CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
 Author| Post time 28-2-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aegisrunestone replied at 28-2-2020 11:15 AM
Tolong sambung lagi. Tazzabar nak menunggu.

Nanti i cuba malam ni.tungguu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2020 01:39 PM | Show all posts
Straya replied at 28-2-2020 01:03 PM
Aku tak berani la tanya haha.Sekarang dah jadi mak bapak orang,tak adalah rapat sangat.Nanti suruh ...

kesian aunty nisa tu.
skg dia dh ok ke?
atau masih ada sisa2 sihir tu lg kt bdn dia?

sabar menanti sambungan cerita misteri.... hiihiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 02:33 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 28-2-2020 02:35 PM
polluxsstar replied at 28-2-2020 01:39 PM
kesian aunty nisa tu.
skg dia dh ok ke?
atau masih ada sisa2 sihir tu lg kt bdn dia?


Laa ko tak baca tajuk ke weyhh?
Makcik Aku - Arwah Aunty Nisa


Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 05:11 PM | Show all posts
Edited by polluxsstar at 28-2-2020 05:15 PM
hatikudus replied at 28-2-2020 02:33 PM
Laa ko tak baca tajuk ke weyhh?
Makcik Aku - Arwah Aunty Nisa

ok my bad. I lupa dia dh tulis yg aunty tu dah meninggal tahun lepas. Sorryyyyy....
I cuma ingat cerita pasal aunty tu x habis lg
sebab dia tulis ending tu bersambung... lollll

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2020 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt

Sila sambung cite aunty nisa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2020 11:39 AM | Show all posts

Parents aku cakap beberapa hari lepas balik haji, diaorang perasan yang aunty Nisa ni banyak senyap, termenung dan mula tidak menjaga baby Adnan, tak bagi susu etc dan baby pulak banyak menangis. Bila ditanya dia senyap, akhirnya tok wan dan mak aku ambik alih jaga baby. Suami aunty Nisa ni pun dah mula takut nak tidur dengan dia sebab bila malam dia tak tidur tapi akan baring dekat katil dengan mata terbukak. Hari yang dia kena rasuk tu, mak aku bagi dia air zam zam untuk diminum tapi aunty Nisa tak mau. Air zam zam tu dah dibaca Yassin dan dia beria tak mau minum sambil jegil mata kat mak & tok wan aku.

Malam tu, atuk aku mintak tolong ustaz dan imam masjid Datuk Keramat datang ke rumah sebab dah risau dengan keadaan aunty Nisa ni. Yang ada waktu tu, atuk, tokwan, parents aku, suami aunty Nisa dan makcik aku (mak Fazrul). Aku dengar bila imam tu sampai, aunty dah mula tak senang duduk. Bila imam bercakap dengan atuk, aunty Nisa halau imam tu keluar dengan suara yang garau, yang bukan suara dia. Bila dah macam tu, uncle Ihsan (suami aunty Nisa) keluar dan panggil orang kampung untuk datang tolong. Tak lama lepas tu ramai orang lelaki datang rumah atuk aku dan mula membaca ayat ayat suci yang buat aunty Nisa tak senang duduk dan cuba keluar dari rumah. Ada beberapa orang yang cuba tarik aunty Nisa dan waktu tu dia bertempik kuat dengan suara lelaki sampai kitaorang yang ada kat rumah Fazrul pun boleh dengar. Lepas tu la yang mak aku turun ke bawah, mintak abang Man dan Fazrul pergi sama ke rumah atuk aku sebab tak ramai orang lelaki di kalangan keluarga. Adik lelaki mak aku ada 3 orang tapi sorang tak ada kat KL dan 2 orang lagi baru nak datang.

Tenaga aunty Nisa waktu tu punya la kuat sampai 4,5 orang yang cuba tahan dia dari keluar tu terpelanting bila aunty Nisa tolak diaorang. Imam tu cuba pegang kepala aunty tapi kena tumbuk. Lepas tu ramai ramai buat bulatan keliling aunty Nisa dan baca ayat ayat suci. Aunty Nisa gelakkan aje diaorang dengan suara garau dia. Mak aku cerita Imam cuba lagi untuk pegang kepala dan tak pasti apa dia baca dan kemudian dia hembus ke arah aunty. Tak lama lepas tu aunty Nisa pengsan. Keadaan tenang sikit tapi tok wan aku dah nangis, sedih tengok keadaan anak dia. Malam tu diaorang ramai ramai buat sembahyang hajat dan selesai sembahyang, orang kampung mula beransur pulang. Orang lelaki yang ada di rumah tu atuk aku, ayah aku, 2 orang pakcik, suami aunty Nisa, Abang Man & Fazrul. Tak semua uncle aku pergi. Sorang menantu atuk aku orang putih, sorang  terlebih ‘alim’ & tak percaya benda2 ni, sorang lagi dah cerai dengan makcik aku (mak Fazrul) dan sorang adik mak ,tak ada di KL. Sepupu lelaki yang lain semua kecik2 kecuali Abang Man & Fazrul. Yang perempuan cuma tok wan, mak Fazrul & mak aku.

Mak aku cakap malam tu dia pun tak pasti bila aunty Nisa sedar balik, tau tau tengok aunty bersandar kat dinding sambil mata meliar di keliling bilik. Benda tu masih ada rupanya dan belum keluar. Semua orang ambik keputusan tidur di living hall (bahagian kiri di bawah) rumah tu untuk  berjaga jaga. Orang lelaki ambik giliran untuk berjaga sementara yang lain tidur. Waktu tu, aunty Nisa dah berdiri dan mundar mandir sepanjang malam. Dia berjalan perlahan dan cuma berjalan di satu laluan aje sepanjang malam iaitu di living hall belah kanan menghala ke bilik makan dan balik ke living hall. Waktu giliran ayah aku berjaga, dia kata aunty Nisa berjalan mundar mandir sambil sesekali pandang dan tersenyum cheeky pada ayah aku. Dalam hati, ayah aku cabar benda tu ‘jangan kau datang dekat tempat family aku tidur, kalau berani cuba datang’. Ayah aku ni memang berani, prinsip dia, dia tak takut pada benda benda lain, melainkan Allah aje. Agaknya benda tu pun tau, dia tak ada cuba datang dekat tempat family aku tidur.

Dalam pukul 6 pagi tu, mak aku terjaga dan terasa nak pergi bilik air. Dia terpaksa lalu dekat laluan aunty Nisa berjalan sebab bilik air dekat area belakang rumah. Kalau dia nak pergi bilik air di atas pun kena go through aunty Nisa jugak. Jadi mau tak mau kena la mak aku lalu dekat dia. Mak aku tunggu sampai aunty berjalan passed the living hall, menuju ke dining room, cepat cepat dia jalan ke bilik air. Sebelum mak aku sampai lorong gelap menuju bilik air tu, aunty Nisa dah membelakangkan dia sebab berjalan ke living room. Korang tau apa mak aku nampak di bahagian belakang rambut aunty? Sepasang mata bewarna hijau yang memandang tajam pada mak aku. Dalam keadaan seram dan terperanjat tu, dia cepat cepat pergi ke bilik air dan bagitau ayah aku lepas tu.

Esoknya, keadaan makcik aku tak berubah jadi atuk aku mintak tolong seorang lagi ustaz. Ustaz ni cuba buat apa yang dia boleh tapi benda tu relax aje. Tak terkesan langsung. Kesian atuk dan tok wan, dengan baby Adnan nak kena jaga dan orang gaji tok wan aku pun dah lari sebab takut. Untuk beberapa bulan lepas tu, atuk dan tok wan aku agak desperate untuk pulihkan makcik Nisa. Ramai ustaz diaorang dah jumpa. Daripada tak percaya dengan benda ni, tok wan aku siap jumpa bomoh tapi keadaan tak berubah. Sampailah diaorang dengar pasal bomoh adik beradik yang handal di Ipoh. Diaorang ubatkan orang dengan ayat ayat suci al-Quran aje. Jangan tanya siapa nama diaorang sebab aku tak tau. Benda ni pun dah berlaku 30 tahun dulu jadi semua orang dah lupa nama adik beradik ni.

Jadi satu hari, 3 orang pakcik aku, abang abang aunty Nisa ni bawak aunty pergi ke Ipoh untuk berjumpa dengan bomoh adik beradik. Mula mula dia tak mau pergi tapi pakcik pakcik aku paksa dan seret masuk dalam kereta. Diaorang tumpang bermalam di rumah sepupu mak aku selama seminggu. Rumah tu rumah lama, government servant punya bungalow. Rumah ni pun horror gak tambah pulak dengan aunty Nisa menumpang rumah tu. Dalam seminggu berubat dengan bomoh adik beradik tu di rumah Ipoh ni, macam macam berlaku sampai menurut pakcik aku, dah macam dalam movie Amytiville Horror tu.

Nanti sambung..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2020 11:42 AM | Show all posts
polluxsstar replied at 28-2-2020 01:39 PM
kesian aunty nisa tu.
skg dia dh ok ke?
atau masih ada sisa2 sihir tu lg kt bdn dia?



Adalah dekat 2 tahun baru aunty Nisa ni pulih sepenuhnya. Lepas tu kehidupan dia normal dengan suami & anak anak. Tapi tahun lepas dah meninggal sebab sakit kanser
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2020 11:44 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 29-2-2020 04:38 PM
Tt

Sila sambung cite aunty nisa tu



Baru aje sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tt.. sebabkan krisis politik skrg ni iolss ingat tt citer pasal umah The Atuk.... tp iols suka je citer2 misteri mcm ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tombolpintu replied at 1-3-2020 11:53 AM
Sorry tt.. sebabkan krisis politik skrg ni iolss ingat tt citer pasal umah The Atuk.... tp iols ...

Haha tak ada kena mengena dengan atuk tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 1-3-2020 11:39 AM
Parents aku cakap beberapa hari lepas balik haji, diaorang perasan yang aunty Nisa ni banyak senya ...

bca smbil duk imagine plan rumah atuk tt & situasi yg blaku msa tu adoiii seram. baring tp mata tbukak, mundar mndir smbil senyum. cri psl btul la msuk sni xtido la i mlm ni dok teringat2.

gmbar rumah xde ke tt. matilanakkkkk dah la pnakut siap mntak gmbar rumah pulakkk.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 03:02 PM | Show all posts
maaf tt bila aku baca ATUK tadi aku terbayang ko cter psl rumah Tun M

maafkan aku adoiii byk sgt baca politik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamon tt.. We want more!! We want more!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2020 11:07 PM | Show all posts
sambung plz tt
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 12:00 AM | Show all posts
park dlu...menarik cter ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 10:08 AM | Show all posts
Straya replied at 1-3-2020 11:42 AM
Adalah dekat 2 tahun baru aunty Nisa ni pulih sepenuhnya. Lepas tu kehidupan dia normal dengan ...

lama jgk eh 2 tahun baru pulih sepenuhnya.Al-Fatihah untuk aunty Nisa.

cerita awak ni pun semakin menarik.
sambung la lagi...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2020 10:23 AM | Show all posts
Edited by zafira at 2-3-2020 10:26 AM

kesian arwah aunty nisa.  Semoga arwah tenang di sana  dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Cerita lah lagi TT.  Best baca... skrg dah ok ke kawasan tu... lama dah tak lalu kat situ walaupun i stay nearby... my doctor & my fren ada stay kat area rumah cousin you tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 05:03 PM | Show all posts
park dulu..nnti free baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 2-3-2020 05:03 PM
park dulu..nnti free baca

Interestingnya laaa nama2 jalan... jalan bomoh pawang nujum. Rasanya situ pun memang antara penempatan 'org2 lama' kat k.l. Kalaulah TT dpt sertakan skali gambar rumah tu sblm direnovate mesti best. Bila TT citer pasal rumah ada lorong gelap dan suram banyak bilik, hall lebih dati 1dan dapur terpisah iols terbayang pesen banglo lama kat jalan u-thant. Sian aunty nisa... iols baca ni pun dah seram apa lagi kalau hadap in real life. Semoga roh aunty nisa ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin.

Teruskan bercerita lagi TT... dah lama tak jumpa thread yg best kat mps ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 2-3-2020 05:03 PM
park dulu..nnti free baca

Ehhh sorry chuols... iols tersalah reply plak. Malas nak edit balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.115558 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list