CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
 Author| Post time 27-2-2020 11:48 AM | Show all posts
menah replied at 26-2-2020 02:32 PM
jalan cerita macam menarik.. harap tt tak hilang focus semasa menulis nnti.. kipidap !



Okeh thanks. Dah nak sambung citer balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 11:51 AM | Show all posts
Atuk, Tok Wan dan Sejarah Rumah Keramat

Rasanya sebelum aku cerita pasal makcik aku ni, elok aku cerita dulu pasal atuk, tok wan dan sejarah kawasan rumah ni. Atuk dan tok wan aku ni keduanya bekerja dan kira generasi melayu yang agak moden pada zaman tu. Kedua mereka kuat agama, mengaji semua tapi tak taksub pada kepercayaan melayu dulu dulu. Jadi aku pelik jugaklah apasal rumah Keramat ni banyak sangat hantu. Nak kata keluarga diaorang ada ilmu, memakai ke memang tak ada langsung. Dan diaorang tak pernah pun nak cerita hantu atau kepercayaan orang melayu pada anak dan cucu cucu. Aku aje yang sibuk tanya. Selalu diaorang tak nak layan atau cakap tak tau. Diaorang dah pencen waktu beli rumah ni. Atuk dan tok wan aku ada 8 anak dan ramai cucu jadi kiranya rumah ni diaorang beli untuk anak cucu datang berkumpul la.

Tuan asal rumah ni Cina, yang kemudian jual pada atuk aku selepas kejadian 13 Mei tahun 1969. Tak silap memang ada rusuhan kat Kg Datuk Keramat waktu tu kan? Askar2 melayu kat Mindef tu pun mungkin ada bunuh2 orang Cina dekat area berdekatan. Jadi aku suspect mungkin ini salah satu sebab apasal banyak benar benda2 ni. Sebab lain, mungkin sebab area ni sendiri. Ye lah, nama pun Keramat, Jalan Pawang, Jalan Bomoh etc. Memang tempat ni keramat kot sebab tu dapat nama ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 11:53 AM | Show all posts
hatikudus replied at 26-2-2020 11:54 AM
Tak sabar nak baca cerita seterusnya...thanks tt



Ok nak sambung kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 11:57 AM | Show all posts

Makcik Aku – Arwah Aunty Nisa

Atuk dan tok wan aku ada 8 orang anak. Mak aku anak kedua, makcik aku yang mak pada Fazrul ni anak ketiga dan arwah aunty Nisa (bukan nama sebenar) adalah anak ketujuh. Waktu aku kecik dulu, aunty Nisa ni la sorang yang masih tinggal dengan atuk dan tok wan aku sebab dia belum kahwin. Adik beradik mak aku yang lain semua tengah further studies atau pun dah kahwin dan tinggal sendiri.

Aunty Nisa ni bijak orangnya dan pandai bercakap. Dia pernah ambik TESL di UiTM di selatan tanah air. Malangnya dia tak habis belajar sebab ada masalah yang aku akan ceritakan nanti. Aunty Nisa ni jugak cantik. Dia pernah jadi model sama Noor Kumalasari selepas dia quit dr UiTM tapi kejap aje. Waktu aku kecik, bila balik KL selalu jugak tidur dengan aunty Nisa. Dia suka melayan anak anak buah dia. Baca bed time stories la & beli macam macam hadiah. Bila aku dah besar & kahwin dah tak rapat sangat. Sedih pulak aku sebab arwah baru meninggal tahun lepas. Orang dah tak ada baru la teringat ingat kan.

Balik pada cerita aunty Nisa, waktu kecik dulu aku tak pernah perasan benda pelik pasal dia. Yang aku tau dia memang baik setiap kali jumpa. Rupanya aunty Nisa dah start kena kacau sejak mula belajar di UiTM. Dia ada ‘mood’ sendiri. Bila angin dia tak kena, dia akan buat benda pelik. Contoh macam letak kerusi depan tv, duduk dan tenung satu satu orang yang tengah tengok tv atau mengamuk. Jadi atuk aku ambik keputusan berhentikan dia dari belajar dan bawak balik ke KL.

Bila dah balik KL, aunty Nisa ni bertambah baik dan jarang buat hal. Tapi bila sesekali ‘mood’ dia datang balik, atuk akan call mak aku cakap jangan balik KL minggu tu. Jadi, sebab tu aku tak pernah nampak dia pelik sebab kami adik beradik tak dibenarkan balik KL kalau dia tak sihat. Tak silap aku, atuk & tok wan mula2 ingat dia ada masalah depression waktu belajar dan mungkin mental. Tak ada yang syak dia kena sihir ke apa. Macam aku cakap, atuk & tok wan ni tak percaya sangat sihir2. Lama jugak aunty Nisa tinggal dengan atuk & tok wan dalam keadaan mood swing dia on & off sampailah jodoh dia sampai waktu umur dia 30 tahun. Setahun lepas arwah kahwin, lahir anak sulung dia, sepupu lelaki yang aku namakan Adnan.

Waktu bulan bulan pertama tu, ok aje dia confinement di rumah atuk aku. Parents aku pergi haji selepas aunty Nisa bersalin dan aku tinggal di rumah Keramat tu dengan abang abang aku. Selepas parents aku dah beberapa hari balik dari haji, aku ingat yang diaorang suruh aku adik beradik tidur rumah makcik aku di depan, rumah si Fazrul. Aku ok aje sebab memang close dengan adik beradik Fazrul dan selalu tidur situ pun. Esoknya sehari suntuk aku tak jumpa parents aku tapi tak la rasa pelik sangat sebab aku merayau dengan adik Fazrul keliling Keramat dan kakak Fazrul pun bawak kitaorang jalan jalan pergi McD la.Masuk malam kedua kat rumah depan, aku dah mula rindu parents aku tapi makcik aku tak bagi pergi rumah atuk. Dia siap tutup gate rumah dia padahal selalu terbukak aje dan siap pesan pada kak sepupu aku jangan bagi budak budak ni naik atas (rumah atuk aku).

Tak lama lepas tu kitaorang dengar suara orang menjerit kuat gila di rumah atuk. Kitaorang budak budak ni kelam kabut keluar. Lepas tu nampak mak aku turun bawah pergi ke pagar rumah makcik aku. Dia panggil abang Man dan Fazrul pergi rumah atuk. Aku & abang Rizal nak ikut mak aku tapi dia tak bagi. Jadi tinggal la aku, abang Rizal, adik Fazrul dan dua orang kakak Fazrul teman kitaorang kat rumah ni.

Sepanjang malam tu kitaorang intai dari tingkap dan nampak ramai orang kampung (Datuk Keramat) pergi ke rumah atuk aku. Nampak jugak orang kelam kabut keluar dari rumah, agaknya nak ambik barang barang apa yang patut. Kitaorang cuba dengar apa yang diaorang cakap tapi tak jelas. Walaupun rumah atuk depan rumah makcik tapi sebab jarak agak jauh, tak dapat dengar apa yang berlaku.

Esoknya, sehari suntuk lagi aku tak jumpa parents aku dengan abang Man & Fazrul cuma makcik aku, mak Fazrul ada balik rumah dia kejap bagi makanan snacks & masak lunch untuk kitaorang. Dia pesan anak sulung dia, kakak sepupu aku tolong masakkan maggi kalau kitaorang lapar lagi. Aku dah mula bengang waktu ni sebab dah lama tak jumpa parents aku. Tapi malam tu terpaksa tidur lagi kat rumah Fazrul.

Esok paginya, parents aku & abang Man turun rumah makcik aku dengan kereta. Diaorang dah siap pack beg2 baju kitaorang dan cakap pada aku & abang Rizal yang kita dah nak bertolak balik Kuantan. Aku happy aje la sebab dah lama tak jumpa parents kan. Dalam kereta on the way balik Kuantan, parents aku dengan abang Man banyak senyap aje, tak ada cerita pasal apa yang berlaku kat rumah atuk. Aku dan abang Rizal pulak masih budak budak, tak ada nak ambik tau pun. Kitaorang happy sebab nak balik rumah & nak start sekolah balik. Lepas tu tak silap aku, lama jugak tak balik KL rumah atuk aku.

Beberapa tahun lepas tu barulah aku tau cerita sebenar.

Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 12:04 PM | Show all posts
Straya replied at 27-2-2020 11:57 AM
Makcik Aku – Arwah Aunty Nisa

Atuk dan tok wan aku ada 8 orang anak. Mak aku anak kedua, makci ...

Lajuuu je hakak baca bila dpt notification...
Nnt smbg ye dik tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 12:07 PM | Show all posts



Dah sambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2020 01:01 PM | Show all posts
aaaaaaa ta puas nye... citer la lagi.

eh. cuba kau tanya sendiri kt Fazrul tu, masa renovation ada pelik2 x?
curious laa aku nak tahu.
sebab kan... aku ada jgk pengalaman psl rumah kt kg.

ms rumah arwah mak aku kt kg dulu buat kerja2 wiring yg baru, sbb ceiling pun dh ada bocor lah ape lah, pastu nak psg acond so nak buat cat sekali laa seluruh rumah luar dalam. tahu x arwah mak aku terjumpa duit syiling 50sen yg dh berkarat atas frame pintu utama. design rumah sblm tu, atas pintu dan sepanjang bahagian atas tu ada opening tau. x tutup guna kaca cuma guna dawai. so kalau angin kuat hujan lebat kadang2 air, daun2 dr pokok kt luar masuk dlm rumah kena tempias.
duit syiling tu mak aku bg kt adik dia (pakcik aku). pakcik aku tu pandai jugak la sikit2 bab ilmu2 dari wali Allah ni sbb dia pun ada belajar dgn guru yang mursyid. pakcik aku bgtahu kt mak aku yang duit syiling tu ada org letak supaya nak anak2 dia (kami adik beradik) berpecah belah. tp org yg letak tu dah pun meninggal dunia masa tu. duit syiling tu aku tak tahu lah apa pakcik aku buat. tapi lepas tu bahagian atas pintu tu dah di tutup habis . sbb nak pasang acond kan... tak boleh laa ada lubang2. so dah xde ruang la org nk letak benda2 kt atas pintu tu lg. Alhamdulillah kami adik beradik elok je skg ni wpun masing2 dh ade life masing2. tp tu lah mmg susah dpt berkumpul semua sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:24 PM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 04:10 PM
Bukit Keramat.Memang tak jauh dari Jalan Pawang,Jalan Bomoh

astaga nama tempat pun dah macam tu

pawang, bomoh, keramat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 02:29 PM | Show all posts
Straya replied at 25-2-2020 11:00 PM
Abang Sepupu Aku – Fazrul

Ok sambung balik cerita. Aku dah cerita pasal pengalaman abang sulung  ...

sayang betul Fazrul dgn rumah tu. bagus la dia beli.
tapi part bini dia penakut tu kesian pulak
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 03:58 PM | Show all posts
Straya replied at 26-2-2020 12:01 PM
Tapi sekarang dah tak dengar Fazrul tu kena kacau.Aku rasa sebab dia owner rumah tu kot.Macam arwa ...



anak2 dia ok ker?
kotlaa benda tu kaco anak2 dia plk..

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 04:02 PM | Show all posts
kalau la T rajin lukis layout/pelan rumah atuk TT sekali halaman luar lg best kami nk imagine
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:26 AM | Show all posts
Yeay ada cerita baru..

Penceritaan yang baik.

Teruskan berkarya tt Straya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 10:47 AM | Show all posts
tq tt.. nnti sambung lagi yeaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 11:13 AM | Show all posts
xsabar nk tggu tt samb cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 11:15 AM | Show all posts
Tolong sambung lagi. Tazzabar nak menunggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
polluxsstar replied at 27-2-2020 01:01 PM
aaaaaaa ta puas nye... citer la lagi.

eh. cuba kau tanya sendiri kt Fazrul tu, masa renovation ad ...

Aku tak berani la tanya haha.Sekarang dah jadi mak bapak orang,tak adalah rapat sangat.Nanti suruh abang Man aku tanya dia.

Tapi rasanya tak ada apa2 pelik waktu renovation tu kot sebab kalau ada mesti dah heboh satu keluarga.Kalau bukan Fazrul yang heboh,makcik aku mesti bagitau punya kat mak aku.Kejadian yang berlaku pada aunty Nisa aku memang disebabkan sihir.Melalui makanan dengan ada orang tanam benda2 mengarut dekat kawasan rumah tapi bukan dalam rumah tu.

Nanti sambung cerita.Tak dan nak buat kerja banyak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-2-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 27-2-2020 02:24 PM
astaga nama tempat pun dah macam tu

pawang, bomoh, keramat

Itulah memang tempat pawang ke bomoh berkumpul dulu dulu kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 27-2-2020 02:29 PM
sayang betul Fazrul dgn rumah tu. bagus la dia beli.
tapi part bini dia penakut tu kesian pulak  ...

Bini dia tak tau apa2 sejarah rumah ni kot unless kitaorang bukak cerita.tapi kesian la kalau dia tau,mesti taknak tinggal situ dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 27-2-2020 03:58 PM
anak2 dia ok ker?
kotlaa benda tu kaco anak2 dia plk..

Anak dia ada sorang umur 10 tahun.Aman damai aje tinggal sana dengan mak bapak dia.So far tak ada dengar apa2 lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
yenil95 replied at 28-2-2020 09:26 AM
Yeay ada cerita baru..

Penceritaan yang baik.

Thank you.nanti I cuba sambung cepat sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.081019 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list