CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4585|Reply: 12

Sedapnya, Memang Heaven! Jom Cuba Resepi Mini Burnt Cheesecake Mudah

[Copy link]
Post time 21-2-2020 11:31 AM | Show all posts |Read mode




Burnt Cheesecake ni boleh dikatakan antara kek yang tular dan jika anda peminat kek, resepi ini memang wajib anda cuba. Serius, rasanya memang cukup auummm!



Harga sepotong Burnt Cheesecake di kafe agak mahal, tapi kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk dihasilkan di rumah kerana ia hanya menggunakan kurang dari 10 bahan.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai topping seperti Nutella, mentega kacang dan banyak lagi mengikut cita rasa.







Untuk resepi Mini Nutella Burnt Cheesecake, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah dikongsikan hampir 3,000 kali ini.


Jom tengok resepinya.


Bahan-bahannya adalah:


Bahan kek keju

  • 500 gram krim keju (dilembutkan)
  • 250 ml krim putar
  • 3 biji telur (gred A)
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak)



Bahan Nutella swirl

  • 1/4 cawan sapuan coklat (jenama Nutella)
  • 1/2 cawan adunan kek keju



Berikut adalah langkah demi langkah cara membuatnya.


Langkah 1



  • Dalam mangkuk besar, gabungkan krim keju yang sudah dilembutkan dengan gula. Pukul selama 1 hingga 2 minit atau sehingga rata pada kelajuan sederhana.
  • Kaupkan adunan menggunakan spatula dan pukul adunan sekali lagi selama 1 hingga 2 minit sambil memasukkan esen vanila.
  • Kemudian, pecahkan telur satu demi satu.
  • Kaupkan adunan sekali lagi dan pukul selama 1 minit.
  • Seterusnya, tuangkan krim putar secara perlahan-lahan. Ayakkan tepung gandum dan gaul selama 20 saat pada kelajuan perlahan.
  • Kautkan adunan dan gaul sekali lagi selama 10 saat sehingga sebati.




Langkah 2 - Adunan Nutella Swirl







  • Asingkan 1/2 cawan adunan kek keju untuk menghasilkan Nutella swirl.
  • Untuk Nutella swirl pula, gabungkan adunan kek keju tadi dengan sapuan coklat Nutella. Gaulkan sehingga sebati.




Langkah 3

  • Griskan loyang mufin dengan mentega dan kertas minyak.
  • Masukkan adunan kek keju sebanyak 3/4 penuh acuan. Kemudian, masukkan Nutella swirl. Tambahkan adunan kek keju sekali lagi.
  • Pusarkan Nutella swirl dengan adunan kek keju menggunakan lidi agar mempunyai corak yang cantik.
  • Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit. (Tambahkan 10 hingga 15 minit jika perlu, bergantung kepada suhu ketuhar)
  • Kemudian, naikkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit.
  • Sejukkan kek keju dan simpan di dalam peti sejuk.



Inilah hasilnya. Creamy, mudah dan memang nikmat!





Kredit Foto - Facebook  Danish Harraz





Nota penting:

  • Anda juga boleh menyediakan kek keju biasa tanpa menambahkan coklat. Anda boleh mengubah suai bahan-bahan tambahan mengikut cita rasa.
  • Kek keju sudah masak jika tiada cecair yang melekat apabila dicucuk di tengah. (Pastikan kek keju tidak terlebih masak kerana akan menjadi kering dan kurang enak) - CARI


Kredit resipi: FB Danish Harraz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak Danish ni bagus sungguh.. Niaga.. Selain untung sedekah pada anak2 org asli.. Rajin kongsi resepi.. Acik sarah doakan ang berjaya dunia akhirat Danish..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah cuba nanti. Iols biasa buat blueberry cheese mini tarts sebab suka sangat. Burnt cheese lagi suka, susah nak cari
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
X pernah rasa... kat mana nak beli? Baker cottage ada tak? Kalau nak buat banyak sgt kang... xde sapa nak makan sob sob
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 08:42 PM | Show all posts
Wow menarikk..boleh buat Jual nanti
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka kumpul resepi kek/dessert yg simple bhn2nya dan cara buat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2020 11:22 PM | Show all posts
insyaAllah  hasil menjadi guna resepi dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2020 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang sedap burnt cheesecake ni. Tak puas makan. Ikut resepi youtube jer. Boleh lah try resepi danish pulak nanti. Tunggu mood rajin dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu Danish klu bg resepi mmg sng and jrang fail klu ikut btoi2.. moga murah rzeki slalu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 09:41 PM | Show all posts
i loikeeee.... bole try nnti
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
senang banget nmpknya. hrap2 esok i bt mnjd
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2020 02:44 PM | Show all posts
dah penah buat resepi ni tapi tak letak nutella pun..bake guna airfryer..mudah, simple and sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.067842 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list