Bayangkan dengan cuaca yang panas di Malaysia, haba yang boleh dikumpul dalam kereta boleh meningkat setiap saat. Strok haba boleh berlaku dan kanak-kanak kecil lebih berisiko terkenanya!
Kredit foto: Anonymous
Anak meninggal dalam kereta: Bahaya strok haba yang kita tak sedar.
Berita seorang bayi ditemui mati dalam kenderaan yang berlaku di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan sangat menyayat hati.
Susulan kejadian itu, netizen mula menyalahkan bapanya yang bersikap cuai dalam hal ini.
Seorang warganet yang merupakan salah seorang staff yang bekerja di bangunan yang sama tampil menceritakan keadaan sebenar.
Menurutnya rutin menghantar anaknya ke taska adalah dilakukan oleh ibu mangsa. Kebetulan pada hari kejadian, ibu mangsa dikatakan perlu bertugas di luar kawasan dan tugas tersebut diambil alih oleh bapa mangsa.
Si bapa hanya menyedari bayinya tertinggal dalam kereta 4 jam kemudian.
Suara ayah dia meraung sebut Allahuakbar tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar jelas....
Kredit foto: Facebook Aku Arejax
Pemuda ini juga menyeru kepada netizen agar berhenti mengkritik bapa mangsa dan mendoakan agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.
Memang tidak dinafikan, kepenatan dan lambakan kerja mampu mengganggu fikiran ibu bapa hingga mereka boleh terlupa tentang sesuatu apatah lagi sesuatu perkara yang bukan rutinnya. Yang lebih buruk hingga terlupa anda tertinggal anak dalam kereta.
Malang tak berbau. Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini.- CARI |