CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4806|Reply: 9

9 hutan yang paling misteri di seluruh dunia termasuk di malaysia.

[Copy link]
Post time 21-2-2020 05:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-2-2020 01:14 PM

9 hutan yang paling misteri di seluruh duniaFMT Reporters -

February 20, 2020 8:30 AM.


(Gambar boombastis.com)Sering kali kita mendengar pesanan orang tua, sebelum masuk hutan jaga adab dan tutur kata.
Ini kerana hutan disifatkan sebagai tempat yang dipenuhi dengan penghuni yang secara zahirnya tidak berbentuk seperti manusia dan perkara-perkara misteri yang berlaku di dalam hutan selama beratus tahun menambahkan lagi perasaan seram dan misteri.
Berikut 9 hutan yang paling misteri di seluruh dunia:

1. Hutan Hoia-Baciu, Romania
Terletak di barat laut Romania, hutan Hoia-Baciu ini juga dikenali sebagai “Segi Tiga Bermuda” Romania.

Ini kerana, terdapat beberapa kes kehilangan di dalam kawasan tersebut.
Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang hilang ditemui semula 5 tahun kemudian dalam keadaan masih seperti kali pertama dia berada di dalam hutan 5 tahun yang lepas. Selain itu, 200 ekor kambing dan seekor anjing juga hilang secara tiba-tiba.
Banyak kisah-kisah misteri yang berlaku di dalam kawasan ini malah penduduk di sekitar kawasan itu juga sering memberi amaran kepada pengunjung yang mahu memasuki hutan ini supaya lebih berhati-hati.


(Gambar France Travel Tips)
2. Hutan Broceliande, Perancis
Bagi peminat kisah lagenda Raja Arthur dan Merlin. Hutan Fôret De Brocéliande ini terletak di Britanny, Perancis.
Perkara yang menyeramkan tentang hutan ini, dikatakan kakak tiri kepada Raja Arthur iaitu Morgan Le Fay yang juga merupakan seorang ahli sihir seperti Merlin telah mengurung lelaki-lelaki muda yang tidak setia di dalam kawasan ini.


Selain itu, kubur Merlin juga dikatakan terletak di dalam hutan ini dan pada tahun 1990 tempat ini pernah berlaku kebakaran yang memusnahkan daun-daun pokok dan menyebabkan ia kelihatan sangat mengerikan.
(Gambar Flickr)
3. Hutan Smolensk, Rusia
Hutan ini menjadi terkenal dengan kisah misterinya apabila pada tahun 1943 sewaktu perang dunia kedua sedang berlaku, anggaran sebanyak 20,000 kubur askar tentera dijumpai pada waktu itu.
Selain itu, terdapat kes tragik yang berlaku pada tahun 2010 di mana sebuah kapal terbang terhempas dan meragut nyawa kesemua 96 penumpang yang terdiri daripada ahli politik, tentera dan ahli perniagaan.
Tidak dapat disangkal, hutan ini diselubungi dengan insiden-insiden misteri yang meragut nyawa ramai manusia.


(Gambar greenmountainclub.org)
4. Long Trail Vermont, Amerika Syarikat
Mempunyai tapak mendaki sepanjang 438 kilometer, hutan ini pernah mempunyai kes misteri di mana seorang pelajar kolej Bennington, Paula Jean Welden telah hilang di kawasan pendakian pada tahun 1946.
Selain itu, terdapat empat lagi kes kehilangan pendaki yang dilaporkan pada tahun 1945 dan tahun 1950 dan sehinggalah hari ini ia masih lagi menjadi misteri.
(Gambar okezone)
5. Hutan Schwarzwald, Jerman
Juga dikenali sebagai Hutan Hitam yang diambil daripada maksud perkataan Schwarzwald.
Tempat ini dikatakan mempunyai kisah-kisah misteri yang pernah terjadi. Misalnya, kisah tentang penampakan seorang lelaki dengan matanya terkeluar dan wajah yang tidak dapat dikenali sedang merayau di kawasan itu.
Selain itu, ada juga kanak-kanak yang memasuki tempat ini untuk meluahkan dosa mereka dan langsung tidak muncul keluar dari hutan ini.
(Gambar Philadelphia Magazine)
6. Hutan Pine Barrens, Amerika Syarikat
Terdapat satu lagenda di dalam hutan ini di mana kelibat makhluk yang kepalanya kelihatan seperti kambing, memiliki sayap seperti kelawar dan tangan seperti cangkuk membuatkan ia menjadi tempat yang menyeramkan dan misteri.
Keadaan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang tidak sihat dan penuh asid juga menambah aura seram kepada hutan ini.


(Gambar Robbie2ms)
7. Hutan Blairadam, Scotland
Keluarga Wilson yang telah pulang daripada aktiviti mendaki dan berkelah di dalam hutan ini telah menghidapi penyakit selsema tanpa henti.
Lebih menyeramkan lagi, gambar-gambar mereka yang telah diambil sewaktu di sini kelihatan entiti sedang berdiri memandang anak-anak keluarga Wilson dengan berpakaian seperti di zaman Viktoria.
(Gambar Top Tenz)
8. Pulau Patung, Mexico
Terletak di pulau kecil di bahagian selatan Mexico, tempat ini dipenuhi dengan koleksi patung-patung, kepala patung dan anggota badan patung yang di gantung pada pokok-pokok di dalam hutan.
Penduduk berdekatan juga dikatakan pernah mendengar suara-suara bisikan dari dalam patung itu sendiri. Sebab utama semua patung itu digantung adalah untuk memelihara hutan ini daripada berlaku perkara yang tidak baik.
(Gambar Sabah Tourism Board)
9. Bukit Taman Tawau, Malaysia
Terletak di Tawau, Sabah, hutan taman tebal ini mempunyai pokok-pokok yang tertinggi di dunia dan sering menjadi tarikan pelancong.
Namun begitu, penduduk tempatan percaya bahawa tempat ini mempunyai entiti lain yang akan berkeliaran pada waktu malam. Selain itu, tempat ini juga sering kali berlaku kes kehilangan di sekitar kawasan air terjun.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2020 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
budak yg hilang dekat hutan pertama tu ditemui mati ke ditemui masih hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aokigahara mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 01:37 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-2-2020 05:59 AM
budak yg hilang dekat hutan pertama tu ditemui mati ke ditemui masih hidup?

budak tu hidup kut tapi tak age..wow
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2020 04:56 PM | Show all posts
Kurex replied at 21-2-2020 05:59 AM
budak yg hilang dekat hutan pertama tu ditemui mati ke ditemui masih hidup?

tue la..mcm nk lebih details tahu psl budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik!..nak tahu lg psl bdk 5 thn yg hilang tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2020 10:20 AM | Show all posts

ha a. mana?
hutan ni kt Jepun kan. Seram juga siap ada filem pasal hutan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 11-3-2020 10:20 AM
ha a. mana?
hutan ni kt Jepun kan. Seram juga siap ada filem pasal hutan ni.

Kann.. Biasenye tiap2 kali top10 hutan plg seram konferm ade Aokigahara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2020 07:34 PM | Show all posts
bg i mana2 hutan ad je penghuni lain selain drpd manusia...campur pulak dengan mitos-mitos yg ditokok tmbah oleh penduduk tempatan..menambahkan lg keseraman tempat tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 02:06 AM | Show all posts
Nice info TT, thanks, baru tahu banyak kisah misteri di kawasan hutan seluruh dunia, ingatkan misteri hutan hanya ada di kawasan Asia sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.550387 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list