CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] Muafakat Nasional Memilih Pembubaran Parlimen

   Close [Copy link]
Post time 23-2-2020 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bubar parlimen dan taknak atuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2020 05:31 PM | Show all posts
[LIVE] Azmin Ali keluar PKR?

Suasana di Hotel Sheraton, Petaling Jaya sejak pagi tadi apabila para media berkampung menunggu pengumuman penting yang akan dibuat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:35 PM | Show all posts
Mesyuarat UMNO-Pas selesai, MT UMNO berkumpul di PWTC
Astro Awani | Diterbitkan pada Februari 23, 2020 17:02 MYT

SELEPAS beberapa siri kem politik mengadakan mesyuarat serentak hari ini, situasi nampaknya semakin 'panas' selepas pemimpin atasan UMNO dilaporkan sudah tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Kemas kini di laman Twitter Tan Sri Annuar Musa sekitar sejam lalu memaklumkan pemukiman UMNO dengan pemimpin Pas yang diadakan di Janda baik, Pahang sudah pun selesai selepas kedua-dua parti itu mengadakan pertemuan sejak Sabtu.
“Kedua-dua parti sepakat untuk terus bersama membawa panji-panji Muafakat Nasional (MN).

“MN akan mengorak langkah bersama menjalin muafakat secara yang lebih istiqamah,” demikian kata Setiausaha Agung UMNO itu, pada Ahad.

Serentak itu, Annuar turut mengesahkan bahawa satu "mesyuarat khas" diadakan pada pukul 4 petang bagi membincangkan perkembangan politik negara.

Setakat ini, antara pemimpin yang dilihat tiba ke PWTC termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; dan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Bagaimanapun, rata-rata pemimpin UMNO enggan mengulas lanjut mengenai agenda pertemuan tersebut.

Dalam perkembangan lain, dilaporkan pemimpin Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) memilih untuk mengunci mulut selepas bermesyuarat selama hampir empat jam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:37 PM | Show all posts
Harian Metro
@hmetromy
·
1m
#Kualalumpur Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut mengadakan mesyuarat khas di Menara Dato’ Onn, petang ini dipercayai berkaitan situasi semasa politik negara.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ameno pun bakalalan checkmate ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:43 PM | Show all posts
Berita Harian
@bharianmy
·
3m
Lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki perkarangan Istana Negara, sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-2-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Pakatan Nasional
Tata PHundek
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
so pasni pak jahid komedi dpt la gi umrah tiap2 ramadhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2020 05:51 PM | Show all posts
‘Pengumuman penting’ politik negara petang ini?
Mohamad Athir Ismail Mohamad Athir Ismail Follow on Twitter Send an email 17 mins ago
55 1 minute read

Satu ‘pengumuman penting’ politik akan dimaklum Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir dan Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hal demikian dilaporkan selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu hadir dalam satu pertemuan bersama sembilan pemimpin dan ahli PKR di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hari ini.

Sementara Dr. Mahathir pula dilaporkan menghadiri mesyuarat pemimpin tertinggi PPBM di ibu pejabat di Yayasan Selangor tidak jauh dari Hotel Sheraton.

Sumber memberitahu portal Free Malaysia Today (FMT) berkata, kemungkinan berlaku perubahan dalam komposisi politik dalam kerajaan.


Selain itu, Dr. Mahathir juga dilaporkan akan bertemu mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan perubahan yang dikaitkan sebagai pengumuman penting politik.

“FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi sedang menghubungi pihak istana mengenainya.

“Di situ semuanya bermula dan mungkin di situ jugalah ia akan berakhir,” lapor portal itu hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan Muafakat Nasional pula, UMNO dilapor mengarahkan Ahli Majlis Kerja Tertingginya berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hadir dalam satu mesyuarat khas.

Sumber memberitahu Suara Merdeka memaklumkan mesyuarat parti politik tersebut berlangsung pada pukul 3.30 petang hari ini.

Mesyuarat khas itu dikatakan mempunyai kaitan dengan pertemuan beberapa pemimpin parti kerajaan di Petaling Jaya.

“Rombakan kabinet,” ringkas sumber menerusi aplikasi Whatsapp.

Pas pula dilaporkan turut mengadakan mesyuarat khas parti politiknya pada petang ini.

Dalam perkembangan lain, portal MalaysiaGazette melaporkan, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Abang Johari Openg dijangka bertemu Ahli Parlimen partinya di Kuala Lumpur petang ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa latest news?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
budakpink replied at 23-2-2020 05:09 PM
Tak faham dengan politik naik secare kotor n pintu belakang ni...semua termakan dgn atok..tak faham  ...

ya rabb...tepat sgt dek ngan ape akak pikir nie...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:53 PM | Show all posts
Kediaman Perdana Menteri mula jadi tumpuan


SERI KEMBANGAN: Sekumpulan petugas media mulai berkumpul di pintu masuk ke kediaman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini, petang ini.

Ia susulan perkhabaran ada beberapa ahli Parlimen akan bertemu dengan Dr Mahathir di kediamannya.

Petugas media yang mulai tiba kira-kira jam 4.30 petang tadi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan kediaman berkenaan.

Selepas menunggu kira-kira 45 minit, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lambang jata negara dan bertanda Timbalan Menteri dilihat keluar.

Bagaimanapun, tidak diketahui siapa yang berada dalam kenderaan berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:54 PM | Show all posts
Harian Metro(Tengah)
@hmtengah
·
2m
#petalingjaya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan beberapa lagi ahli parti itu dijangka membuat pengumuman meninggalkan PKR hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikhabarkan sekitar 6.30 ptg 5 Presiden akan bertemu YDPA.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah agaknya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
tomatome replied at 23-2-2020 05:16 PM
Inikah gelombang yg forumee ah kwan habaq tu

Yess benda yang sama terlintas di fikiranku jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada terima thru WA katanya the list of Pakatan Nasional Cabinet Minister & Presidential Council line up.

Kalau betul ada new government nanti aku akan share later.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
News ni patut digelabah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 06:04 PM | Show all posts
Astro AWANI
@501Awani
·
2m
Shafie Apdal hadir mesyuarat dengan KM Sarawak di Kuala Lumpur
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2020 06:05 PM | Show all posts
The Star
@staronline
·
3m
Several important political meetings are being held at various spots in Petaling Jaya, Selangor.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.194195 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list