CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
Post time 15-3-2020 03:38 PM | Show all posts
before ni aku selalu jalan kat area bukit keramat ni balik rumah...short cut ler konon... lepas dh tau cite camni jwbnyer kena aku ikut jalan besar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2020 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
best cite TT. bila nak sambung nya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 06:04 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-3-2020 12:45 PM
Fazrul ni cekal jugak orangnya ya.
Ruma atuk tu nampak scary. Rumah lama memang gitu selalunya kan. ...



Fazrul ni tak penakut. Dulu2 dia tak kisah cari pasal pergi bangunan tinggal cari hantu konon. Rumah dalam gambar tu mmg nampak scary tapi masa atuk & tok wan masih ada, elok terjaga rumah tu. Ada rumah kayu untuk pokok2 orkid. Ada buai untuk cucu2 main. Bila ramai2 berkumpul, kitaorang main frisbee, galah panjang, kejar2 main polis pencuri.

Kalau malam raya lagi meriah. Main bunga api & letak pelita. Tak ada beza dengan rumah kampung lain. Semua dah jadi kenangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 06:09 PM | Show all posts
amone replied at 15-3-2020 03:38 PM
before ni aku selalu jalan kat area bukit keramat ni balik rumah...short cut ler konon... lepas dh t ...



Alamak sorry la ye. Tapi so far tak dengar lagi orang nampak pontianak ke atau langsuir kat area tu. Rasanya benda tu suka duduk dalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 06:37 PM | Show all posts

Sepupu Aku Mirzan


Lupa pulak nak cerita pasal adik sepupu lelaki aku Mirzan. Dia ni boleh nampak makhluk2 halus waktu masih kecik lagi dalam umur 7 tahun. Jadi sebelum aku bukak cerita Kuantan, aku cerita pasal Mirzan ni dulu la sebab dia ada jugak nampak benda2 kat Bukit Keramat.

Mirzan ni anak pada pakcik aku, adik pada mak. Dia muda 2 tahun dari aku dan agak rapat sebab umur lebih kurang. Selalu kalau aku balik KL, dua orang pakcik dengan family diaorang selalu ajak family aku jalan holiday sama atau keluar makan. Selalu jugak aku sleep over rumah diaorang waktu tu kat Bangi & Kampung Bharu. Aku rapat dengan sepupu2 dari dua keluarga ni sebab umur sama. Macam adik beradik Fazrul tu tua sikit.

Ada satu malam tu, kitaorang dinner ramai2 dekat satu restoran arab tengah2 KL. Aku tak ingat nama restoran ni tapi dah lama ada kat KL. Waktu tu dalam akhir 80-an macam tu. Restoran tu mengadap bangunan rumah flat/apartment. Tengah makan2 tu,tiba2 Mirzan menjerit & tunjuk ke arah rumah flat tu. Dia kata ada sorang chinese guy nak terjun dari balcony. Kitaorang tengok la kat rumah flat tu. Tak ada nampk apa2 pun.

Mirzan dah mula upset dia kata chinese guy tu pakai singlet & shorts. Lama dia jalan ulang alik dekat balcony tu. Sekali Mirzan tu tengok dia dah panjat balcony nak terjun. Lepas dia jerit, lelaki tu tak jadi terjun. Kitaorang beria la tengok kat depan tu memang tak nampak apa2. Tak lama lepas tu, Mirzan kata lelaki tu dah hilang dan dia mengigil2 dalam restoran tu.

Itu la kali pertama dia nampak hantu. Lepas tu hijab dia terbuka, dekat semua tempat dia boleh nampak

Alamak, husband aku ajak keluar jalan2 jap.

Nanti sambung...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2020 09:28 PM | Show all posts

Sejak kejadian dia nampak hantu lelaki cina tu, Mirzan dah mula boleh nampak semua mahkluk halus kat keliling dia. Waktu bulan-bulan pertama dia nampak, dia selalu menangis. Kadang2 dalam bilik  bila nak tidur, dia nampak 2,3 ekor benda tu. Macam2 rupa kata dia. Bila pakcik aku start pasang ayat-ayat quran dalam bilik dia baru kurang sikit.

Ada satu malam,  kami ramai2 naik van bapak Mirzan ni nak pergi dinner luar. Kitaorang yang lain tengah borak2 & nyanyi ramai2 lagu kat radio tapi si Mirzan ni senyap aje & muka pucat. We all tanya la apasal. Van tu ada moon roof kat atas. Cover moon roof tu pulak tengah terbukak. Mirzan cakap ada nenek tua color biru tengah tengok dia kat moon roof tu. Terus seram sejuk kitaorang & senyap terus semua. Sejak tu, dah tak ada tanya dia lagi dah kalau nampak lain macam aje sebab takut.

Ada sekali pulak, tak silap malam hari raya kot. Ramai2 kat rumah atuk sambil main bunga api & buai sambil borak2 dekat depan, luar. Tengah borak2 tu, Fazrul gatal pergi tanya Mirzan tanya kau ada nampak apa2 sekarang ni? Mirzan cakap ada, ada 2 ekor tengah duduk kat pokok besar depan rumah tu sambil pandang kita. Ada sekor kat tepi buai ni. Ada sorang perempuan berdiri kat tepi Fazrul, kata Mirzan. Waktu tu dia dah biasa,jadi cara dia cakap tu macam biasa aje.

Sebab bengang Fazrul gatal pergi tanya ,sorang lagi cousin tanya si Mirzan. Kat rumah Fazrul depan tu ada nampak apa2 tak. Mirzan cakap ada 2,3 ekor tengah main lari2 kat bilik living room atas rumah tu sambil intai2 kita kat tingkap. Lepas tu Fazrul tak tanya dah haha.Tapi waktu tu sebab ramai2, takde pulak rasa seram sangat.

Sampai Mirzan high school dia boleh tengok benda2 halus ni. Tapi bila masuk sekolah menengah, ada satu benda dalam bentuk bayangan perempuan yang mengekor aje mana Mirzan pergi bila dia keluar. Dalam rumah, benda ni tak masuk. Bila Mirzan keluar rumah nak pergi sekolah, dia mesti nampak bayang ni tunggu kat tiang lektrik. Hari-hari macam tu. Dekat sekolah bila dalam kelas, bayang ni tunggu tepi tingkap kelas.

Lama2, dah tak tahan kena kacau, pakcik aku bawak Mirzan berubat dengan Arwah Haron Din. Mirzan ni handsome, putih macam campur arab tp melayu totok sebenarnya. Benda bayang yang berupa perempuan ni suka & nak berkawan dengan Mirzan. Jadi Haron Din kata kat Mirzan yang dia kena halau benda ni. Kalau tak cakap apa2 nanti dia ingat kita nak berkawan. Lepas tu Haron Din ada la buat rawatan sikit. Lepas dah berubat, Mirzan dah tak nampak lagi dah benda2 halus ni.

Bila aku cerita ni,rindu pulak dengan cousin2 aku.Dah beranak pinak memang dah tak close sangat.Ada yang tak jumpa bertahun dah..

Ok nanti bukak cerita rumah Kuantan pulak




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2020 04:17 PM | Show all posts
Straya replied at 15-3-2020 09:28 PM
Sejak kejadian dia nampak hantu lelaki cina tu, Mirzan dah mula boleh nampak semua mahkluk halus  ...

Yeayy dah abis baca stori mori tt...

Jgn segan2 update stori mori baru ye tt.......ai is tungguinggg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2020 11:38 PM | Show all posts
hatikudus replied at 16-3-2020 04:17 PM
Yeayy dah abis baca stori mori tt...

Jgn segan2 update stori mori baru ye tt.......ai is tunggu ...



Ok. Ada lagi ke yang minat nak baca thread ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2020 06:58 AM | Show all posts

Laaaa u perempuan rupanya. Selama i baca citer u ni, i dok imagine you ni lelaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2020 08:17 AM | Show all posts
freesia71 replied at 24-3-2020 06:58 AM
Laaaa u perempuan rupanya. Selama i baca citer u ni, i dok imagine you ni lelaki.



haha sebab selalu cakap aku, kau yek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2020 08:21 AM | Show all posts
Rumah Kuantan


Dah lama tak update kat sini kan. Kali ni aku nak cerita pasal rumah kat Kuantan pulak.

Tak lama lepas aku lahir, ayah aku naik pangkat & di transfer ke Pahang. Kitaorang tinggal dekat satu kawasan perumahan dekat bandar Kuantan. Ayah aku beli sebuah rumah teres 2 tingkat dekat Lorong Seri Kuantan. Kalau di rumah Bkt Keramat, aku bernasib baik sebab tak kena kacau sangat. Setakat kena himpit dengan bunyi ketawa di telinga itupun sekali aje. Tapi di rumah Kuantan ni, aku tak bernasib baik sangat.

Apa yang abang Man aku kena di rumah Bkt Keramat, aku pulak alami lebih kurang sama di rumah Kuantan ni. Rumah Kuantan ni agak besar kalau compare dengan rumah teres sekarang. Ada 4 bilik. 1 di tingkat bawah & 3 bilik kat atas. Abang-abang aku share bilik & aku tidur sorang. Sejak kecik lagi memang parents aku suruh aku tidur sorang. Lepas tu lampu mesti tutup semua dan pintu bilik masing2 tutup rapat waktu malam. Beza sungguh dengan budak2 sekarang ni. Tidur nak kena on lampu side table lepas tu lampu luar pun kena pasang 1.

Kadang-kadang aku tak ngantuk lagi tapi parents aku dah suruh tidur. Jadi terkebil kebil la aku dalam bilik gelap tu bila tak boleh tidur. Kawasan rumah aku ni ramai orang Cina yang tinggal & diaorang suka bela anjing. Banyak kali jugak la sebelum aku kena kacau, anjing2 tu mesti menyalak & melolong kuat. Waktu tu dah rasa mesti aku kena kacau punya la sebab bulu roma dah naik serentak dengan telinga berdengung. Lepas tu kena himpit & dengan suara gelak kuat dekat telinga. Kadang2 siap package aku nampak bayang2 depan mata. Aku kena macam ni banyak kali at least 5,6 kali la.

Ada sekali tu, aku tak ingat bila aku masuk tidur. Tau-tau aku tengah duduk dekat meja study dalam gelap sambil tangan aku pegang patung2 barbie macam tengah main. Favourite toy aku dulu memang barbie. Aku tak ingat sebab mengigau ke apa. Tapi bayangkan seram gila bila bangun2 dalam gelap, tangan aku tengah pegang barbie. Lepas tu aku campak barbie tu & terus tidur kat katil.

Kejadian yang paling seram berlaku kat aku ada sekali tu waktu tengah demam. Sebabkan aku demam, parents bagi tidur dengan diaorang. Aku  tidur atas katil dengan mak aku & ayah tidur bawah sebelah aku. Tengah tidur tu tiba2 bulu roma aku naik. Aku nak tarik tangan mak aku sebab takut. Bila aku nak tarik tangan dia, terpandang pada mak. Aku tengok dia tengah tersenyum kat aku tapi mata hijau. Mak aku siap tanya, apa hantu kau nampak tu. Aku dah nak pengsan takut & rasa macam nak terkencing dalam seluar dah la demam. Kelam kabut aku baca ayat kursi tapi sebab tunggang langgang agaknya, baca banyak kali benda tu tak blah jugak.

Tak silap lepas baca kali ke empat, baru benda tu bertukar jadi kelawar dan terbang keluar ikut tingkap. Bila ingat balik, macam drama gila dengan side effect seram tukar jadi kelawar. Lepas dah tenang, baru aku bagitau parents aku yang aku kena kacau. Tilam pun basah malam tu sebab aku terkencing huh.

Abang Rizal aku pun kena kacau jugak dekat rumah Kuantan ni tapi aku dah lupa macam mana dia kena. Abang Man aku suprisingly tak kena apa2 kat rumah Kuantan padahal di Bkt Keramat teruk dia kena.

Aku pelik sebenarnya apasal rumah Kuantan ni banyak kali kena kacau. Rumah bukan lama. Dibina awal 80-an lepas tu bukan besar mana dan teres, jadi dekat dengan rumah jiran2. Aku duduk Kuantan sampai umur aku 14 tahun. Selepas tu kami berpindah balik ke KL lepas ayah aku bersara. Lepas bersara, parents aku beli rumah di Bukit Antarabangsa pulak.

Rumah ni ok. Ada kena kacau sekali aje. Kalau kena himpit pun tak seteruk macam di rumah Kuantan. Nanti sambung rumah Bukit Antarabangsa pulak kalau ada request.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 09:30 AM | Show all posts

sambungla,bkt antarabangsa tu

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 23-3-2020 11:38 PM
Ok. Ada lagi ke yang minat nak baca thread ni.

Best ,teruskan lagi cerita,lagipun sekarang kan Perintah Kawal Pergerakan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 11:17 AM | Show all posts
Straya replied at 24-3-2020 08:17 AM
haha sebab selalu cakap aku, kau yek.

Sbb bila you citer pasal your cousins semua nama lelaki, so i pun automatically ingat u lelaki. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 01:03 PM | Show all posts
proceed jer cite... kitaorg ada jer ni dok baca....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 23-3-2020 11:38 PM
Ok. Ada lagi ke yang minat nak baca thread ni.

Ada...i is following rapat nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2020 10:13 AM | Show all posts
freesia71 replied at 24-3-2020 11:17 AM
Sbb bila you citer pasal your cousins semua nama lelaki, so i pun automatically ingat u lelaki. he ...



Cousin perempuan ada. Tu yang adik Fazrul tu tapi cousin2 perempuan watak tak berapa penting tu tak mention nama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2020 10:53 AM | Show all posts
Edited by Straya at 25-3-2020 10:56 AM

Bukit Antarabangsa


Kitaorang pindah balik ke KL lepas bapak aku dah pencen. Parents aku beli rumah kat Bkt Antarabangsa. Rumah ni sebenarnya ok tak ada kena kacau sangat. Kena himpit & dengar orang gelak ada la sekali dua. Cuma ada sekali aku kena waktu bulan puasa.

Rumah ni dekat tepi kedai2. Ada giant & petronas depan ni jadi rumah ni tak sunyi dan tak ada la seram. Besar lebih kurang rumah teres kat Kuantan tu.

Ada sekali bulan puasa, mak aku ketuk pintu nak suruh aku sahur. Tapi masa tu macam malas sangat nak bangun sebab ngantuk. Aku cakap la taknak sahur sebab dah makan sebelum tidur. Padahal tak pun. Tak lama lepas aku sambung tidur. Ada suara sebelah kiri aku. Nak kata perempuan bukan, lelaki pun bukan. Macam suara pondan mengada tanya aku 'tak sahur ke tu?'.

Terus terloncat aku dari katil & pasang lampu. Selepas tu setiap kali aku tidur mesti pasang lampu bilik air supaya tak gelap sangat. Betul ke setan kena gari waktu bulan puasa? Macam tak betul aje sebab Fazrul pun kena kacau waktu bulan puasa dengan orang pakai jubah putih lepas dia bantai lipas kat rumah atuk tu.

Itu aje la pengalaman aku kena kacau dekat Bkt Antarabangsa ni. Tapi aku nak cerita satu pengalaman kawan baik pada Abang Man yang seram gila.

Aku namakan kawan baik abang Man ni Jack. Dia ni kawan Uitm abang Man dulu. Dia pindah menyewa kat Bkt Antarabangsa lepas habis study & dapat kerja. Bapak aku tak suka sangat Jack ni sebab macam gatal sikit & obvious sangat dia nak ngorat aku dulu. Padahal beza umur 10 tahun.

Kalau naik bukit nak menuju Bkt Antarabangsa ni, kalau pandang belah kiri, akan nampak tempat air kumbahan. Tapi dekat belakang tempat air ni, kau boleh nampak batu2 nisan. Bukit naik atas ni ada kubur Cina sebenarnya. Tapi terus terang aku cakap, aku tak ada rasa seram kalau naik bukit malam2 apa lagi siang. Tak seram macam kawasan Bkt Keramat tu.

Jadi balik pada cerita Jack. Ada sekali tu pukul 2 pagi, dia balik sorang ke rumah. Sebelum naik bukit tu, dia nampak kat tepi jalan ada sorang perempuan Cina tengah jalan. Perempuan Cina tu lawa & pakai baju merah. Abang Jack ni kan gatal sikit jadi dia berhentikan kereta tepi perempuan tu tanya nak pergi mana. Perempuan tu cakap nak balik rumah kat atas Bukit. Jadi dia tumpangkan la perempuan tu. Dia kata dalam kereta perempuan tu senyap aje.

Lepas dah sampai atas, abang Jack tanya nak dropkan dia kat mana. Perempuan tu pandang abang Jack dan dia nampak sebelah muka perempuan tu tengkorak. Lepas tu Cina tu gelak & hilang. Jack demam seminggu lepas tu dah hilang sikit gatal dia.

Itu aje cerita aku pasal Bkt Antarabangsa. Lepas kahwin, aku pindah tinggal kat Batu Gajah dalam 2 tahun sebab husband aku mengajar kat Uni kat sana.Kat Batu Gajah tak ada kena kacau apa2 walau rumah sewa aku dekat je dengan Kelli's Castle.

Lepas Batu Gajah, aku pindah Australia. Kalau nak dengar cerita hantu sini, boleh la aku cerita nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 12:34 PM | Show all posts

mesti la nak..citer je TT apa2 yg you atau yg you penah dengar..musim MRO ni semua lapaqkan citer2 sensasi utk isi masa lapang
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Best best cerita... time2 mco I berabis baca thread2 sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.090408 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list