CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 4

Driver Myvi mabuk hampir langgar polis

[Copy link]
Post time 6-2-2020 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 6-2-2020 03:22 PM

Dah mabuk ke langgar polis ?

Amirul Aiman Hamsuddin
[email protected]

DUA anggota polis Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berdepan detik cemas sejurus kenderaan dinaiki dirempuh sebuah kereta disyaki dipandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku jam 3.44 pagi tadi di Kilometer 16.4, Lebuhraya Grand Sepadu menghala ke Klang, Selangor.

Bagaimanapun kedua-dua anggota polis yang menaiki kereta peronda Proton Waja itu bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan.

Menurut sumber, kedua-dua anggota terbabit dalam perjalanan memberi bantuan kepada kenderaan Land Rover Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, yang mengalami kerosakan di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika berada di lokasi, sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu laju di lorong kiri
merempuh kereta peronda polis berkenaan.

“Difahamkan seorang lelaki yang juga pemandu kereta Myvi berusia 20-an ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun ujian perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, video kemalangan itu tular di laman sosial Facebook dan mendapat kecaman netizen berikutan tindakan pemandu kereta Myvi itu yang cuai biarpun jelas kelihatan lampu mata arah dipasangkan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2020 03:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 04:45 PM | Show all posts
Ya ampun sipi2 lagi nak kena polis 2 org tu. Jangan nanti ada statement jumlah alcohol masih ikut limit pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 05:04 PM | Show all posts
supermum replied at 6-2-2020 08:45 AM
Ya ampun sipi2 lagi nak kena polis 2 org tu. Jangan nanti ada statement jumlah alcohol masih ikut li ...

Kalau ikut limit dia boleh terlepas ? Sorry la
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 06:22 PM | Show all posts
Siap ler nak menjawab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-1-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051396 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list