CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14692|Reply: 190

[Politik] Apek Cina: Majoriti kaum Cina mahu kerajaan Pakatan Harapan dikekalkan dan jawat

  [Copy link]
Post time 27-2-2020 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 27-2-2020 09:23 AM

Kaum Cina mahu Anwar jadi PM
RAIHAM MOHD SANUSI | | 27 Februari 2020



SHAH ALAM - Saat kemelut politik negara kian panas sekarang, majoriti kaum Cina masih mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikekalkan dan jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Personaliti media sosial, Tan Zee How atau lebih popular dikenali sebagai Apek Cina berkata, majoriti kaum Cina di negara ini tidak bersetuju dengan cadangan membubarkan Parlimen.

"Mereka rasa kerajaan PH harus dikekalkan dan janji penyerahan kuasa antara Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar ditunaikan.

"Komuniti Cina ini berharap apabila Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau dapat mengimbangkan perbalahan antara kaum yang berlaku kebelakangan ini tanpa menjejaskan hak orang Cina di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, ramai kaum Cina menerima Anwar kerana jika beliau menjadi Perdana Menteri kelapan, beliau akan muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang datang dari parti yang mempunyai keahlian pelbagai bangsa.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat bahawa Anwar walaupun disukai kaum Cina dan India di Malaysia tetapi dilihat tidak mampu menyelesaikan kemelut yang timbul dan akan menyebabkan masyarakat Cina kecewa.

"Saya adalah minoriti dalam kelompok kaum Cina kerana saya tidak sependapat dengan mereka mengenai pendirian itu. Kelompok minoriti ini adalah golongan Cina yang telah menyesal dengan sokongan yang diberikan terhadap DAP kerana mungkir janji.

"Kami tidak percaya kepada DAP dan PH dan begitu juga dengan pembangkang yang membentuk Muafakat Nasional. Golongan minoriti ini tidak akan beri undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Mengulas lanjut, Apek Cina berpendapat, krisis politik negara ketika ini berlaku kerana ketidakpercayaan dan ketidakyakinan antara satu sama lain dalam gabungan PH.

Katanya, konflik dalaman itu memuncak ketika Mesyuarat Majlis Presiden PH pada malam Jumaat lalu apabila ada antara pemimpin PH memaksa Dr Mahathir meletakkan satu tarikh untuk peralihan kuasa seperti yang dijanjikan dalam konsensus sebelum PRU14 lalu.

"Jadi apa yang berlaku sekarang akan berlaku juga nanti kalau pun bukan terjadi sekarang. Oleh itu apa yang akan terjadi kalau kerajaan ini masih mahu dikekalkan dan Parlimen tidak dibubarkan? Jawapannya, mesti ada seorang pemimpin yang boleh kawal situasi dan orang itu adalah Dr Mahathir Mohamad. Saya rasa Anwar sendiri pun tidak dapat mengawal situasi ini," katanya.

PANDANGAN PERIBADI APEK CINA YANG TIDAK MEWAKILI PANDANGAN MAJORITI KAUM CINA DI MALAYSIA

Justeru, Apek Cina meminta kaumnya berdepan realiti dan tidak bermimpi supaya kehendak mereka berjaya dicapai melalui cara yang mereka kehendaki.

"Kita kena faham tentang kaum lain, tentang agama lain di negara Malaysia dan bukan sekadar nak orang memahami perasaan kita sahaja.

"Berdasarkan situasi politik semasa ini, saya berpendirian bahawa parti komponen dalam PH sudah tidak mempercayai antara satu sama lain. Rakyat telah meluat dengan situasi sebegini, jadi lebih baik bubarkan Parlimen serta adakan PRU15 secepat mungkin," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 09:25 AM | Show all posts
Edited by I.am.PH at 27-2-2020 09:27 AM

[youtube]jQQmBECaIr4[/youtube]
不认同组联合政府 林吉祥:无政党制衡,马哈迪将独揽大权
17,340 views Feb 26, 2020

Bercakap dalam sebuah forum awam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mendedahkan bahawa PH mengetahui mengenai rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan pagi tadi, selepas DAP telah memberi sokongan kepadanya sehari sebelum itu.

Beliau berkata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah bertemu Mahathir pagi itu untuk meminta beliau terus menjadi perdana menteri Pakatan Harapan, tetapi kemudian diberitahu mengenai rancangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Kata Kit Siang, PH tidak dapat menerima cadangan itu kerana perdana menteri akan mempunyai kuasa mutlak dan pihak yang menyebabkan tumbangnya PH mungkin memegang jawatan tinggi.

"Kerajaan perpaduan yang terdiri daripada ahli parlimen terbaik dan paling bijak adalah idea yang baik, tetapi jika anda mempunyai kerajaan perpaduan, orang yang memusnahkan PH mungkin akan memegang kedudukan penting.

"Bagaimana boleh berlaku? Bagaimanakah ada perpaduan nasional? Bagaimanakah ada perdamaian nasional?" katanya, berdasarkan rakaman acara itu.





Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:25 AM
不认同组联合政府 林吉祥:无政党制衡,马哈迪将独揽大权
17,340 views Feb 26, 2020


Tahniah..semoga impian anda terlaksana...Dan semoga doa saya utk melihat kerajaan baru Tanpa DAP dimakbulkan Tuhan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 09:36 AM | Show all posts
Haruslah saudara saudara faham, di atas ini adalah suara rakyat Malaysia. Mereka bukanlah alien, suara mereka perlulah diambil kira. Janganlah kita jadi jaguh kampung, yang awareness nya begitu sempit hanya melihat dan menerima pandangan orang-orang yang sealiran dengan dirinya sahaja. Dan apabila sampaikan pendapat, akan mendapat tepukkan dan sokongan dari geng sendiri sahaja. Fenomena ini bolehlah kita sebutkan sebagai inbreeding, iaitu membuat pandangan dan pemikiran menjadi jumud.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:36 AM
Haruslah saudara saudara faham, di atas ini adalah suara rakyat Malaysia. Mereka bukanlah alien, sua ...

Baiklah...Kami faham...tapi Kami tetap berharap tiada menteri dari kalangan DAP lagi selepas ni...geng DAP mohon tumpu pada bisnes sahaja. Bidang politik beri pada golongan bumiputera kerana golongan bumiputera tidak akan menzalimi kaum-kaum lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:36 AM
Haruslah saudara saudara faham, di atas ini adalah suara rakyat Malaysia. Mereka bukanlah alien, sua ...

Rakyat malaysia 40% kot?30% chinese,7% india 3% melayu bodo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2020 09:41 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 27-2-2020 09:39 AM
Baiklah...Kami faham...tapi Kami tetap berharap tiada menteri dari kalangan DAP lagi selepas ni... ...

Inilah yang dikatakan amalan diskriminasi yang hanya akan mempromosikan perpecahan antara kaum di Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:41 AM
Inilah yang dikatakan amalan diskriminasi yang hanya akan mempromosikan perpecahan antara kaum di  ...

Sila berikan Kami Di sini contoh diskriminasi berdasarkan pemerintahan Di bawah pimpinam kaum bumiputera sebelum ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 09:44 AM | Show all posts
ang_bess replied at 27-2-2020 09:40 AM
Rakyat malaysia 40% kot?30% chinese,7% india 3% melayu bodo

Obama pun boleh jadi Presiden US di sebuah negara yang majoriti Caucasian. Sampai bila kita masih mahu berada ditakuk lama? Sudah tahun 2020 masih ada lagi pemikiran jumud seperti ini. Tidak hairanlah generasi muda macam saya melihat generasi sebelum ini (maaf cakap) seperti katak dalam tempurung sahaja, iaitu tidak peka dengan keadaan global. Saya memohon maaf sekiranya ada yang kurang berkenan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 09:47 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 27-2-2020 09:44 AM
Sila berikan Kami Di sini contoh diskriminasi berdasarkan pemerintahan Di bawah pimpinam kaum bumi ...

Izinkan saya quote kata-kata saudara sendiri dan saya akan highlight kan di mana yang dikatakan diskriminatif:

Baiklah...Kami faham...tapi Kami tetap berharap tiada menteri dari kalangan DAP lagi selepas ni...geng DAP mohon tumpu pada bisnes sahaja. Bidang politik beri pada golongan bumiputera kerana golongan bumiputera tidak akan menzalimi kaum-kaum lain.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:44 AM
Obama pun boleh jadi Presiden US di sebuah negara yang majoriti Caucasian. Sampai bila kita masih  ...

Usah di banding dengan u.s la..dorang memang berbeza kulit tapi ideologi agama same.. ni malaysia yg dari kecik dah di brainwash macam2. Lahir la jumud n katak bawah tempurung yg ko cakap tu..banyak bersarang kat malaysiakini,fmt.. sampai makanan orang,tuhan n nabi orang lain pun nak di hina nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by InVendeTTa at 27-2-2020 09:59 AM

I pon support.let enjoy another 3 years of sinking ship and we go landslide vote them out with signed & sealed miserably nationwide  during next election. We are seeing crisis over crisis which PH have failed miserably to handle. Another 3 years is not enough for pakatan nasional to fix.there will be another election blow for BN
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
NON MUSLIM DOMINASI KERAJAAN ANWAR

Anwar Ibrahim isytihar siang tadi bahawa PH telah bersetuju mencalonkan beliau sebagai PM ke 8.



Komposisi agama parti- parti ini adalah seperti berikut

Muslim PKR 21
Muslim Pan 11
Muslim DAP 1
Jumlah 33 atau 35.86%

Non Muslim PKR 18
Non Muslim DAP 41
Jumlah 59 atau 64.13%

Ini bermakna kerajaan yang mahu Anwar bentuk nanti punya 59 wakil Non Muslim berbanding hanya 33 yang Muslim iaitu kelebihan 26 orang Non Muslim.

Kerana Anwar kita terjebak menggadaikan maruah dan harga diri kita. Renungkanlah.

*Copypaste*
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
saya pun rakyat Malaysia... dan saya tak mau anwar jd PM8

dan saya pasti kenyataan saya ini dikongsi bersama oleh beribu2 lg rakyat Malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bung Nuwar ni...asal jd PM ajaa...lain blkg cerita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 10:05 AM | Show all posts
ang_bess replied at 27-2-2020 09:56 AM
Usah di banding dengan u.s la..dorang memang berbeza kulit tapi ideologi agama same.. ni malaysia  ...

Maaf saudara, inilah yang dikatakan pemikiran paranoid sehingga tidak yakin dengan sistem perundangan, Perlembagaan dan Institusi DiRaja. Jika ada rakyat Malaysia yang menghina agama, bangsa dan budaya. Bolehlah diambil tindakan undang-undang, bukannya akan menjadi bebas sebebas-bebasnya. Sistem bernegara tidak akan berubah. Tiada alasan untuk menjadi begitu negatif dan pesimis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 10:15 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 27-2-2020 10:00 AM
NON MUSLIM DOMINASI KERAJAAN ANWAR

Anwar Ibrahim isytihar siang tadi bahawa PH telah bersetuju me ...

Inilah yang dikatakan merayu rakyat dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman dengan tujuan untuk meraih simpati dan undi.

Saya bersekolah dari sekolah rendah hingga menengah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Guru Bahasa Malaysia saya adalah dari keturunan Cina dan indah bahasanya. Saya menyerap keindahan bahasa Malaysia/Melayu dari Guru saya yang dari Kaum Cina. Saya masuk Universiti yang majoritinya berbilang kaum, Melayu macam saya ini hanyalah minoriti. Sepanjang hidup saya tidak pernah merasakan didiskriminasi atau disudutkan sebab saya adalah Melayu. Malah BF saya sekarang pun adalah dari kaum Cina.

Oleh itu saya dan rakan-rakan merasa aneh dan hairan, kenapa adanya perasaan paranoid dalam kalangan orang Melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 10:15 AM
Inilah yang dikatakan merayu rakyat dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman dengan tujuan  ...

BF Tu boyfriend atau best friend?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
I.am.PH replied at 27-2-2020 09:41 AM
Inilah yang dikatakan amalan diskriminasi yang hanya akan mempromosikan perpecahan antara kaum di  ...

Hahahaha.. Perpecahan kaum?

Sapa yg nak sangat SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN?

OHHHH hantu raya rupanya yg nak sekolah jenis kebangsaan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 10:19 AM | Show all posts
miss_strangers replied at 27-2-2020 10:17 AM
BF Tu boyfriend atau best friend?

Best friend menuju ke boy friend
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.320318 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list