CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43745|Reply: 455

[Tempatan] Bukan berita politik: Saksikan video menyayat hati, ibu murid paksa ustazah mera

  [Copy link]
Post time 25-2-2020 02:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 26-2-2020 11:29 AM

Click link ini untuk gambar ibu murid






Cikgu Fadli Berang Tonton Video Ustazah Merangkak, Sanggup Guna Duit Simpanan Jika Perlu Khidmat Guaman
25/02/2020

[youtube]8pbaqxjrTDI[/youtube]
Hari ini tular sebuah video yang dipercayai dirakam oleh seorang wanita menyuruh ustazah kepada anaknya untuk merangkak mengelilingi kelas di depan murid-murid lain.

Wanita yang dipercayai ibu kepada sorang murid yang didenda sehari sebelum kejadian memalukan ini berlaku. Cikgu Mohd Fadli Salleh ternyata berang dengan kejadian itu dan mendakwa video itu ditularkan dengan niat memalukan ustazah tersebut.

Ini kenyataan penuh cikgu Fadli Salleh mengenai kejadian tersebut.

Ini biadab. Sangat!

Seorang ibu dipercayai ke sekolah anaknya dan memaksa ustazah merangkak dan merakam video ustazah itu merangkak kemudian menularkan dengan niat memalukan.

Konon dia telah menang. Konon dia berjaya melindungi anak dia. Konon dia berjaya membalas dendam kerana anak dia disuruh merangkak sehari sebelum itu.

Biadab gila!

Perangai macam ini, datang dengan niat buruk kepada ustazah yang mengajar ilmu agama. Memaksa ustazah tu merangkak sambil merakam dan memperlekehkan.

Kau tak suka anak didenda tak payah hantar anak ke sekolah la mak cik. Kau ajar sendiri. Masalahnya kau pun tak pandai nak ajar anak, orang tolong ajar bukan nak berterima kasih, tapi datang nak memalukan pula.

Ustazah tu agaknya panik dan ketakutan. Main ikut sahaja kehendak mak cik hiblis ni. Eh, panas betul hati aku tengok video ni.

Betapa orang tak ada akal datang merendah-rendahkan seorang ustazah yang mengajar mengenal kalam Tuhan. Diperlekeh dan dihina sebegini rupa.

Siapa tahu kes kat mana? Dan tolong mana-mana peguam wakilkan ustazah ini saman malu dan segala jenis saman yang boleh dikaitkan agar pelaku yang biadab ini dikenakan tindakan yang paling berat.

Jika ustazah tersebut tak mampu nak bayar kos guaman, aku sudi support. Kes guru/ustazah yang dihina begini secara terbuka tidak boleh lagi dibiarkan berleluasa.

Ini satu penghinaan yang amat pada adab menuntut ilmu!

P/s : Siapa tahu kes di mana dan kenal ustazah ini, bagitahu beliau saya akan menyokong penuh beliau. Jika perlukan bantuan kos guaman, saya rela keluarkan duit simpanan saya untuk bantu beliau.

Penghinaan sebegini terlalu aib untuk beliau dan beliau harus mengambil tindakan. Tolong sampaikan pesan saya ini kepada yang mengenali beliau.

Cikgu Fadli juga menggesa kepada sesiapa yang mengenali ustazah tersebut untuk menghubunginya dan jika perlukan khidmat guaman beliau sanggup mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu ustazah tersebut.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 02:50 PM | Show all posts
biadap sangat ibu murid tu!!!! saman!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 02:53 PM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 25-2-2020 03:10 PM

(VIDEO) Sakit Hati Anak Didenda, Ibu Biadap Tergamak ‘Denda’ Ustazah Merangkak Dalam Kelas
25/02/2020



Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri, mengorbankan masa dan tenaga demi melihat kejayaan pelajarnya. Tanpa seorang guru, siapalah kita hari ini. Setuju? Perkongsian kali ini buat kami tergaman apabila maruah seorang guru dipijak-pijak bagai tiada erti.

Rakaman video berdurasi 2 minit ini menimbulkan pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan seorang ibu yang dilihat menyuruh seorang ustazah merangkak gara-gara anaknya didenda.

Guru merangkak didenda
Cukup kurang ajar, sebagai parent awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu utk anakmu. Mana jabatan pendidikan malaysia, sila ambik tindakan buat insan bodoh ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambik masa seminggu handle sahaja untuk handle kelas handle kerenah anak-anak murid.
Di dalam video tersebut, ibu tersebut dipercayai  datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid, sebagai hukuman kerana mendenda anaknya. Menurutnya, anaknya trauma tidak mahu hadir ke sekolah gara-gara didenda oleh ustazah tersebut. Malah, dakwanya lagi anak itu cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan.

[fbv]2785529944817740[/fbv]

Video itu menimbulkan amarah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat biadap. Seorang guru tidak patut diperlakukan sedekimian walau ianya berpunca dari guru tersebut.

Menimbulkan kemarahan ramai



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 02:53 PM | Show all posts
mana adab sebagai seorang manusia ni
tergamaknya buat mcm ni...menjatuhkan aib guru yang mendidik anak kita
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 02:53 PM | Show all posts
BODOHNYA USTAJAH YG KAU PI IKUT MERANGKAK TU BUAT APE.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 02:56 PM | Show all posts
pukimak celaka punya parent.

kat FB dah ada gerakan untuk support lawyer fees bagi bantu ustazah tu saman parent di court.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ler ustazah tu ikut je..  parents tu ada bawa senjata ke?
Apa guna pengawal keselamatan duduk bertugas di pagar sekolah? Parents boleh serbu masuk.
Tp ustazah.. kita mmg tak boleh denda budak merangkak dlm kelas.. itu mmg tindakan tidak profesional.
Kot biadap sgt budak tu.. key in je ssdm.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Biadap nyer seorang manusia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 02:58 PM | Show all posts
budak boleh didenda merangkak ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah
Haish
Xlehla buat cikgu camtu
I ni kalau anak ngada2 kena denda ke lagi i kata padan muka je
Siap ugut nak hantarkan rotan kat cikgu

Denda merangkak je pun
Haish

Lainlah kalau cikgu tu cederakan ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:02 PM | Show all posts
mmg x boleh eh denda student merangkak?
abis tu kalau pasang lawyer ustazah ni boleh menang ke x?
sakit je hati aku tgk video ni

biadap betul!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:04 PM | Show all posts
yg setajah tu lurus bendol pegi buat dh kenapa????
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana guru besar? Boleh ke parents masuk sekolah serang guru mcm ni? Kalau ya pun ustazah tu salah, selesai la melalui pentadbir..melampau sangat dah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang tak patut ibu pelajar tersebut buat begitu pada Ustazah tersebut. Seharusnya kalau ada sesuatu masalah bincang elok2 dan cari penyelesaian terbaik.

Dulu iols pun takut dan tak suka pergi sekolah agama sebab ustazah garang. Hari-hari kena soal dan bila tak dapat jawab soalan yg ditanya kena cubit kat perut (pelajar perempuan), tarik side burn (pelajar lelaki) dan berdiri sampai kelas habis.

Tertekan sangat dan selalu cari alasan nak ponteng. Iols boleh terima kalau kena hukum kalau sebab nakal dan tak patuh peraturan tapi kalau nak kena cubit perut sebab tak dapat jawab soalan tu memang satu penderaan mental & fizikal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:05 PM | Show all posts
Masa tengok video ni, berair mata aku. Aku bayangkan mak aku diperlakukan sedemikan. Tapi mak aku garang la, silap-silap jadi viral sebab bergaduh dengan mak murid
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak sapa la ni... Mesti tengah gigil Tu org dah marah kat dia. Mana nak letak muka kak....
Kot ye pun marah, takyah lah buat mcm ni. Be professional la...ko pun sama level dgn cikgu malah lebih rendah jadinya. Padan muka kena saman lepas ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 25-2-2020 03:13 PM
zehra2 replied at 25-2-2020 02:57 PM
Kenapa ler ustazah tu ikut je..  parents tu ada bawa senjata ke?
Apa guna pengawal keselamatan dudu ...


Ni sekolah KPM ka? Bukan ka ni SAR? SAR under KPM ka? Macam tak jah...Musti SSDM pun takda. Dan SAR, gurunya bukan keluaran KPM kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 03:16 PM | Show all posts
Ibu paksa 'guru' merangkak
Selasa, 25 Februari 2020 @ 2:29 PM



MENYEDIHKAN apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas rakaman video berdurasi dua minit 17 saat tular di laman sosial.

Rakaman itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Asmadi As-Ad Dimasyiqi bersama kapsyen ringkas yang menunjukkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.

“Cukup kurang ajar, sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu.

“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja untuk uruskan kelas, uruskan kerenah anak-anak murid,” katanya.

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu murid menerjah masuk ke dalam kelas untuk bertemu dengan ustazah terbabit.

Tanpa diketahui sebabnya, ustazah berkenaan tidak menunggu lama sebaliknya terus mengajak beberapa anak muridnya yang lain untuk mengikutnya merangkak. Kejadian itu disaksikan murid dan seorang lagi ustazah dalam kelas berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dipersoalkan wanita berkenaan yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana ustazah terbabit mengajak beberapa murid lain merangkak sama.

Tiada maklumat terperinci mengenai lokasi sekolah berkenaan tetapi rakaman tersebar jelas menunjukkan kejadian berlaku di sebuah sekolah agama berdasarkan pakaian murid di dalam video berkenaan.

Semakan wartawan Harian Metro mendapati rata-rata warganet marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit.

Seorang yang meluahkan rasa geram dan kesal adalah pengguna bernama Semangat Jebat.

“Kurang ajar betul dia buat guru macam ini, biadab sungguh, suruh dia ajar anak dia sendirilah kalau tak nak kena denda. Adatlah mengajar, mesti ada denda. Kalau marah pun tak kan sampai suruh guru merangkak.

“Maruah guru itu tinggi, darjat guru itu tinggi, mereka seperti ibu bapa kita juga. Sampai hati lakukan guru sebegini seperti orang yang tak bertamadun,” tulisnya.

Manakala, Zuan’s Radzeem berharap polis mengambil tindakan terhadap wanita berkenaan.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) carilah orang ini, kurang ajar,” tulisnya di ruangan komen.

Sehingga kini, video berkenaan dikongsi 7,900 orang dan 2,200 komen dengan rata-ratanya warganet memberi emoji marah serta sedih.

Wartawan Harian Metro sudah menghantar kiriman mesej kepada Asmadi di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut tetapi belum dijawab.

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:16 PM | Show all posts
zehra2 replied at 25-2-2020 02:57 PM
Kenapa ler ustazah tu ikut je..  parents tu ada bawa senjata ke?
Apa guna pengawal keselamatan dudu ...

Dia suruh ustazah tu lakonkan semula kot mcmana anak dia merangkak sehari sebelum tu. Kan kononnya tangan anak dia sakit sampai tak boleh ambik wuduk selepas kejadian tu.

Ada ke ustazah tu ambik gambar/video dan viralkan anak dia kena merangkak tu?

Terlebih2 pulak si mak ni. Kalau nak tegur cara ustazah tu tak betul pun buat la dengan cara yang beradab. Kalau mak perangai mcm ni saya rasa peel anak dia mesti tak semengah jugak sampai kena denda merangkak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dubuk replied at 25-2-2020 02:58 PM
budak boleh didenda merangkak ke

itu la.tak penah dengan pelajar kena denda merangkak.setakat berdiri ,ketuk ketapi ,jalan itik tu biasa lay.uztazah tu memang layak pon.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.168381 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list