelaki mcm mana pula..  Lelaki pun ramai jer ngeseks sebelum kawen..  Hal teruna lelaki tak kalut pula..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti org komen dr amalina lutut hitam punggung jatuh pelbagai kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ed_Lyn replied at 27-1-2020 09:01 AM
Asyik kisah tentang dara perempuan jer,  yg lelaki mcm mana pula..  Lelaki pun ramai jer ngeseks seb ...

khennn.. lelaki acah2 suci gittewww
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pe ke jadah thread mcm ni masuk CI.....



Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak, lutut hitam tu sebab kulit kering. Pastu ada daki, x sental. Bila nak melutut sujud, ko turun sujud macam nak runtuh dunia. Kbai
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Caner plak kalau y b*ntot flat?
Lagi satu,jantan melayu suka acah2 suci,nak bini y helok,berdara tp diri sendiri dah jd penebuk dara pmpuan2 lain..ada hati lagi nak tny soal dara...

Dah laa penebuk,pengecut,spesis tak bertanggungjwb,ego melangit.. #donekecamjantanuseless!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Boring.. nk tutip tacang je
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg suka suka ukur dara org ni? Pmpuan ke laki yg suka buat kerja gini?
Laki sejak umur 15thn tgk porn xda plak org nk bising..yelah x nmpk tanda muncul kt dahi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2020 12:28 PM | Show all posts
TT .
Thread ni boleh buka di Board Perbincangan Keluarga
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=18

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.659347 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list