CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15326|Reply: 131

[Tempatan] Sinar Harian - Menteri tak layak dapat pencen jika khidmat kurang 36 bulan

  [Copy link]
Post time 25-2-2020 10:18 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Ahli Jemaah Menteri sedia ada berkemungkinan tidak mendapat kelayakan pencen sekiranya mereka dihentikan perkhidmatan susulan desas-desus pembentukan gabungan kerajaan baharu antara parti kerajaan dan parti pembangkang.

Difahamkan, kesemua jawatan dipegang oleh barisan Jemaah Menteri pada ketika ini baharu memasuki tempoh 21 bulan, sedangkan syarat kelayakan pencen pula perlu sekurang-kurangnya tempoh 36 bulan berkhidmat mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Pakar Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, mengikut akta berkenaan, dijelaskan tentang saraan bagi anggota pentadbiran iaitu bagi perdana menteri gaji bulanan sebanyak RM22,826.65, timbalan perdana menteri (RM18,168.15 sebulan), menteri (RM14,907.20 sebulan), timbalan menteri (RM10,847.65 sebulan) serta gaji bulanan setiausaha Parlimen sebanyak RM7,187.40.

Beliau berkata, mengikut akta sama, turut dijelaskan peruntukan tentang pencen seseorang ahli atau anggota pentadbiran adalah mereka berhak mendapat apa-apa pencen, ganjaran dan faedah lain seperti ditetapkan.

"Seseorang yang berhenti menjadi ahli atau anggota boleh diberi pencen jika dia menyempurnakan syarat minimum 36 bulan perkhidmatan tetapi jika penamatan perkhidmatan disebabkan Parlimen bubar, kematian dan di bawah Per 48(1)(a) tidak sempurna akal, maka ada hak pencen walaupun belum cukup 36 bulan sebagai anggota," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Justeru katanya, jika tempoh perkhidmatan jemaah Kabinet sedia ada baharu mencapai tempoh 21 bulan, maka tidak mustahil mereka akan hilang kelayakan pencen seperti ditetapkan akta terbabit.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof turut senada dengan Nik Ahmad Kamal bahawa ahli atau anggota pentadbiran boleh diberi pencen jika dia menyempurnakan 36 bulan perkhidmatan mengikut akta berkenaan.

"Bagaimanapun jika kurang dari 36 bulan, seseorang ahli atau anggota itu akan hilang kelayakan mengikut akta berkenaan dan tidak akan mendapat pencen untuk jawatan menteri tetapi jika seseorang itu pernah menjadi ahli Parlimen atau menteri pada penggal sebelum ini, dia akan terus mendapat pencen tersebut tapi tidak bagi jawatan terkini dipegang yang tidak cukup tempoh," katanya.

Katanya dalam kes sekarang, jika Parlimen bubar, jemaah Kabinet yang baharu memegang jawatan sudah tidak akan sempat mendapat pencen.

Info

- Seseorang anggota pentadbiran atau ahli Parlimen (iaitu Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat termasuk Yang Dipertua Dewan Negara dan timbalannya serta Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya) yang berhenti berkhidmat boleh diberi faedah pemberhentian perkhidmatan mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

- Ahli atau anggota ertinya anggota pentadbiran, ahli Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

- Ahli Parlimen ertinya Ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat.

- Anggota pentadbiran terdiri daripada perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri, timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen.



https://www.sinarharian.com.my/article/71366/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Menteri-tak-layak-dapat-pencen-jika-khidmat-kurang-36-bulan
Single Polls, Total 140 Users voted
3.57% (5)
96.43% (135)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tak dpt pencen.
Kan kaya raya.
Lain kali jgn nak membongak bila jadi timb/menteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 10:21 AM | Show all posts
syukur... selamat duit negara dari membayar pencen menteri2 tak guna sijil fake.  

Mrk jadi menteri mrk hapuskan pencen rakyat.  Mrk hapuskan elaun rakyat.    Skrg mrk dah dapat balasan cash.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
berita yg paling menggembirakan dalam 2, 3 hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk kesian buat apa diorg pun kaya raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:23 AM | Show all posts
Elok la jimat duit kerajaan, rakyat dpt manafaat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-2-2020 10:25 AM | Show all posts
yonq replied at 25-2-2020 10:21 AM
berita yg paling menggembirakan dalam 2, 3 hari ni

di seluruh media sosial rakyat meraikan pembubaran pakatan hancing.  termasuk Malaysiakini (bahasa Msia)
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:26 AM | Show all posts
Menteri Pakatan Harapan tidaklah mengejar wang ringgit, tetapi ikhlas berkhidmat untuk bangsa dan negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 10:30 AM | Show all posts
Tiada yang boleh dibanggakan pencapaian masing2

mat sabu khalid samad mujahid mahfuz, lain2 PAN

guan eng terasa kok, lain2 DAP

apa je selain bising salah najib salah 1MDB?


sekurang2 nya selamat duit negara, Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:34 AM | Show all posts
x yah le bagi pencen .. x sampai 2 tawun pun bagi service... ade yg x sampai bape bulan je kot...

sepanjang yg aku tahun derang ni once genap 1 penggal memang auto dpt pencen... imagine.. kita bayar org2 mcm ni for free every year... x kira dia buat keje ke idok... xde sapa nak berkutik hal ni.. sbb ni la income derang waktu dah x jadi yb nanti.. sape x nak silent allowance kot...

kalo kat DUN.. setiap tahun ade peruntukan khas pencen YB taw... kalo federal [utk parlimen] aku x pasti.. sume ni memang ade dlm buku embargo budget DUN.. dulu pun ade sorang kerani aku yg tunjuk bende ni memang ade.. dlm budget negeri..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 10:34 AM | Show all posts
I.am.PH replied at 25-2-2020 10:26 AM
Menteri Pakatan Harapan tidaklah mengejar wang ringgit, tetapi ikhlas berkhidmat untuk bangsa dan ne ...

pagi ni mesti menteri2 PH terpinga2 nak pergi keja ke tak.  Mahathir pegi keja mcm biasa hari ni sbb dia masih perdana menteri.

lawak weyyy
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahahahahahahaha.. Pandai mukaaaaaaaaaa..kata x kisah jadi pembangkang kan kat Tun M.. Nakkkk.. Atuk tu bagi anhpa x dpt pencen
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:37 AM | Show all posts
I.am.PH replied at 25-2-2020 10:26 AM
Menteri Pakatan Harapan tidaklah mengejar wang ringgit, tetapi ikhlas berkhidmat untuk bangsa dan ne ...

ihklas je tak cukup.

apa guna ikhlas bila meranapkan negara?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 10:38 AM | Show all posts
bulan_gerhana replied at 25-2-2020 10:34 AM
x yah le bagi pencen .. x sampai 2 tawun pun bagi service... ade yg x sampai bape bulan je kot...
...

berapa juta agaknya kerajaan dpt jimat dari membayar pencen menteri Pakatan. tiap2 tahun tu jimat berjuta2.    duit tu jimat tu rezeki rakyat.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:39 AM | Show all posts
Almaklum la, membebankan bayar pencen bagai ni. bak kata depa la dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 25-2-2020 10:38 AM
berapa juta agaknya kerajaan dpt jimat dari membayar pencen menteri Pakatan. tiap2 tahun tu jimat  ...

I reserve my comment...x dpt ramal who will have the last laugh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 10:41 AM | Show all posts
habuk pun tak kesian... hangpa pun dah kaya raya... entah2 dah songlap tender lagi banyak dari pencen.... so so so? makikan ajerrrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:41 AM | Show all posts
nak jugeekkksss counter komen



pencen tak dapat
GL boleh pakai tak kalo gi hospital gomen
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya.. Yang betul2 perform berapa kerat je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaa tak sempat syed saddiq merasa..emmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083562 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list