CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32351|Reply: 225

[Jenayah] Mohd Sajjad pi Mekah pakai telekong ?

[Copy link]
Post time 2-2-2020 08:00 PM | Show all posts |Read mode


Sajat harap dapat umrah yang mabrur
Diterbitkan Hari ini 3:02 petang  |  Dikemaskini Hari ini 3:25 petang

Usahawan dan penyanyi kontroversi Nur Sajat berharap semoga dia memperoleh umrah yang mabrur sewaktu berkunjung ke Kota Suci Makkah bersama keluarganya.

Sajat berkata demikian melalui perkongsian di akaun Instagram miliknya hari ini sambil memuat naik imej dia bersama ibu bapanya serta dua anak angkatnya.

“Syukur alhamdulillah… Dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci Makkah dan Madinah. Selesai sudah umrah kami sekeluarga di kota Makkah.

“Semoga kami sekeluarga mendapat umrah yang mabrur di sisi ‎Allah,” katanya.
Iklan


Penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu mengiringi perkongsian tersebut dengan imejnya memakai telekung manakala pada beberapa perkongsian berbeza pula, dia mengenakan purdah.

Kata Sajat, dia terharu apabila Allah tidak pernah membezakan umatnya dari segi darjat, umur, wajah, jantina, kedudukan, warna kulit atau perbezaan mazhab.

“Terasa diri ini kecil sangat sangat bila saya menjejak kaki di sini, betapa indahnya Islam. Ternyata bila di sini, kita semuanya sama. Menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah,” katanya.

Sajat sebelum ini pernah beberapa kali menyatakan hasratnya untuk menunaikan umrah namun impian itu tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu.

Berkongsi perjalanannya mengerjakan umrah, Sajat berkata, tujuan dia ke sana adalah untuk berbicara dengan Tuhan mengenai kejadian dirinya.

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci, Sajat seolah-olah membayangkan identitinya yang sebenar.

“Bila saya sampai di sini, saya berniat dalam hati saya nak berbicara dengan Tuhan, bicara soal kejadian saya, kenapa saya dilahirkan begini? Kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ini? Kenapa saya yang banyak diberikan ujian? Kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan Syurga itu bukan milik saya?

“Kalau begini kejadian saya di muka bumi ini, kenapa Allah jadikan saya? Kenapa tidak pada orang lain? Tiada siapa yang hendak dilahirkan serba kekurangan,” katanya.

Sajat juga berkata, di tanah airnya, dia selalu dikutuk dan dicaci, namun perkara itu biasanya dipendamkan saja.

“Walaupun di Malaysia selalu dikutuk, dihina, dicaci malah pelbagai tohmahan diberikan kepada saya, saya hanya berdiam diri. Saya musafirkan diri saya.. mungkin apa yang berlaku pada diri saya, dianggap sudah tertulis menjadi insan bernama Nur Sajat,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kunjungan ke Makkah banyak membuka matanya untuk menerima dirinya yang sebenar selain dia sudah mendapat jawapan yang sering dicari-cari selama ini.

“Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, walaupun saya macam ini, saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan.

“Saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah, berlinang air mata saya, bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik-baik mungkin di sini,” katanya.

Sementara itu, melalui semakan Malaysiakini di media sosial, perkongsian Sajat mengundang polemik apabila segelintir daripada warganet mempertikaikan ibadah yang ditunaikan kerana isu status jantinanya.

Kata pengguna akaun @ctnurwahidah, dia berharap Sajat sememangnya wanita tulen kerana jika tidak, dia sepatutnya mengenakan ihram sesuai dengan jantina sebenarnya.

“Aku tak tahu nak komen macam mana tapi aku harap sangat-sangat Sajat ni memang wanita sebab kalau dia mempermainkan hukum Allah, tak boleh nak bayangkan la macam mana,” katanya.

Seorang lagi pengguna akaun @k-enanga berkata, sekiranya benar Sajat seorang transgender, dia tidak sepatutnya ke Mekah dengan berpakaian seperti itu.

“Aku tak kisah sangat Sajat lelaki ke perempuan, masalahnya tempat dia pergi tu Kota Suci. Bukan hal saya kalau dia nak tunai umrah. Saya sokong dia. Tapi jika benar dia seorang transgender, dia tak wajar berpakaian seperti itu. Itu biadab,” katanya.

-MALAYSIAKINI









Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2020 08:01 PM | Show all posts
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman, untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat seperti yang didakwa dilakukan usahawan berkenaan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.



Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohammad Razin berkata, bagaimanapun pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Terdahulu Sajat dilaporkan enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.

Sajat ketika dihubungi NSTP memaklumkan dia enggan menjawab sebarang soalan berkaitan hal terbabit.

Katanya, diam tidak bermakna dia melakukan perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri dan menunggu saja.

Menurut Sajat, dia enggan mengambil pusing mengenai dakwaan terbabit kerana ada masalah yang lebih besar terpaksa ditanggungnya serta memohon diberikan privasi.

Kredit: Berita Harian

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Hiba pula baca artikel di post TT tu.
Kita tak di dalam kasut dia, kita hanya judge dia dari jauh.

Sampai dia ke tanah suci sebab dapat jemputan Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup dia mempermainkan agama. ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:20 PM | Show all posts
che-cikL replied at 2-2-2020 08:09 PM
Hiba pula baca artikel di post TT tu.
Kita tak di dalam kasut dia, kita hanya judge dia dari jauh.
...

Mcm arwah Juwie ..dia mengaku ada dua kelamin ,jadi dia khunsa.

Khunsa dan pondan berbeza.

Cuba buka Novel MONA GERSANG ...............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 2-2-2020 08:20 PM
Mcm arwah Juwie ..dia mengaku ada dua kelamin ,jadi dia khunsa.

Khunsa dan pondan berbeza.

mama juwie tu sah2 lain... yg ni mmg menghina agama pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:36 PM | Show all posts
dino replied at 2-2-2020 08:30 PM
mama juwie tu sah2 lain... yg ni mmg menghina agama pun

KK hina Agama :
Hukuman bagi Seksyen 298A Kanun Keseksaan secara umumnya menyatakan, 1 kesalahan tidak boleh kurang dari 2 tahun atau tidak lebih dari 5 tahun.

Tp knp Sajat x kena jel ???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 2-2-2020 12:30 PM
mama juwie tu sah2 lain... yg ni mmg menghina agama pun


Ada lah tu surat doktor yg dia bg utk visa tu. Ntahlah,semoga tak kena balasan sebab mempermainkan agama. Nak tipu sampai mana? Kadang2 iols rasa musykil dgn jabatan agama, yg pondan2 ni memang mempermainkan agama sampai lepas ke tanah suci tapi takde tindakan. Org tak solat jumaat boleh pulak denda beribu & penjara sebulan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah jumpa Juwie di Makkah. Berkebetulan stay di hotel yg sama. Jadi kerap kali jumpa duduk2 rehat di lobby hotel. Beliau mengenakan pakaian sebagai seorang lelaki.

AlFatihah untuknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:41 PM | Show all posts
jari10 replied at 2-2-2020 08:40 PM
Aku pernah jumpa Juwie di Makkah. Berkebetulan stay di hotel yg sama. Jadi kerap kali jumpa duduk2 r ...

Hukum Khunsa : Memilih sama ada mahu jd lelaki atau perempuan .

Dia pilih lelaki jadi pakaian lelaki la .................
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay,iols baru tengok kat komen ttkm. Sajad drp sini pakai jubah biasa. Tapi bila dah sampai makkah, dia pakailah telekung drp hotel. So technically he didn't break the law. Dapatlah tunjuk kat followers yg dia bertelekung kat masjidil haram. Tapi parents nya boleh lagi ye tersengih tangkap gambar. Mungkin dah berbuih mulut nasihat,tak tahulah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kalo kn Bala biar dia seorg je kene.. Jgn kita.. Sbb dia ni berani btl mempermainkan agama
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
epal21 replied at 2-2-2020 08:40 PM
Ada lah tu surat doktor yg dia bg utk visa tu. Ntahlah,semoga tak kena balasan sebab mempermaink ...

takyah muskil dgn pejabat agama.. sbb ade tangan2 halus dok kontrol.. tgk mujahid tu dah le..

mmg depa nak halalkan lgbt.. jdkan msia sekular.. bebas beragama... ni la hasil undi ph
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:55 PM | Show all posts
epal21 replied at 2-2-2020 08:40 PM
Ada lah tu surat doktor yg dia bg utk visa tu. Ntahlah,semoga tak kena balasan sebab mempermaink ...

Pondan bersepah kat Chow Kit sjk 80 an ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2020 08:56 PM | Show all posts
dino replied at 2-2-2020 08:53 PM
takyah muskil dgn pejabat agama.. sbb ade tangan2 halus dok kontrol.. tgk mujahid tu dah le..

m ...

Mujahid kan anak emas DAP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2020 08:57 PM | Show all posts
ina_na replied at 2-2-2020 08:53 PM
Harap kalo kn Bala biar dia seorg je kene.. Jgn kita.. Sbb dia ni berani btl mempermainkan agama

koronavirus pn dh smpi sini ..apa nk dikata ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 2-2-2020 08:57 PM
koronavirus pn dh smpi sini ..apa nk dikata ?

ade org share kat ig.. org kelate sebut carbonara virus haha
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebal betul dia ni
Buat ikut sukati dia je
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnya kau bang jat... Nak pergi tu boleh tapi tak boleh kembali pada fitrah ke? Kejap je pun, umrah je kan bukannya hang nak kena buat haji.... Takat jadi jejantan seminggu tak mati pun hang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.154074 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list