CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15576|Reply: 156

Ehemmm ada perancangan untuk dapatkan adik buat Afiyah?

  [Copy link]
Post time 28-1-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://www.hmetro.com.my/node/538831/amp

FOTO makanan tambahan untuk kehamilan berserta kapsyen yang dikongsikan oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Instagram Story semalam mencuri perhatian ramai pengikut dan peminatnya.

Siti, 41, yang kini berada di Gold Coast, Australia berkata, ia adalah sebagai persediaan sahaja dan belum ada sebarang berita kehamilan untuk dikongsikan.

"Ia hanya persiapan dan belum ada apa-apa lagi. Lagi pula, makanan tambahan itu tidak ada dijual di Malaysia," katanya kepada Harian Metro.

Di Instagram Story, Siti menulis kapsyen yang memberikan sedikit pembayang mengenai persiapannya untuk menimang cahaya mata kedua.

"Standby (persediaan) untuk adik Aafiyah," tulisnya di Instagram Story.

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi mengenai usahanya untuk mendapatkan cahaya mata kedua.

“Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun.

"Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF.

“Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya.

“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama,” katanya.

Terdahulu, pada 2017, Siti berkongsi berita kehamilannya ketika usia 38 tahun iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Siti selamat bersalin anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tok K dah 61??? Awat nampak muda ? Nampak beza xjauh dgn tok t??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 02:20 AM | Show all posts
aritu sheols berkonsert dekat australia tak puas jalan la tuuu
buat ivf ni boleh mintak jantina anak siap2 ke... iols harap sheols dpt baby boy pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
huhu siti caras..sampai bila2 ingat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 28-1-2020 02:09 AM
Tok K dah 61??? Awat nampak muda ? Nampak beza xjauh dgn tok t??

Nampak mcm baru awal 50an kan... Hihi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
violetungu replied at 28-1-2020 07:03 AM
huhu siti caras..sampai bila2 ingat.

Jodoh dah ditetapkan Allah.... Lgpun masing2 dah bahagia sekarang kan
#bukanfanstegarct
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2020 08:19 AM | Show all posts
Iols pun baru tau Tok K dah 61 tahun.  Heols tak nampak sekertu itu. Mungkin heols menyerap aura muda dari CT.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya mmg datuk k nmpak berumur.. tak terkejut sgt la dah 61.. kalau 71 tu mungkin terkejut dgn rupa dia sekarang hihi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
violetungu replied at 28-1-2020 07:03 AM
huhu siti caras..sampai bila2 ingat.

Haih sudahlah tu. TZ punya laki skrg jauh lebih hensem dan sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Qatrunnadaain replied at 28-1-2020 10:13 AM
Rasanya mmg datuk k nmpak berumur.. tak terkejut sgt la dah 61.. kalau 71 tu mungkin terkejut dgn ru ...

Gigih chuols nak ckp dato k berumur sampai 3x post. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:21 AM | Show all posts
Amin.....peminat / rakyat malaysia sentiasa mendokan.....mn tau anak ke-2 dpt gelaran Tan sri lak....hahahahhah

kawin - Dato
Anak pertama - Dato sri
Anak ke dua - ??????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
atiqah_bea replied at 28-1-2020 10:17 AM
Gigih chuols nak ckp dato k berumur sampai 3x post. Hehehe

Haha server telco ni lagging so press sekali tak sure submit tak.. so terpost few times haha ok dh delete supaya tak spam XD
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:47 AM | Show all posts
meols doakan ctdk dapat kembar so that lepas ni dah boleh pencen gituuuu tok k nampak muda sebab rambut hitam lagi yach (of coz kaler rambut...oopss) tapi yang tutup uban mesra wudhu' lah agaknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 28-1-2020 10:47 AM
meols doakan ctdk dapat kembar so that lepas ni dah boleh pencen gituuuu  tok k nampak muda seb ...

Hahah btw i ols terbaca kt thread satu ni yg si dewa dewi rossy tu dah bercerai rupanya ya dgn abang nya? And dikatakan dah ada pucuk muda.. siapa ada storiesss
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade rezeki piyah dpt adk lepasni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:08 AM | Show all posts
aiyoo buat la album sedap2 dulu..pastu promote kaw kaaw... dah success buat concert gempak 2020.. then baru boleh preggy!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2020 11:24 AM | Show all posts
sayang_mulut replied at 28-1-2020 11:08 AM
aiyoo buat la album sedap2 dulu..pastu promote kaw kaaw... dah success buat concert gempak 2020.. th ...

korang ingat sheols machine ka? sesuka hati demand itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 28-1-2020 08:19 AM
Iols pun baru tau Tok K dah 61 tahun.  Heols tak nampak sekertu itu. Mungkin heols menyerap aura mud ...

So nampak lagi kacak ke cemana huhu ade org kg iols umur dah masuk 70tahun tapi nampak cam makin hensem plak. Pelik tul, tapi selalunya gitu kan masa muda muka masih banyak baby fat  nampak jambu tapi takde aura macho.
Bila dah makin berumur barulaah nampak lebih menarik. Selalunya org lelaki laaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:29 AM | Show all posts
Suchi replied at 28-1-2020 11:26 AM
So nampak lagi kacak ke cemana huhu ade org kg iols umur dah masuk 70tahun tapi nampak cam makin h ...

Makin kacak tu tak la
Tapi tak nampak macam atok yang berumur 61 tahun. Nampak tak jauh beza dengan CT. Tapi yer la, orka kan. Haruslah menitikberatkan kesihatan dan penampilan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 11:32 AM | Show all posts
Qatrunnadaain replied at 28-1-2020 10:48 AM
Hahah btw i ols terbaca kt thread satu ni yg si dewa dewi rossy tu dah bercerai rupanya ya dgn aba ...

aiyooo rozisangdewi memang dah officially announced pasal perceraian sheols yach since jan last year lagi...sebab ayie kawen dengan minah indon katanya...tapi sheols still mesra je dengan keluarga ctdk...tak kisah pun mencemar duli ke cafe mak salmah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.082291 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list