CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22852|Reply: 285

[Jenayah] #1 Saksikan Video Siti Kasim - Suaram bidas pertuduhan 'tak masuk akal': Wong Ya

  [Copy link]
Post time 25-2-2020 05:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 26-2-2020 08:48 PM

[youtube]ekhMdCCPueY[/youtube]
Suaram bidas pertuduhan 'tak masuk akal' terhadap graduan UM
News  |  Diterbitkan Hari ini 7:40 malam



Suaram membidas keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa graduan Universiti Malaya (UM) Wong Yan berhubung isu protes terhadap naib canselor pada majlis konvokesyen tahun lalu.

Kumpulan hak asasi manusia itu juga mengkritik hujah pendakwa raya ketika prosiding ikat jamin sebagai "tidak masuk akal".

"Dalam institusi akademik yang macam mana seorang graduan tahu seorang naib canselor dengan mudah diprovokasi oleh pelakad dan dikatakan melakukan kesalahan?" kata Sevan berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Sevan juga mengkritik pendakwa raya Mohd Saphian Zakaria, yang menggesa Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menetapkan ikat jamin RM10,000 atas alasan bahawa kes itu melibatkan kepentingan awam dan ia sebagai peringatan.
"Kedua-dua dakwaan itu tidak masuk akal kerana tiada kepentingan umum terlibat dalam menyekat protes aman dan begitu juga sistem ikat jamin untuk menghukum atau sebagai peringatan.

"Seorang pendakwa raya yang tidak mempunyai konsep kepentingan awam atau peranan jaminan dalam sistem keadilan jenayah tidak seharusnya berada dalam kedudukan apa pun bagi pihak mana-mana jabatan kerana pertimbangan mereka hanya akan memalukan AGC dan menyebabkan kemudaratan awam," katanya.

Justeru, beliau menggesa AGC untuk menarik balik kes terhadap Wong dan memastikan "pendakwaan yang tidak masuk akal itu" tidak berulang.

Wong yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan pada ketika itu, melaungkan “Tolak rasis. Undur VC” sambil memegang plakad sewaktu upacara penyampaian skrol ijazahnya.

Plakad tersebut turut menyenaraikan sebab Naib Canselor Abdul Rahim Hashim patut meletakkan jawatan.

Salah satu sebab yang dilaungkan oleh Wong adalah menurutnya, Rahim dikatakan bersifat rasis, mencabul kebebasan akademik, berkhidmat sebagai ‘boneka politik’ dan gagal dalam menyelesaikan masalah kewangan universiti.

Wong kemudiannya menambah bahawa sebahagian daripada protes itu adalah mengenai ucapan Rahim yang berbaur perkauman sewaktu Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober lalu.

Rahim dalam ucapannya di kongres berkenaan berkata bahawa perubahan dalam kerajaan selepas PRU ke-14 telah melenyapkan dominasi ahli politik Melayu.

Selain itu, Rahim juga turut memberikan amaran supaya kontrak sosial sedia ada tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Pihak universiti kemudiannya mengecam tindakan Wong dan memfailkan laporan polis dengan kenyataan bahawa walaupun mereka menyokong kebebasan bersuara, tindakan tersebut dikatakan tidak menghormati majlis graduasi dan mencemar nama baik UM


Semoga berkenan update terkini:

Graduan UM didakwa
Rabu, 26 Februari 2020 @ 2:28 PM



GRADUAN Universiti Malaya (UM) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini berhubung protes terhadap naib canselor yang dilakukannya pada majlis konvokesyen 14 Oktober lalu.

Tertuduh, Wong Yan Ke bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Fardiana Haryanti Ahmad Razali selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi di Dewan Tunku Canselor, UM iaitu dengan sengaja mengaibkan dan dengan jalan sedemikian mendatangkan marah kepada Naib Canselor UM iaitu Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim dan tetamu dalam Istiadat Konvokesyen ke 59.

Kebangkitan marah itu akan menyebabkannya memecahkan keamanan awam dan dengan itu dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Tertuduh ketika dibacakan pertuduhan jelas faham dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Mohd Sophian Zakria manakala tertuduh diwakili peguam Rajsurian Pillai.

Terdahulu, pendakwa raya mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 sebagai pengajaran dan tidak mengulangi perbuatan berkenaan di majlis lain.

Peguam tertuduh bagaimanapun meminta wang ikat jamin berkenaan dikurangkan kerana tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam proses siasatan.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 26 Mac ini.


UM grad to be charged over ‘VC resign’ convocation protest

Ng Xiang Yi Published: 5:25 pm  |  Modified: 5:30 pm



Universiti Malaya (UM) graduate Wong Yan Ke will be charged over his protest against the vice-chancellor during his convocation last year.

The former student activist (photo) told Malaysiakini he received a call from the police informing he will be charged at the KL High Court tomorrow.

He is allegedly being charged under Section 504 of the Penal Code for insulting with the intent of provoking a breach of the peace.




UM grad confirms will be charged tomorrow over convocation protest against VC
Tuesday, 25 Feb 2020 07:00 PM MYT



KUALA LUMPUR, Feb 25 — Universiti Malaya (UM) graduate Wong Yan Ke today confirmed that he will be charged tomorrow over his October 2019 protest against the university’s vice-chancellor Datuk Abdul Rahim Hashim during his graduation ceremony then.

Wong said he received a call from the police informing him to present himself at the magistrates’ court in Kuala Lumpur over his protest during UM’s convocation ceremony.

“I will be charged under Penal Code’s Section 504 which is about breach of peace and public order,” the civil engineering graduate told Malay Mail, adding that he will be present at the court building tomorrow morning with his lawyer.

Section 504 of the Penal Code covers the offence of causing intentional insult with intent to provoke a breach of the peace, and imposes the penalty of a maximum two-year jail term or fine or both upon conviction.

On October 14, 2019, Wong had staged a solo protest during UM’s 59th convocation, and he was said to have carried a placard bearing the words “Undur VC” (Step down VC) and “Tolak Rasis” (Reject Racist) and shouted “Ini tanah Malaysia” (This is Malaysian soil) onstage when receiving the scroll for his bachelor’s degree.

UM issued a press statement the next day criticising Wong’s actions, which it said was a breach of protocol and had allegedly tarnished the university’s name.

It also said then that it lodged a police report over the incident.

Following that and other police reports lodged against him over the protest, Wong was questioned by the police on October 16 for investigations under Section 504.

Wong previously told the media that his protest was an act of last resort after previous attempts to engage with the vice-chancellor’s office, and also criticised the vice-chancellor’s speech in the Malay Dignity Congress held the same month which had alleged racial elements as allegedly damaging to the university’s reputation.

Abdul Rahim had reportedly spoken about the decline in Malays’ political dominance and that Malay privileges were being questioned, among other things.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kahkah padan muka.. p cari dap la haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
cina dap dpt kuasa mcm kaduk naik junjung kan..,
tu last la melayu bg kuasa kat korg... dah takdecdah istilah apa slhnya cina memerintah klau tak korup ekonomi makmur

tgk level kementerian kewangan mcm mana haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka booooooooo

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.takde lagi pemimpin DAP akan backing ko.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye bye dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 06:06 PM | Show all posts
Tiadakah rasa belas kasihan dan simpati dari warga forum ini? Saudara Wong Yan Ke hanyalah menyampaikan pendapatnya, tidak lebih dari itu. Dengan pertuduhan ini, pasti akan merosakkan masa hadapannya.

#justice4wongyanke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
HAHAHAHHA......SO?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:07 PM | Show all posts
I.am.PH replied at 25-2-2020 06:06 PM
Tiadakah rasa belas kasihan dan simpati dari warga forum ini? Saudara Wong Yan Ke hanyalah menyampai ...

Tak kesian pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:10 PM | Show all posts
Nak sampaikan pendapat kena ikut saluran yg betul. So buat time majlis konvo tu betul ke direction dia? Play victim pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah...syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:14 PM | Show all posts

Hadoi Tuan Tanah Lot

Edited by tumpanglalu74 at 25-2-2020 06:16 PM

Ini bukan naseb malang..  Tapi sape suroh cari pasal.  


Jike tuan sendiri punye anak adekah tuan mahu dia bersikap biadap seperti ini??
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sdri yg cari pasal cash lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak hingusan ni kena kenceng dengan ahlipolitik racist. Dibancuh dalam otak dia hatred kepada kawan-kawan berlainan bamgsa yg belajar dlm satu Uni dan dalam satu negara. Harapnya dia insap dan ada jalan keluar untuk masalahnya. Dia teraniaya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah la tak handsome.padan muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Err tahniah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:29 PM | Show all posts
terlalu biadap..apa nak kesian..kena khatam rukunegara balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2020 06:32 PM | Show all posts
Saya yakin masih ada silent reader (my main audience) yang dapat bersimpati dengan nasib yang menimpa Saudara  Wong Yan Ke. Bolehlah saudara saudari silent reader sebarkan #justice4wongyanke
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 06:34 PM | Show all posts
selayaknya. cash
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.114938 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list