CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3312|Reply: 3

Suku Iranun kreatif bertenun, menjahit

[Copy link]
Post time 3-2-2020 01:37 PM | Show all posts |Read mode



Kota Belud: Usia Pandian Sulaiman hampir mencecah 70 tahun, namun tidak seperti kebanyakan warga emas lain yang mungkin banyak masa dihabiskan berehat di rumah tanpa melakukan sesuatu bermanfaat.

Justeru, beliau yang mempunyai kepakaran menenun kain sejak zaman anak dara dipraktikkan bukan sahaja untuk diri, malah dikongsi ilmu kepada generasi muda di Kampung Rampaian Laut, Kota Belud, Sabah.

Pandian berkata, sejak dahulu kaum Iranun pandai menghasilkan pelbagai kerja tangan seperti menenun dan menyulam.

“Saya mula belajar menenun daripada nenek dan ibu ketika masih kanak-kanak. Pada ketika itu, anak perempuan suku Iranun diajar dengan pelbagai seni kemahiran seperti menjahit, menenun, menganyam dan semua yang berkaitan urusan rumah tangga.

“Anak kaum Iranun kalau tidak pandai menenun kain, adalah satu kerugian kerana hasil kraf tangan ini begitu unik hanya mampu dibuat oleh kami sahaja,” katanya .

Pandian pakar menenun kain mugah, kain ampik, kain pajuntai, kain dastar dan sambitan yang juga pakaian tradisional kaum Iranun.
Beliau mahir menganyam tikar berhias (tipo selisir), menyulam manik dan langkit.

Menerusi hasil kreativiti berkenaan membantu beliau menampung pendapatan keluarganya.

Hasil tenunan ini bukan sahaja terkenal di Sabah, malah ke serata dunia, termasuk di London apabila beliau diminta Tourism Malaysia untuk mempamerkan hasil kraf tangan serta membuat demonstrasi tenunan ketika mempromosi kebudayaan etnik Malaysia.

Ketika Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melawat Galleria Artistan Tun Mustapha, di Sabah Mac lalu, baginda berkenan mengunjungi bengkel Pandian untuk melihat sendiri penghasilan kain tradisional masyarakat Iranun berkenaan.

“Tenunan Sambitan sangat istimewa berbanding tenunan lain kerana kedua-dua belah hasil tenunan ini boleh dipakai. Selain pakaian, kain tenunan dihasilkan boleh dibuat dastar untuk dipakai lelaki,” katanya.

Walaupun buta huruf, namun atas usaha dan kegigihannya, Pandian mampu menghafal 30 jenis corak tenunannya dan berupaya mencipta corak baru berasaskan alam semula jadi.

Antara motif hasil kerja tangannya ialah bunga kapas, tuara, kelinguan, sumpinga kundur dan unsud yang semua berkisar kepada kehidupan masyarakat Iranun seharian.

Dengan kecekalannya, ibu kepada tujuh orang anak ini dianugerahkan gelaran Adiguru Kraf Tenunan Sambitan, pada 2006 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

Anugerah itu bagi menghargai usaha beliau dalam mengembangkan seni warisan masyarakat sabah, khusus dalam seni warisan kraftangan tenunan masyarakat Iranun Kota Belud.

Bagi memastikan seni kemahiran yang menjadi kebanggaan suku Iranun ini terus berkembang, Pandian memberikan latihan dan bimbingan menenun kepada beberapa orang remaja lepasan sekolah yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.

“Rumah saya dijadikan bengkel melatih penenun muda yang berminat. Melihat kesungguhan itu, saya mendapat bantuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membina sebuah bengkel yang lebih selesa dan boleh menampung lebih ramai pelatih.

“Alhamdulillah, kini sudah ada ramai pelapis mewarisi kemahiran kami ini,” katanya.

Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru dalam kraf Tenunan Kain Sambitan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan, pada 2006, selain pemenang Special Recognition Award 2009, oleh Sabah Tourism serta Tokoh Seni Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia sempena Hari Seniman, pada 2012.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2020 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
70 tahun? Biar betul.. Makcik tu mcm 60 an ja.. Awet muda betul.. Cantik la hasil tenunan makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2020 02:05 PM | Show all posts
cantik....buat beg ler makcik, saya suka bag2 seni kraf ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2020 10:05 AM | Show all posts
Wow! Cantiknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061525 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list