Edited by Kangkung1M at 24-2-2020 10:23 PM
Jika kita menyebut tentang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018 yang lalu, secara tidak langsung kita akan turut mengaitkan dengan pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang tidak keluar mengundi.
Kisah mereka yang tidak keluar mengundi, atau lebih tepatnya masih belum berdaftar sebagai pengundi telah didedahkan oleh warga CARI forum.
Anda boleh ikuti thread berkaitan di link yang dilampirkan di bawah:
Mutakhir ini suhu politik negara semakin hangat apabila berlaku perubahan besar dalam tampuk kepimpinan negara.
Ekoran itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @_siggplus telah memuat naik satu ciapan yang bertujuan untuk melakukan ‘troll’ terhadap Hanis dan Hairul.
Kurang 24 jam, ciapan tersebut telah mendapat lebih 10K ulang kicau dan 14K tanda suka.
Sebagai penutup, marilah kita bersama renungkan bait-bait ayat yang ditulis Hanis di dalam blognya suatu masa dahulu:
I tahu, ada yang tua bangka tapi tak daftar lagi kan? Beria gebang kedai kopi tapi tak undi. Betapa ruginya, satu undi itu tidak dimanfaatkan untuk mengubah nasib penduduk setempat. Tak nampak signifikasinya satu undi dari anda itu? Bak kata Dalai Lama, “If you think you are too small to make a difference, try sleeping with a mosquito in the room.” Sumber: http://inibelogsaya.blogspot.com/2011/12/mesej-rakyat-ke-rakyat.html |