CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35253|Reply: 280

Peminat Siti Nurhaliza tidak berubah - Sebab Tokti penyanyi no.1

  [Copy link]
Post time 13-2-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddysheddy at 14-2-2020 12:48 AM

Terbaca artikel ni kat ohbulan. Jom bincangkan pandangan penulis ni. Huhu

KINI TRENDING
13, February 2020
‘Artis Bergabung Jual Konsert Tiket RM80 Pun Tak Laku’ – Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Penyanyi Nombor 1


Pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 34 baru-baru ini, penonton dikejutkan dengan penampilan khas penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Penampilannya di minit akhir persembahan ‘Anta Permana’ bersama penyanyi gantian Bob Yusof membuat ramai peminat muzik tempatan teruja.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa kemunculan kembali Dato Siti Nurhaliza menjadi trending di media sosial. Menerusi Facebook Mohszin Mokhtar, menjawab persoalan mengapa Siti Nurhaliza diangkat sebagai ‘penyanyi nombor 1 negara’ walaupun sudah lama di dalam industri, bukannya penyanyi baru yang semakin meningkat naik.


Kenapa bukan artis baru jadi nombor 1


Sebelum apa-apa, saya perlu nyatakan bahawa saya bukanlah peminat Siti Nurhaliza.

Saya menulis berdasarkan pemerhatian saya. Anak saya pernah bertanya – kenapa setiap kali diumum nama Siti Nurhaliza, pengacara mesti akan perkenalkan Siti sebagai “penyanyi nombor 1 negara”? Lagu bukan sedap sangat katanya!

Kenapa bukan Sufian Suhaimi? Aiman Tino? Floor 88? Wany Hasrita? Hakiem Rusly? K-Klique? Jawapan saya mudah. Faizal Tahir, Hafiz Shuib dan Siti Nurdiana pun tidak layak – takkan lah nama-nama yang anak saya sebut layak!


Siti tetap Siti


Tapi sebenarnya bila kita fikirkan semula, Siti Nurhaliza adalah antara sedikit perkara yang tidak mahu diubah oleh generasi berumur 30-50 tahun. Ya, generasi saya dan majoriti rakan-rakan saya.

Ya, kita sudah mengubah dunia. Generasi kitalah yang berubah – lantas mengubah dunia. Dari telefon ke smart phone, dari bungkus mamak ke Food Panda. Dari teksi ke Grab. Dari TV ke Netflix. Dari surat ke SMS ke Whatsapp. Dari diari ke Myspace ke Facebook. Dari shopping mall ke Lazada & Shopee. Dari Siti Nurhaliza ke Siti Nurhaliza!

Konsert tiket RM400 pun habis terjual


Ya, zaman berubah. Tapi peminat Siti Nurhaliza tidak! Ini yang hebatnya. Dan peminat Siti Nurhaliza sekarang adalah dari kalangan yang berduit. Konsert tiket RM400 sold out.

Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan 2 lagi artis bergabung untuk membuat konsert tiket RM80 pun terpaksa batal kerana tidak cukup pembeli tiket! Periuk dijual Siti Nurhaliza mencatat jualan jutaan ringgit. Dalam masa 2 jam! Siti juga masih gah sebagai model produk-produk lain. Selain produk sendiri.

Ya, pada akhirnya nilai komersil yang penting. Adakah peminat anda sanggup mengeluarkan duit untuk melihat anda menyanyi, beli produk anda atau beli produk yang anda duta nya. Peminat sekadar suka dan tonton free di YouTube tidak akan menjadikan anda penyanyi nombor satu negara! Tidak akan.

Siti tidak berpolitik


Kekadang kita lihat Siti Nurhaliza juga dikecam. Biasanya oleh netizen yang asyik berpolitik. Bahawa Siti juga berpolitik. Tidak, Siti tidak berpolitik. Berpolitik untuk selebriti adalah menggunakan kedudukan atau populariti untuk meraih sesuatu. Sama ada populariti lebih tinggi, atau kedudukan, atau job.

Siti tidak perlukan itu semua. Siti konsisten meminati Tun M sebelum Tun M jadi PM ke-7 lagi. Tidak lalang seperti artis lain. Dan Siti tidak dibayar untuk sebarang penampilan politik. Malah tidak pernah bercakap pasal mana-mana parti.

Siti layak diangkat nombor 1


Yang mengecam Siti adalah bukan dari kalangan orang yang membeli tiket konsert Siti. Orang yang membeli tiket, relax sahaja. Maka, mungkin kita boleh bersetuju bahawa Siti bukan sahaja epitome kepada penyanyi Malaysia. Malah berkataan epitome itu pun selayaknya dipanggil “Siti Nurhaliza”.

Lee Chong Wei adalah “Siti Nurhaliza” atlit negara. Atau Rosyam Nor adalah “Siti Nurhaliza” bagi pelakon. Boleh begitu?

Peace.

Sumber: Mohszin Mokhtar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu perkara adik2 bbnu harus blajar dgn ctdk. Eh sbnrnya artis2 yang sama era dgn ctdk jugak- never take things for granted. Bila dpt peluang buat konsert atau perform di final AJL atau AIM, jgn buat sambil lewa, kalau perlu kluar bajet utk setup props dan penari, jgn terlampau berkira. Jgnla Blk2 bgantung pd vokal, baju, mic stand, mimik muka, tendang kaki2 etc mcm tu jer.  Itu semua penting sbg reference penting dalam port folio pekerjaan korg. Siti tu kalau stkt bgantung 100% pada suara ja, ramai lagi yg boleh belting power2 dari dia, tp dia menang dan jauh tinggalkan pesaing dia sbb dia xambik mudah ttg segenap aspek, konsep persembahan, props, penari, kalau perlu dia sendiri pun kena hafal step tarian, kalau perlu buat gimik dia xlokek masa untuk turun praktis dgn team wpn sibuk mcm mana pn. Dan dia buat semua tu secara konsisten, bkn ikut mood or tgu sampai seru. Suara siti tu plak mmg sentiasa diasah dan dilatih, masih lg ampuh menyanyi secara live. Tp paling org lain xleh lawan ialah kebijaksanaan pengurusan dia yg rangka jadual siti dgn begiti baik. Kalau xsilap rozi pnh mention jadual siti kdg2 dh dirancang utk 2-3 tahun terus. Hebatnya ctdk dan itulah artis2 lain perlu belajar mcm mana sheols bijak rencanakan karier.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2020 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddysheddy at 14-2-2020 01:03 AM
scrocth replied at 14-2-2020 12:45 AM
Satu perkara adik2 bbnu harus blajar dgn ctdk. Eh sbnrnya artis2 yang sama era dgn ctdk jugak- never ...


Setuju ngan uols.. siti ni kalau bab buat persembahan dia mmg sering all out. Kalau nak menyanyi mesti ada step menari bagai.. which is tak ramai penyanyi yg sanggup commit.

Tak tau dpt drmn tenaga dia macam tak penat2. Beausiti kah? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju. siti tetap siti
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 01:21 AM | Show all posts
Pada I , kukuhnya Siti dalam industri ni sebab team sheols yang pada masa itu dikira top notch dalam industri.
Cuba bayangkan Siti tu diurus oleh abangnya Ayie , silap-silap Dayang Nurfaizah boleh jadi penyanyi no.1 negara.
And I tahu Siti cakna akan kepentingan dan bakti Rozi dalam hidup dia , itu sebab Siti tu sayang Rozi sangat-sangat...
Sheols sendiri tahu tanpa Rozi , entah siapalah Siti Nurhaliza tu sekarang , entah-entah artis bermusim macam Kak Deeb,Kak Mitch and Linda Martopo
Ditambah lagi dengan adanya Michael Ong dan Nurul Shukor yang jadikan Siti one of the fashion icon at that moment..Siti pada zaman mudanya very the-fashion forward ya !
Dan SRC pun banyak main peranan jugak,theyols tahu kekuatan vokal Siti dan use it to jenamakan a brand called 'SITI' , sekarang tinggal nak maintain je
Pada I ada je beberapa artis lain pada zaman pasca kahwin Siti yang ada kaliber untuk jadi Penyanyi No.1 Negara,tapi tersilap langkah di situ dan di sini.
1.Shila Amzah ( kes Sharnaaz and gaduh dengan family berdengdang syahdu menyanyikan lagu Ombak Rindu tu legend yach
2.Yuna ( cumanya genre dia is not the mainstream genre in Malaysia,and she choose to  fly to the States rather than fight for her music in her own country..apapun dua-dua berbaloi )
3.Wany Batista ( yang ni sebab vokal ampuh,lain aspek I rasa sheols antara BBNU cemerlang )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2020 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti ni dia beruntung sebab disenangi oleh banyak lapisan org.. macam boleh bergaul segala jenis org.  retis yg nampak macam urban pun minat dia retis yang kampung lagila kan haha

How can someone penyanyi kampung tapi nampak disukai org yg macam urban2 seksi2 moden2 yg macam tak kita fikir yg mereka minat adore atau teruja jumpe ct..

Ct diminati amber chia, soo wincii, alexis sueann, nabila huda, ida nerina, leya, rebecca,  ntah sape lagila..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2020 01:33 AM | Show all posts
Satu benda I perasan Siti TAK PERNAH ada satu tahun yang lagu dia tak berkumandang dalam stesen radio ??I ambik dari 2010s

2010 - Amarah , Jika Kau Tak Datang
2011 - Falling In Love
2012 - Muara Hati , Galau
2013 - Galau , Lebih Indah
2014 - Jaga Dia Untukku , Terbaik Bagimu
2015 - Terbaik Bagimu , Seluruh Cinta
2016 - Dirgahayu
2017 - Dirgahayu , Segala Perasaan
2018 - Comel Pipi Merah , Kisahku Inginkan
2019 - Kisahku Inginkan , Anta Permana



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2020 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddysheddy at 14-2-2020 01:46 AM

Dan siti juga beruntung sebab dia diminati org yg da sedia popular atau berpengikut jugak macam neelofa, wany hasrita, sajat, mira filzah, hanis zalikha, jihan muse, vivy yusof...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2020 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti juga beruntung sebab walaupun diri dia sepatutnya dianggap sebagai rival tapi dia juga adalah artis yg digemari retis2 ngetop indonesia haha.. macam pelik pun ada jugak.

Dia diminati KD (ofcos la kan best friend gitew).. rossa, judika, chakra khan, lesty, hetty koes endang.. matila nakk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju...

Pastu yg  dok kecam2 siti perampas tu lantak la.

Kita minat hasil kerja dia sebagai penghibur...

pedulik hapa dia kawen dgn duda sape , anak tiri dia sape... xjejas mutu persembahan dia  pun ...

Sbb tu propanganda "ctcaras" tak jejaskan pun jualan tiket dia... ntah2 yg dok laung "ctcaras" ni kot diberi tiket gold free agak2 sanggup tolak x.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:24 AM | Show all posts
siti tetap siti
Tu pun ada bapok tua B40 gigih menglevelkan sheols di twitter kalah dengan noraniza idris... padahal dia pun pengacara sangkak yang takat popular di zaman 80an... lepastu jatuh level sebagai rumput yang hanya layak untuk di pijak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:30 AM | Show all posts
budak2 memang la tak reti nak menilai lagu dan nyanyian... dok dengar lagu baby shark doo doo doo doo menari terkinja2 je....

nanti bila dah besar baru dia tahu nilaikan "penyanyi" sebenar macam mana... bukannya takat lagu sedap, rancak, hits and pop jah layak menang...

kalau nak lagu sedap twinkle2 little star pun boleh menang... sedap apa lagu tu... catchy pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
eddysheddy replied at 14-2-2020 01:01 AM
Setuju ngan uols.. siti ni kalau bab buat persembahan dia mmg sering all out. Kalau nak menyanyi ...

hahahaha
beausity ? .... hahaha hahaha
aku hanya manpu ketawa saja
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Siti jadi penyanyi no.1 bukan sebab team pengurusan dia...tapi talent dia.  ...suara dia...X de makna dayang norfaizah ke...ziana ke..erra ke atau artis baru mcm.erni tu ke jadi no 1 kalau suara mereka x sepower atau x mampu mengalahkan talent suara CT....bukan attitude CT...tapi talent suara tapi CT talent suara dan attitude dia yg mmg bonus menyokong suara dia menyebabkan dia lagi dihormati. ...bukan sebab kecantikan dia. ..tapi TALENT..SUARA.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
1lagi ni yang paling penting aku nampak
Asal ade bbnu dia akan ambik peluang berduet sesama. Tp bbnu yg nmpk cerah masa depan ler..

Mmg dia kna kecam mcm nk menempel
Tapi cara tk langsung menaik kan nama bbnu tersebut..

Bbnu sekarang dtg dgn pakej
Buat lagu pn best2 cth hael
Ke guana uolls0
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia dia kekal relevan smpi 20thun tu.
Amazing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 14-2-2020 06:57 AM
1lagi ni yang paling penting aku nampak
Asal ade bbnu dia akan ambik peluang berduet sesama. Tp bbn ...

Ct sanggup berubah seiring dengan masa demi memastikan karier tetap relevan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok pulak perbincangan ni.. macam2 idea korang keluarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi tengah KL tu tanya siapa haters siti. Aku percaya ada beribu angkat tangan. Cuba tanya yg beribu tu siapa kata siti tak boleh menyanyi? Mampus sorang pun takkan angkat tangan. Siapa boleh nafikan? Kau benci siti mcm benci yahudi pun boleh ke kau buktikan siti tak ada bakat? Tu yg asyik berzikir siticaras sepanjang zaman tu. Atau model english siti hauk, atau baju kampungan dia. Lain tadak!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by eddysheddy at 14-2-2020 07:52 AM
noor2 replied at 14-2-2020 06:38 AM
Siti jadi penyanyi no.1 bukan sebab team pengurusan dia...tapi talent dia.  ...suara dia...X de makn ...


I sebenarnya macam nak setuju ngan statement u ni sebab i sendiri pun minat ct bermula dgn dgr suara dia. Haha. Rupa pun satu hal juga. Ct adalah satu2nya retis perempuan yg i pernah dgr statment seperti ini masa dia muda2 dulu.
1- "dengan ct je i sanggup jadi straight"kata seorang rogayah
2- "kalau dia masuk ratu cantik comfirm boleh menang dgn rupa yang macam ni" Haha
3- "kau ingat kau cantik macam siti nurhaliza?" Ofcos ada ramai lagi org lagi cantik tapi jarang2 pulak kita dgr nama diorg dibuat perbandingan

Cuma attitude menyebabkan dia boleh maintain dalam industri. Kontroversi prinsip dia masa mula2 menyanyi pun mengundang perhatian yg mana susah nak jumpe retis sebelum tu. Mengelak digandingkan dgn artis lelaki, kena pakai baju sopan dll. Sampai media pun kecam dia pada awalnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.504576 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list