CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1826|Reply: 16

[Tempatan] Apa salahnya kalau kasut saya buatan Gombak?'

[Copy link]
Post time 19-2-2020 08:00 AM | Show all posts |Read mode
APA salahnya kalau kasut saya buatan Gombak? Video Merdeka berjudul Kasut Gombak terbitan Petronas sempena Hari Kebangsaan pada 1998 yang menampilkan Allahyarham Ashraf Sinclair ini kekal diingati penonton hingga sekarang.

Kemunculan dalam iklan itu menarik perhatian ramai untuk mengenali pemuda yang dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, London itu.

Bapanya, Mohamed Anthony John Sinclair berbangsa Inggeris, manakala ibunya Khadijah Abdul Rahman berbangsa Melayu.

Ashraf anak sulung daripada tiga beradik. Adik perempuannya, Aishah Jennifer turut menceburi bidang lakonan dan kini aktif sebagai penyampaio radio manakala adik lelakinya, Adam dikenali selepas berkahwin dengan penyanyi popular, Yuna.

Iklan terbabit juga menjadi platform buat Ashraf menceburi bidang seni.

Pada 2005 Ashraf diberi peluang mengacara program Box Office Now terbitan ntv7.

Dia seterusnya membintangi filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun sama.

Ashraf pernah mengacara program Beat TV di Astro Ria bergandingan dengan Sazzy Falak pada 2006.

PETIKAN daripada video Kasut Gombak terbitan Petronas.

Dia mengakhiri zaman bujang apabila mengahwini penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Pasangan romantis ini dikurniakan anak lelaki dinamakan Noah Aidan Sinclair pada 22 September 2010.

Perkahwinan dengan BCL menjadikan popularitinya berkembang di Indonesia apabila aktif membintangi pelbagai sinetron antaranya Cinta dan Anugerah, Catatan Hati Seorang Isteri, Sekar, Sejuta Cinta Marshanda dan banyak lagi.

Filem lakonan Ashraf antaranya ialah SH3, Saus Kacang, The Real Pocong dan Bayi Gaib.

Filem terakhirnya lakonannya ialah Proksi dan J Retribusi yang masih dalam peringkat pos produksi. Kematian Ashraf satu kehilangan besar buat BCL kerana hubungan mereka yang sangat akrab. Pasangan ini sering memuat naik gambar keriangan percutian keluarga mereka sehingga dilabelkan sebagai family goals oleh netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Semln tgk kat ig.. Anak arwah menangis teresak2..BCL mcm dah tak ada kekuatan.. Mmg arwah seorg bapa dan suami yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:03 AM | Show all posts
adakah cerita kebaikan arwah akn bergentayangan spt cerita arwah abam bocey?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 09:05 AM | Show all posts
Modngengade replied at 19-2-2020 09:03 AM
adakah cerita kebaikan arwah akn bergentayangan spt cerita arwah abam bocey?

mcm pantun melayu la sis  pulau pandan jauh ketengah gunung daik bercabang tiga hancur badan dikandung tanah budi yg baik dikenang juga
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:06 AM | Show all posts
JoyahVegas replied at 19-2-2020 09:05 AM
mcm pantun melayu la sis  pulau pandan jauh ketengah gunung daik bercabang tiga hancur badan dikan ...

iyolah tu

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah la ank tunggal, mkn masih disuap bapa
Sebak plak tgk dia nangis terganga2 kat kubur smlm
Kalau kita close dgn parents, xkira umur berapa, kanak2 or dewasa, mmg akan terkesan sgt kalau diorang xada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2020 09:13 AM | Show all posts
Modngengade replied at 19-2-2020 09:03 AM
adakah cerita kebaikan arwah akn bergentayangan spt cerita arwah abam bocey?

Biarla..tgh panas..lama2 akan hilang di angin lalu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:18 AM | Show all posts
sukacactus replied at 19-2-2020 09:11 AM
Dah la ank tunggal, mkn masih disuap bapa
Sebak plak tgk dia nangis terganga2 kat kubur smlm
Kalau ...

kannn... sedih melihatnya... kapel ni kaya raya tapi entah kenapa deorang decide nak ada satu anak je.. kesian noah tu kalau maknya takde memang sebatang kara la alamatnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 19-2-2020 09:18 AM
kannn... sedih melihatnya... kapel ni kaya raya tapi entah kenapa deorang decide nak ada satu anak ...

Ntah la...mungkin bukan pilihan
Tp kalau mmg diorang pilih camtu, mesti BCL nyesal xde zuriat ramai dgn arwah
Dah la Noah tu comel
Tp mana la dia nak tau kan, lakinya mati muda plak
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:26 AM | Show all posts
Modngengade replied at 19-2-2020 09:03 AM
adakah cerita kebaikan arwah akn bergentayangan spt cerita arwah abam bocey?

Lebih baik kenang yang baik2 saja sis. Org dah takde, kalau cakap buruk2 pasal dia, dia takleh nak defend diri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:51 AM | Show all posts
dah 24 jam...setakat ni takde nampak kawan2 arwah post video muka sebesar alam menangis teresak2 sampai keluar air hidung.


syabbas, kawan2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:03 AM | Show all posts
kucingitam replied at 19-2-2020 09:51 AM
dah 24 jam...setakat ni takde nampak kawan2 arwah post video muka sebesar alam menangis teresak2 sam ...

drama sgt kan....nk naikkan rating masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kematian dgn cara yg mengejut macam ni impak dia sgt2 besar pd orang2 yg terdekat. Kadang makan tahun utk belajar redha & terima hakikat yg org tu betul2 dah x ada.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:08 AM | Show all posts
so far takde nampak kawan2 yg post video menangis meratapi di airport, di rumah, dalam kereta pemergian beliau. kawan2 yg betul tau mengenang beliau cukup kawan dan kawan sahaja.syabas!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka baca tribute by Nash Idrus & Sazzy. Very touching smpi aku yg xde kene mengena pon rasa mcm arwah AS ni mmg baik & disayangi. The advert kasut gombak has catapulted AS to stardom.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:43 AM | Show all posts
Tak boleh dinafikan iklan dulu amat menarik dan terkesan berbanding dengan iklan zaman sekarang kadang baru ditayangkan pun orang dah lupa product apa yang diiklankan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.181182 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list