CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 9

[Jenayah] RM ada opis di PMO

[Copy link]
Post time 5-2-2020 08:20 PM | Show all posts |Read mode



‘PMO wujudkan FLOM untuk Rosmah atas arahan lisan’
Kow Gah Chie & Alyaa Alhadjri

Diterbitkan Hari ini 6:39 petang
A+
A-
KES ROSMAH l Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) semata-mata menerima arahan lisan untuk mewujudkan bahagian First Lady of Malaysia (FLOM).

Pengarah Bahagian Keurusetiaan dan Pengurusan Perkhidmatan PMO, Huzairi Zainal Abidin, 43, pada perbicaraan hari pertama kes rasuah RM6.5 juta dihadapi isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berkata, bahagian-bahagian di PMO distrukturkan semula pada 2009.

Katanya, beliau diarahkan oleh Ab Aziz Kassim, setiausaha sulit kanan Najib, untuk menubuhkan sebuah bahagian baru untuk mengendalikan hal ehwal yang melibatkan isteri perdana menteri itu.

"Setakat yang saya ingat, terdapat juga arahan untuk menamakan bahagian baru itu sebagai bahagian First Lady of Malaysia, tetapi saya tidak ingat siapa yang memberikan arahan itu.
Iklan


"Tiada dokumen menunjukkan penubuhan bahagian FLOM kerana penubuhannya berdasarkan arahan lisan dan melibatkan kegunaan dalaman PMO sahaja," ," kata Husairi.


Kakitangan FLOM kemudian meningkat kepada lima orang pegawai termasuk bekas pegawai khas Najib, Rizal Mansor, daripada awalnya hanya seorang pegawai, katanya.

"Selain pegawai, kakitangan sokongan turut diambil untuk melakukan kerja-kerja perkeranian tetapi saya tidak dapat ingat berapa jumlah mereka," katanya.

Menurutnya, tidak ada belanjawan khusus yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti tetapi kakitangannya layak untuk menuntut elaun pengangkutan dan kerja lebih masa jika mereka perlu menghadiri dan menganjurkan acara seperti yang diarahkan.

"ara kakitangan dan pegawai bahagian ini dibayar di bawah bajet PMO," katanya sambil menambah bahawa FLOM disenaraikan dalam direktori laman web PMO.

Namun, kata Husairi yang membacakan pernyataan saksi di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, penggunaan nama FLOM itu menjadi isu besar kerana ada pihak yang beranggapan gelaran FLOM adalah untuk Permaisuri Agong.

Susulan itu, katanya, nama FLOM ditukarkan kepada Bahagian Khas pada Ogos atau September tahun yang sama bagi mengelakkan salah faham, namun fungsinya tetap sama.

“Sebelum pemerintahan Najib, isteri perdana menteri terdahulu hanya diberi bantuan seorang setiausaha sulit khas yang berperanan untuk menyelaraskan program yang perlu dihadiri oleh isteri perdana menteri.

“Sebelum ini bahagian FLOM tidak pernah diwujudkan di PMO,” katanya sambil menambah isteri-isteri bekas perdana menteri, termasuk Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hanya diperuntukan khidmat seorang setiausaha sulit.

Dalam pernyataan pembukaannya, pendakwa raya utama Gopal Sri Ram berkata Rosmah begitu berpengaruh walaupun beliau tidak mempunyai sebarang kedudukan rasmi dalam kerajaan.

"Dia meletakkan dirinya dalam kedudukan boleh mempengaruhi keputusan dalam sektor awam.

“Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan langsung dan mengikut keadaan untuk menunjukkan tertuduh meminta dan menerima suapan seperti didakwa dalam pertuduhan terhadapnya," katanya,

[Baca berita penuh]


RM : Bukan Ringgit Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu keliru dgn pangkal huruf artis / phblic figure.. AA la, AB la, DA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 09:03 PM | Show all posts
Kurex replied at 5-2-2020 12:57 PM
selalu keliru dgn pangkal huruf artis / phblic figure.. AA la, AB la, DA

Adinda ..kirim salam Sajat di bumi anbiya'

Adinda msh di Jeddah ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kabarnya Jijah Abod ni paling dibenci oleh penjawat2 awam bila berurusan dgn opis Flom nih. Betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 5-2-2020 09:03 PM
Adinda ..kirim salam Sajat di bumi anbiya'

Adinda msh di Jeddah ?

pulak... merepek apa ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2020 09:14 PM | Show all posts
pyropura replied at 5-2-2020 01:09 PM
Kabarnya Jijah Abod ni paling dibenci oleh penjawat2 awam bila berurusan dgn opis Flom nih. Betul ke ...

entahlah kekanda..kekanda dah minta keje kat PMO belum dapat lagi ............
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-2-2020 09:19 PM | Show all posts
Kurex replied at 5-2-2020 01:13 PM
pulak... merepek apa ni???

Adinda nak jadi arwah ?



al Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tubuh opis atas arahan lisan,  jpa bayar gaji juga ke?  ada pencen x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2020 09:48 PM | Show all posts
Scintilla replied at 5-2-2020 01:38 PM
kalau tubuh opis atas arahan lisan,  jpa bayar gaji juga ke?  ada pencen x?

Adinda Fong Chan ..sila tanya alustazazah alneo aldaps


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 12:20 PM | Show all posts
GuaSayangMelaka replied at 5-2-2020 09:48 PM
Adinda Fong Chan ..sila tanya alustazazah alneo aldaps

ada virus masuk masjid???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.101746 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list