CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 16

[Tempatan] SPRM: Sedang memerhatikan YB2 yang menawar, memberi, menerima suapan

[Copy link]
Post time 27-2-2020 10:28 AM | Show all posts |Read mode
SPRM pantau rapi politik semasa negara  






IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika terdapat sebarang kesalahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pada masa sama pihaknya mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak menawarkan atau menerima sebarang bentuk suapan bagi sesuatu jawatan.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang menawarkan, memberi atau menerima apa-apa bentuk suapan daripada mana-mana pihak mengikut kepentingan diri bagi sesuatu jawatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini belum terdapat kesalahan yang dikesan berhubung kesalahan itu, namun pihaknya sedang melakukan pemantauan secara rapi.
Katanya, SPRM akan melakukan siasatan tanpa kompromi sekiranya menerima laporan berhubung kesalahan berbentuk rasuah dalam kalangan Ahli Parlimen.

Kemelut politik negara tercetus selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Februari lepas diikuti dengan pengumuman meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan (PH), yang kemudiannya keluar daripada pakatan itu.

Pada hari sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim serta membatalkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.
Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka akan menerima menghadap kesemua 222 anggota Dewan Rakyat untuk ditemuduga ringkas kira-kira dua ke tiga minit seorang bagi mendapatkan maklum balas serta pendapat setiap anggota Dewan Rakyat mengenai situasi politik negara.

Temuduga yang turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali itu, membabitkan dua kumpulan iaitu 90 Ahli Parlimen untuk sesi hari semalam dan 132 lagi bagi sesi hari ini. – BERNAMA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-2-2020 10:29 AM | Show all posts
1. Awat mamat ni bersuara? mana tipah koya? Kepentingan awam mcm ni biasa dia laju je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2020 10:30 AM | Show all posts
2. SPRM pernah dgr ka "offset" tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa.. Aku ingatkan SPRM dah lupa tanggungjawab depa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:08 AM | Show all posts
Bagus, kalau ada sila jgn tunggu lama2
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:37 AM | Show all posts
harapkan org repot je

takde repot takde la kes

masyukkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sah2 PH runtuh sbb ada tawar menawar belakang tabir, hengat sbb kebencian terhadap dapig semata ke sanggup bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 11:57 AM | Show all posts
skrg transaction bole anynomous.. pakai je digital currency mcm BTC.

bole ke trace.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 27-2-2020 10:30 AM
2. SPRM pernah dgr ka "offset" tu apa?

Set off la.terbalik TT.hehheee
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 12:02 PM | Show all posts
Yang ni aku setuju

sebabnya benda ada faedah

tambah lagi bukan tipah koya yang cakap
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:41 PM | Show all posts
siasat MP Ranau.. buat U-turn lepas 3 hari...
adoii kelakar betul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:50 PM | Show all posts
jaga2..satgi kena phone tapping..tipah koyak rabak suka tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 27-2-2020 02:41 PM
siasat MP Ranau.. buat U-turn lepas 3 hari...
adoii kelakar betul...

Siapakah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 03:17 PM | Show all posts

MP ranau..
geng kartel jemin..dlm 11 org tu..
harini tibe U-turn ckp masih ahli Pkr..
n tak tahu menahu dgn 10 yg lain tu..
hahha... adoii.. dh kenyang 10 jutaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak pah mane
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 27-2-2020 12:00 PM
Set off la.terbalik TT.hehheee

Betul la offset tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
klu offset takpa - Atok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080398 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list