View: 9745|Reply: 182
|
[Tempatan]
Wan Azizah rayu rakyat Msia meluangkan masa bercuti dlm negara utk selamatkan in
[Copy link]
|
|
Malaysia masih selamat untuk melancong - TPM
Permulaan tahun ini agak mencabar khususnya untuk sektor pelancongan dan kerajaan sedang merangka pelbagai strategi bagi membantu industri.
Rakyat diseru untuk bersama-sama memberikan mesej yang positif, bahawa Malaysia masih selamat untuk dikunjungi, walaupun negara kini berdepan dengan penularan COVID-19.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, permulaan tahun ini agak mencabar khususnya untuk sektor pelancongan dan kerajaan sedang merangka pelbagai strategi bagi membantu industri itu, berhadapan masalah berkenaan.
Katanya dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap penularan COVID-19, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Pemulihan Pelancongan, bagi merangka strategi pemulihan industri pelancongan negara, yang terkesan dengan keadaan itu.
Selain itu MOTAC turut merangka strategi jangka masa pendek untuk pasaran jarak dekat negara-negara ASEAN, sebagai kempen alternatif untuk pemulihan industri pelancongan negara.
Dr Wan Azizah pada masa yang sama turut mengajak rakyat Malaysia, untuk meluangkan masa bercuti dalam negara bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dan terdapat lebih 200 acara dalam kalendar pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri, mahupun pihak swasta.
"Dalam menyemarakkan kempen Visit Malaysia 2020 bagi pasaran antarabangsa, kita sebagai tuan rumah hendaklah menyambut kehadiran pelancong dengan ikhlas dan ramah mesra. Kita juga seharusnya mempamerkan tradisi budaya rakyat di negara ini, yang masih menjunjung tinggi nilai ketimuran, seperti sopan santun, jujur, amanah, hormat menghormati dan berbudi bahasa.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahhhhh...buka main lagi...
bila bab duit....sibuk merayu kat rakyat...
bila rakyat merayu kat kerajaann....
dikencing-kencing nyer ajer....
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-2-2020 11:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Maksud TPM, Malaysia masih selamat untuk dikunjungi khas buat Pelancong dari CHINA... kau jemput mrk ramai2 lepas tu kau buat2 hairan kenapa rakyat takut nak bersama2 pelancong PRC di dalam negara?
Demi keluarga, anak2 baik laa duduk dirumah shj...ntah brp ramai pelancong2 PRC dihotel2, bilik2 airbnb, restauran & tahap kebersihan yg meragukan. dah la nama2 hotel yg terlibat dgn kes virus korang rahsiakan |
|
|
|
|
|
|
|
ajaklah politician dan kaum kerabat mereka bercuti dalam negara...
ini tidak,
asal bercuti je ke london, ke jepun...
kalau guna duit sendiri tak apa la..tapi dengar ceritanya guna duit rakyat...hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-2-2020 11:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jangan kata nak bercuti..nak pegi mall pun takut...ramai puak dia merayau kat mall, besepah sini sana...tengok muka diorang pun..mcm nampak zombi,cepat larikan diri... |
|
|
|
|
|
|
|
Wowwwwww... Sila suruh hotel bagi 60% diskaun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut halang pelancong prc sementara waktu...bila kita sifar covid 19 barula pelancong negara selain prc dtg..kot2 pelancong mat salleh rindu sepet prc leh lepaskan kat sepet dap. Mmg la rugi x dpt pelancong prc tp keselamatan rakyat lebih penting kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
JohnnyLever replied at 16-2-2020 11:27 PM
kena tanya komen @pyropura
kena ajak atuk tua joget lambak haha |
|
|
|
|
|
|
|
line tak clear, tengok apa jadi pada menteri ekonomi
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan aku harap gov tak sorokkan pape info pasal corona ni wpon dlm negara....
Meng ramai yg sebarkan benda x betul, to ade yg betul just nak elakkan panic je.....
Risau wei nak g memana skrg, nampak cina local pon da rs seram, dgn mask.yg kat mana2 pon da susah nak dpt ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kaishi replied at 16-2-2020 11:54 PM
Dan aku harap gov tak sorokkan pape info pasal corona ni wpon dlm negara....
Meng ramai yg sebark ...
Aku tgok org selamba je.....
Tak pakai mask pun....kat jln tar tu elok je mcm biasa....sampai aku pun lupa pasal koronavirus ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 16-2-2020 11:40 PM
Wowwwwww... Sila suruh hotel bagi 60% diskaun..
Mentang2 ang tak buat business otel yer |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 17-2-2020 12:03 AM
Aku tgok org selamba je.....
Tak pakai mask pun....kat jln tar tu elok je mcm biasa....sampai a ...
Yg pakai mask ni seeloknya org yg sakit je |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kata nak melancong.. pasar malam pun aku tak pergi tau. Semua tempat2 ramai org aku elak. Nak beli barang dapo kat market pun aku agak2 time x ramai & beli siap2 stock brg2 basah utk seminggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee replied at 16-2-2020 11:42 PM
Patut halang pelancong prc sementara waktu...bila kita sifar covid 19 barula pelancong negara selain ...
Yang ni aku setuju sangat2.. |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 17-2-2020 12:54 AM
Mentang2 ang tak buat business otel yer
Dari rugi baik bagi diskaun..sekurang tetap ada pelancong dlm negeri.. |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee replied at 16-2-2020 11:42 PM
Patut halang pelancong prc sementara waktu...bila kita sifar covid 19 barula pelancong negara selain ...
China pun dah ban rakyat dia keluar negeri sekarang, tanpa kita susah payah.ban depa. Tertinggal ketapi mu nih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 17-2-2020 05:03 AM
Ada aku baca news tak ingat kat mana. Ada negara yg nasihatkan pelancong jangan datang malaysia singapore etc.
Bodoh tak nak sekat china masuk. Tak memasal negara kita tersenarai negara jangan dilancong.
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/11/s-korea-advises-citizens-not-to-travel-to-malaysia-singapore-and-four-other-asian-countries
Ini possible akan alert negara lain jangan masuk malaysia juga nanti. Stupid af |
|
|
|
|
|
|
| |
|