CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4475|Reply: 20

[Tempatan] Naim Daniel jangan sampai termakan ‘sumpah’ sendiri

[Copy link]
Post time 19-2-2020 09:07 PM | Show all posts |Read mode
https://malaysiagazette.com/2020/02/19/naim-daniel-jangan-sampai-termakan-sumpah-sendiri/



Dayana Amerda bercakap pada sidang media Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengenai hak cipta bersama lagu dan lirik 'Sumpah' di Kota Damansara, Selangor.
KUALA LUMPUR – Penyanyi Muhammad Naim Daniel Baharin diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan pertikaian berhubung penghasilan lagu terbaharunya bertajuk Sumpah bersama bekas teman wanitanya, Dayana Amerda.

Peguam Dayana, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar menegaskan, Juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 itu perlu bertindak sewajarnya dan atau bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang di mahkamah.


MGF19022020_Sidang-Media-IRAMA_08-2
Peguam Dayana Amerda, Ahmad Zaharil Muhahar bercakap pada sidang media Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) mengenai hak cipta bersama lagu dan lirik ‘Sumpah’ di Kota Damansara, Selangor.
“Kita ada bukti dan pengakuan, fakta, video tular dan lain-lain di mana cukup untuk kita teruskan saman sivil tapi kami, bagi dia peluang berfikir secara logik, jangan sampai termakan sumpah dia sendiri. Dia yang berjanji, jangan sampai makan sumpah.

“Dalam tempoh satu minggu Naim kena jelaskan (keadaan sebenar) dan bertindak sewajarnya dan betul, buat apa patut,” katanya pada sidang media di kediamannya di Villa Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Naim Daniel
Penyanyi, Naim Daniel membuat persembahan pada Anugerah Juara Lagu 34 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 FEBRUARI 2020
Sidang media itu turut dihadiri oleh Dayana, ibunya, Aida Daud dan komposer lagu, Sheikh Qalam dan Presiden Konsortium Rakaman Muzik Malaysia, Ayob Abd. Majid.


Sebelum ini, media melaporkan bahawa Muhammad Naim atau lebih dikenali dengan Naim Daniel menganggap pertikaian berhubung penghasilan lagu Sumpah bersama bekas kekasih, Dayana, 20, sudah selesai.

Menurut Naim, dia sudah memberi penjelasan kepada pihak yang sepatutnya dan tidak mahu masalah itu yang dianggap peribadi tidak terus berlanjutan.

Sementara itu, Dayana menegaskan tidak berhasrat untuk menuntut hak cipta hanya kerana wang ringgit, lebih-lebih lagi selepas lagu Sumpah itu dinobatkan sebagai juara dalam AJL ke-34, Isnin lepas.

“Kita nak Naim jujur. Ya betul memang saya tak nak duit, tapi kejujuran (lebih penting), tapi kalau daftar lagu itu secara automatik akan dapat duit royalti. Kita tak mahu perkara ini berlanjutan. Tiada hati nak bawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dah menang tempat pertama harus la kau nak ngendeng sama khuens. cuba kalau tak menang langsung even tempat 2nd 3rd hado kau nak bising?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:47 PM | Show all posts
ingatkan diorang dah settle macam jual hak cipta
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
So skrg naim tu kena bgtau lagu tu ciptaan bersama ke degn ex-gf?
Pastu bolehla si ex-gf tu dpt royalti?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:54 PM | Show all posts

Kita nak Naim jujur. Ya betul memang saya tak nak duit, tapi kejujuran (lebih penting), tapi kalau daftar lagu itu secara automatik akan dapat duit royalti.


soooo apa yang ko nak ni pompuan? kejap kata tak nak duit, tapi bising pasal royalti pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tibe2 plak kisah hak... adoii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2020 09:57 PM | Show all posts
akies replied at 19-2-2020 09:54 PM
So skrg naim tu kena bgtau lagu tu ciptaan bersama ke degn ex-gf?
Pastu bolehla si ex-gf tu dpt roy ...

ex-gf ke? nampak sangat muslimah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ladybird910 at 19-2-2020 10:11 PM

Rse minah ni nk duit..tp malu nk mntk.so buat la bising sket..

Btw..Siapa naimian dok kata kes lirik da setel ritu?
Kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnyLever replied at 19-2-2020 09:57 PM
ex-gf ke? nampak sangat muslimah

ex gf ni bekas idola kecil rasanya, zaman2 tu la kot couple ngan naim ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:58 PM | Show all posts
macam2 la bila dah menang..
selama ni awat senyap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 11:01 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 19-2-2020 10:49 PM
ex gf ni bekas idola kecil rasanya, zaman2 tu la kot couple ngan naim ni

baru aku perasan, budak ni dayana idola kecut, bukan budak ni dah kahwin dengan idola kecut yang montel2 bernama hadi tu ke, tapi budak hadi tu dah handsome la sekarang, tak da la montel macam dalam cerita elly dan kepit astro ceria 611 yang ada johan rambut afro tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 19-2-2020 10:58 PM
macam2 la bila dah menang..
selama ni awat senyap?

Dari tahun lepas lagi dh bising. Ingatkan settle dah. Dh boleh agak bila menang mesti dia nak claim juga
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
May be dia tak mau duit kemenangan ajl tp nk royalties sebagai pencipta bersama lagu tersebut. Ini isu hakcipta.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 08:01 AM | Show all posts
lenkali cepat cepat buat copyright or kontrak bodoh hak cipta... bayar RM10 ajee for stamp..ngok ngek..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi ex gf la yg betul, lagu ciptaan bersama tapi penghargaan ko makan sorang, aku dah lama tak berkenan dgn naim ni sbb tak professional berkenaan lagu ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2020 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak kejujuran je
Lgipun bukan skrg je dia bising sebelum ni pun bising dh
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 02:34 PM | Show all posts
lagu ni SAMPAH, bukan SUMPAH
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 02:52 PM | Show all posts
anak dgn mak mcm sebaya..


Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
crazybeach replied at 19-2-2020 09:46 PM
dah menang tempat pertama harus la kau nak ngendeng sama khuens. cuba kalau tak menang langsung even ...

sembang taknak duit konon. ckp jela nak duit senang.

takde black n white takyah la kecoh sgt
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.272223 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list