Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
64116
View
2117
Reply

[Tempatan] Muafakat Nasional Memilih Pembubaran Parlimen

 Close [Copy link]

Author: Remyda    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Remyda at 25-2-2020 07:18 PM

Alhamdulillah, telah selesai melaksanakan tugasan sebagai Ahli Parlimen apabila dititahkan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung sebentar tadi bersama-sama kesemua ahli Parlimen PAS di Istana Negara. Kali pertama di dalam sejarah tanah air apabila ahli parlimen dipanggil seorang demi seorang untuk mengadap bagi mempersembahkan cadangan nama Perdana Menteri seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Pendirian PAS ialah jelas sebagaimana yang diumumkan oleh Dato Setiausaha Agung PAS di dalam sidang media selepas proses tersebut tadi ; iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri namun tanpa penyertaan DAP. Pada PAS, DAP ialah satu bentuk virus yang boleh merosakkan pentadbiran negara sekalipun penyertaan parti itu hanya dalam bentuk minima.

Justeru, apabila Tun Dr Mahathir tetap bercadang mahu membentuk kerajaan Unity Government  iaitu kerajaan tanpa pembangkang dengan penyertaan  DAP, ia merupakan cadangan yang terpaksa ditolak oleh PAS bersama-sama UMNO di dalam Muafakat Nasional.

Tuntutan kami berikutnya ialah parlimen harus dibubarkan semula bagi memberikan laluan kepada satu pilihanraya umum dengan kadar yang segera. Semoga SPB Yang Dipertuan Agung diberikan petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Ahmad Fadhli Shaari,
Ahli Parlimen Pasir Mas.

25 Februari 2020

************************************************
Sejarah apa yang bakal terjadi ?

Agong berpuas hati bahawa Perikatan baru yang disertai UMNO & PAS mempunyai majoriti dan menubuhkan kerajaan baharu

Atau

Tiada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti & Madey terpaksa pi mengadap Agong memohon pembubaran parlimen dan pilihanraya baru bakal diadakan.

**************************************************
Astro Awani |  Published Februari 23, 2020 13:31 MYT

KUALA LUMPUR: : Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dijangka membuat pengumuman penting petang ini.

Astro AWANI difahamkan, pengumuman berkenaan akan diadakan dalam sidang media sekitar pukul 3 petang ini di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Spekulasi kedua-dua pemimpin kanan PKR itu bakal meninggalkan parti berkenaan sedang bertiup kencang dalam kalangan ahli politik.

"Pengumuman petang ini adalah bagi memberi peluang kepada Azmin dan Zuraida menyatakan secara rasmi pendirian mereka (berhubung keluar parti).

"Langkah seterusnya adalah untuk membentuk gagasan baharu dalam penubuhan kerajaan. Bagaimana caranya, siapa yang terlibat akan dimaklumkan," kata sumber PKR kepada Astro AWANI.

Ketika ini, beberapa pemimpin kanan PKR yang dilihat setia dengan Azmin sedang bermesyuarat di hotel mewah berkenaan.

Selain Zuraida, pemimpin-pemimpin PKR lain yang sedang berhimpun di hotel itu ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Temerloh), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais serta penasihat Azmin, Khalid Jaafar juga menyertai pemimpin-pemimpin itu.

Bukan hanya pemimpin PKR, bahkan kelibat Ahli Parlimen Larut dari Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga difahamkan berada di hotel tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Hamzah turut menyertai mesyuarat itu.

Hamzah merupakan bekas pemimpin UMNO yang keluar dari parti Melayu itu untuk menyertai Bersatu.

Serentak pertemuan itu, ketika ini juga sedang berlangsung mesyuarat Majli Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Astro AWANI difahamkan, antara agenda mesyuarat MPT Bersatu pada pagi ini ialah melihat kemungkinan parti berkenaan membawa haluan sendiri yang sekali gus cenderung kepada penubuhan gagasan baharu seperti yang dijangkakan.

Namun begitu, semua itu masih menjadi tanda tanya. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Dua mesyuarat dari dua parti memerintah yang diadakan serentak mencetuskan pelbagai persoalan.

Apa lagi, wartawan-wartawan tempatan tidak putus-putus menerima kiriman mesej yang memaklumkan perubahan besar dalam kerajaan dijangka berlaku.

  
PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lompat ppbm?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 02:29 PM | Show all posts
pengumuman siapa di dalam video semburit kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 02:30 PM | Show all posts

kalau lompat pun masih lagi dalam kerajaan PH, apa yang besar pengumuman sedemikian?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakan-rakan media dok berkampung nak buat coverage.
Malam ini nak korek cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pop corn plz. Mcm2 cerita plk kat msia sjk 2 menjak ni. Kes alip syukri intvw balu, uncle tommy tamil elam and now. Jeng3
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jemin ngn Zuraida nk buat kenyataan sokong Che Det ajaa tu...tak ada yg baru...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat apa yang korang buat pada Khalid Ibrahim dulu.

Karma!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya semua pakat meeting sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:07 PM | Show all posts
ahh sudah laa
petang2 ahad ni g jalan2 mall da la
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dah setat belum
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2020 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
haiku replied at 23-2-2020 03:05 PM
Katanya semua pakat meeting sana sini.

Ya betui.

4 mesyuarat harini
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:23 PM | Show all posts
JohnnyLever replied at 23-2-2020 02:30 PM
kalau lompat pun masih lagi dalam kerajaan PH, apa yang besar pengumuman sedemikian?

gagasan baru dh ada 138 kerusi. tak perlu tunggu undi xpercaya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 23-2-2020 03:21 PM
Ya betui.

4 mesyuarat harini

Sapa yang meeting
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:30 PM | Show all posts
Edited by JohnnyLever at 23-2-2020 03:33 PM
CiliPadiSedap replied at 23-2-2020 03:23 PM
gagasan baru dh ada 138 kerusi. tak perlu tunggu undi xpercaya.

aku harap ini bukan berita palsu berita tidak benar mahupun fake news, adakah bakal dipanggil gagasan gagasan nasional? GANAS? gagasan rakyat 2.0? GAYAT? gagasan kebangsaan? GAGAK, gagasan harapan? GAGAH? atau gagasan GALAU liberal? GAGAL?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 23-2-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
PPBM - Menara Yayasan

UMNO & Pas - Janda baik

Warisan & GPS - KL

Azmin & 10 MO - Sheraton

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Debar nunggu update
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:34 PM | Show all posts

macam debaran duduk atas bangku masa suami awak nak diaakad nikah? begitu? atau debaran menanti ucapan salam malam pengantin?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:35 PM | Show all posts
Remyda replied at 23-2-2020 03:30 PM
PPBM - Menara Yayasan

UMNO & Pas - Janda baik

boleh aku tahu venue2 untuk apa tu?


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 23-2-2020 03:30 PM
PPBM - Menara Yayasan

UMNO & Pas - Janda baik

Wah abes tu anwar jijah meeting kat rumah ka.. huh sapa bakalan checkmate ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list