CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3832|Reply: 27

[Tempatan] UMNO mintak lebih jadi gabungan baru belum dapat ditubuh

  [Copy link]
Post time 24-2-2020 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JohnyEnglish at 24-2-2020 03:31 PM

‘Permintaan tak munasabah’ Umno gagalkan penubuhan gabungan baru?

PETALING JAYA: Pengumuman gabungan baru terdiri daripada ahli Parlimen Umno dan PAS yang dinanti-nantikan semalam tidak berlaku kerana pemimpin Pakatan Harapan merasakan ia permintaan “keterlaluan” Umno, FMT mendapat tahu daripada satu sumber yang mengikuti mesyuarat tertutup antara pemimpin politik sejak semalam.

“Mereka (pemimpin Umno) meminta terlalu banyak, jadi rundingan itu dihentikan sementara. Oleh itu tiada pengumuman,” katanya kepada FMT ketika spekulasi berhubung cubaan PPBM dan pemimpin bersekutu dengan Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan puak dalam Pakatan Harapan yang mahu Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.

Difahamkan, pemimpin Umno antara lain mahu Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan juga Tengku Adnan Tengku Mansor dilantik ke jawatan tertinggi dalam gabungan baru yang dirancang itu.

“Permintaan mereka segera ditolak.”

Sumber itu turut mendakwa Umno mencadangkan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dimasukkan dalam Kabinet baru.

“Dr Mahathir Mohamad sedar Tok Mat disukai semua kaum dan lebih diplomatik, tetapi tidak boleh melantiknya kerana beliau tidak memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu.”

Sumber itu berkata, kebimbangan terhadap masa depan kerajaan negeri pimpinan PH turut dibincangkan.

“Ia adalah ‘status quo’ untuk semua negeri, walaupun jika gabungan baru ditubuhkan, kecuali untuk Selangor dan Pulau Pinang, yang akan jatuh ke tangan pembangkang jika tiada ahli PH mencukupi menyertai gabungan baru itu.”

Sebarang gabungan baru mungkin melihat penyatuan parti berasaskan Melayu seperti PPBM, Umno dan PAS, dengan beberapa ahli PKR yang bersekutu kepada Azmin.

Sumber itu berkata, perbincangan masih “diteruskan” berhubung “barisan baru” dengan 124 ahli Parlimen sudah menyuarakan sokongan mereka untuk penubuhan gabungan baru.

“Sekurang-kurangnya 10 ahli Parlimen dari Amanah dan DAP kekal neutral.”

Semalam, Lembah Klang “sibuk” dengan cakap-cakap Mahathir akan memimpin satu langkah politik untuk menubuhkan gabungan baru terdiri daripada Umno dan PAS.

Langkah itu mungkin menyingkirkan DAP dari Putrajaya dan menghalang rancangan peralihan kuasa yang dijanjikan untuk Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.

Hari ini, Anwar ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin PH, Lim Guan Eng serta Mohamad Sabu, menemui Mahathir di kediamannya di Seri Kembangan.

Ia difahamkan Pejabat Perdana Menteri sudah membatalkan semua mesyuarat rasmi Mahathir.

Perkembangan terbaru itu menyusul sidang media pada tengah malam Jumaat yang menyaksikan Mahathir secara tegas mengumumkan beliau masih berkuasa dan rakan kongsi dalam PH memberi kepercayaan kepadanya untuk terus kekal sebagai perdana menteri selagi beliau mahu.

Sumber sama memberitahu FMT, “ketegangan mendalam” berlaku ketika mesyuarat lewat malam itu yang sepatutnya menetapkan tarikh pengunduran Mahathir.

“Dalam mesyuarat itu, ada di kalangan mereka yang terlalu mendesak Mahathir. Tetapi, Mahathir berkeras beliau akan melepaskan jawatan selepas mesyuarat APEC,” katanya merujuk Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang akan diadakan di Kuala Lumpur November nanti.

“Anwar kata ‘okey’ tetapi sesetengah pemimpin dari Amanah ‘mendesak’ Mahathir.”

Sumber itu berkata, beberapa pemimpin PH mencadangkan Anwar dilantik sebagai timbalan perdana menteri, atau sekurang-kurangnya menyertai Kabinet.

“Tetapi, tiada menteri yang hadir dalam mesyuarat itu menawarkan kerusi mereka.

“Ya, ada yang tidak sabar dan hanya terus mendesak Anwar menjadi perdana menteri seterusnya.”

Laporan tambahan oleh Minderjeet Kaur.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2020 03:32 PM | Show all posts
kakakakakaka..belum apa-apa dha nak jdi tokey
Agak2 UMNO mntak semah mansor jadi Pm kut
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 04:09 PM | Show all posts
amboi..melampaunya... nak tutup kes juta2 ke tu minta jawatan tertinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut ler memasing diam membisu. Masa dinner kat Sheraton pun memasing tak berapa ceria, hanya senyum wayang je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno ngan dap 2x5
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Better la umno dari dap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2020 06:05 PM | Show all posts
hek eleh FMT  , apa nak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 24-2-2020 08:23 PM

BANGSAT sungguh UMNO ni bila 2 ekor toxic tu nak di naikkan
Perangai HARAMJADAH tak berubah walaupun dah jatuh tersungkur teruk masa election 14.
Never learn from the previous mistake
Sepatutnya lah Tun M tak setuju
Kalau UMNO teruskan perangai HARAMJADAH ni jgn berangan nak menang election akan datang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 06:23 PM | Show all posts
Tu taktik diversion tu....kat media cakap lain tapi tindakan lepas tu lain. Strategi yg diajar Sun Tzu, iaitu confuse your enemy by giving them wrong informations.

Wartawan yg lurus tu pun lapur apa yg dia dengar.

Aku suka wartawan Star Jocelyn Tan, antara wartawan yg dan penganalisa politik yg bijak..kalau baca tak nampak dia bias kpd mana2 pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm maka mereka dn kuncu mereka la kaya raya ..rakyat mcm aku kau dn mereka tggu diveden serta bantuan lain
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:28 PM | Show all posts
kunan n komedi ? r u kiddin' me
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar aja parlimen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 24-2-2020 06:23 PM
Tu taktik diversion tu....kat media cakap lain tapi tindakan lepas tu lain. Strategi yg diajar Sun T ...

Yap.. Hahaha..betul cara ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 07:13 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-2-2020 06:31 PM
Yap.. Hahaha..betul cara ni

Ko antara org yg bijak, sarah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 24-2-2020 07:13 PM
Ko antara org yg bijak, sarah..

Jangan.. Nanti ada cai mai maki.. Dari awal lagi aku dah ckp.. Tun M tengah bagi musuh penat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 07:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-2-2020 07:16 PM
Jangan.. Nanti ada cai mai maki.. Dari awal lagi aku dah ckp.. Tun M tengah bagi musuh penat

ko luku jer cai tu..

Bukan setakat bagi penat, bagi high blood pressure, anxiety, panic attack dan harapan palsu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2020 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 24-2-2020 07:20 PM
ko luku jer cai tu..

Bukan setakat bagi penat, bagi high blood pressure, anxiety, panic attack  ...

Haha.. Aku ckp dari awal.. Masa Kim Siang ugut nak bersara.. Tun M dah pegang dap.. Aku juga ckp dari awal Anwar tak ada number sbb dia byk bunyi.. Tapi depa kata aku gila.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 08:05 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-2-2020 07:25 PM
Haha.. Aku ckp dari awal.. Masa Kim Siang ugut nak bersara.. Tun M dah pegang dap.. Aku juga ckp d ...

Anwar ni anything pun dia nak make believe, mcm ko kata dia dah ada numbers, dia nak tipu sapa? Aku rasa tipu diri sendiri, supaya dia boleh hang on kpd impian dia nak jadi PM. Kalau ko baca kisah Don Quixote, watak Anwar sama mcm Don Quixote ni..dia buat cerita khayalan kpd village dia sampai semua orang percaya..punyalah convincing cerita dia sampai dia sendiri percaya...haha..

Ko ingat langkah Anwar Sept 16 2008 masa nak jatuhkan Pak Lah dulu? Dia cakap on Sept 16, ada bbrp MP dari sabah akan melompat ke PKR dan Anwar akan dapat numbers yg membolehkan dia form new government nak dia jadi PM baru. Punyalah dia canang sehingga ramai yg percaya...even dia sendiri percaya dia boleh jadi PM. Nasib baik seminggu sebelum 16 Sept, Pak Lah bawak MP2 tu ke luar negara, konon utk training motivasi. Anwar terkulat kulat tak boleh buat apa2 sebab MP2 tu balik selepas 16 Sept. Betul lah...watak Anwar ni sama dgn Don Quixote.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 24-2-2020 08:05 PM
Anwar ni anything pun dia nak make believe, mcm ko kata dia dah ada numbers, dia nak tipu sapa? Ak ...

Hahaha.. Betul.. Aku ingat lagi kes 16 Sept.. Punya la yakin opismate aku masa tu yg anwar akan jadi PM.. Aku gelakkan saja..

18. All warfare is based on deception.

19. Hence, when able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must seem inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near.

Ni antara teknik yg Tun M guna dlm 6 bulan kebelakangan ni..

Kita tgk Tun M nak guna jurus apa pulak lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2020 08:22 PM | Show all posts
sarah82 replied at 24-2-2020 08:15 PM
Hahaha.. Betul.. Aku ingat lagi kes 16 Sept.. Punya la yakin opismate aku masa tu yg anwar akan ja ...

Haha...lepas ni Tun tak perlu jurus lagi dah...tunggu jer bulan Mac ni utk pemilihan PM baru....skrg ni dia dah jadi interim PM...so bagi dia wait and see. BTW, bulan Mac nanti DAP akan undi Tun as PM ke -8..

Ntah apa2 jer perangai derang ni..byk flip flop sampai pening nak ikut..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.650548 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list