View: 2407|Reply: 15
|
Bos Tak Sampai Hati, Bagi Semua Staf Gaji Minimum USD70,000 Setahun
[Copy link]
|
|
Siapa sangka seorang majikan di Amerika Syarikat sanggup menetapkan gaji minimum sebanyak USD70,000 atau bersamaan RM294,945 setahun kepada kesemua kakitangannya.
Memetik laporan BBC, Dan Price, 31 melakukan hal tersebut dalam syarikatnya dan membolehkan 120 kakitangannya mendapat faedah gaji seperti itu.
Semuanya bermula apabila jutawan itu mendengar rintihan rakannya yang berdepan dengan kesusahan hidup.
Kredit foto: BBC
Difahamkan Price berasa terkesan dengan kisah temannya, Valerie yang terpaksa 'mengikat perut' selepas tuan rumahnya menaikkan sewa.
Pengalaman Valerie itu membuatkan Price berasa tidak adil untuk wanita berkenaan kerana pernah berkhidmat selama 11 tahun dalam tentera, malah melakukan dua kerja untuk menyara hidup.
“Dia adalah orang yang bagus dalam perkhidmatan, jujur dan bekerja keras, tetapi perlu menjalani kehidupan susah,” katanya.
Malah, wanita itu masih tidak mampu memiliki rumah walaupun mempunyai jumlah pendapatan USD40,000 atau RM168,540 setahun. Hal tersebut benar-benar membuatkan Price terkesan dan berasa marah.
Dengan kisah wanita itu, Price berjanji kepada Valerie untuk menaikkan gaji minimum kepada para pekerjanya di syarikatnya, Gravity.
Malah, Price sendiri hanya mengambil gaji minimum untuk diri sendiri iaitu sebanyak USD1.1 Juta setahun. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah la tak kedekut.. muka pun boleh tahan hensemm. |
|
|
|
|
|
|
|
Alep sukri bayor bodyguard 5 angka... |
|
|
|
|
|
|
|
Untang ler dapat boss perihatin akan kesusahan pekerja macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla.. at least dia sedar skang...
Malah, Price sendiri hanya mengambil gaji minimum untuk diri sendiri iaitu sebanyak USD1.1 Juta setahun |
|
|
|
|
|
|
|
40k setahun maksudnya dalam 3k sebulan.
Jangan la nak convert pada MYR pula, tak padan dengan situsi. Bukan mcm nak anggarkan belanja SK bagi kat oksana.
Bayangkan la gaji 3k sebulan kalau duduk bandar besar. Dorang kalau nak murah medical care kena beli insuran. Bukan mcm kita, tak da duit, g sepital govermen. Bayar seringgit semua dapat.
Pekerja dapat gaji purata 6k permonth manakala boss gaji 11k permonth plus minus. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lah banyak pun kalau dkt 6K sebulan.
tolak tax
tolak insurance
tolak itu ini
Bersih 3 k lebih kot. ( belum tolak rumah kereta makan gas ..emmm)
|
|
|
|
|
|
|
|
tiada comittment boleh lah survive ....beliau di state mana ?...kalau area silicon valley duit habis pada bilik sewa +makan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Malangnya berlaku di US bukan di Malaysia..Di Malaysia bila majikan dapat tahu staff ikat perut mereka buat tak kisah..
|
|
|
|
|
|
|
|
emm gaji basic kat Malaysia masih rendah dan kos hidup pula semakin meningkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow.. One in the million.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sabar, govt baru yg terbentuk akan cuba turunkan kos kehidupan. Tun M dah nak buat tapi puak kafirin DAP membantah.
|
|
|
|
|
|
|
|
jarang ada bos yg fikirkan staf ni slalu nk untung je |
|
|
|
|
|
|
|
ko convert mmglah nampak banyak..tolak tax bagai tinggal brp jah pon..
tp bercukurlah kan banding ko hidup homeless merempat |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je sis konsepnya.. org bangla impress dgn gaji minimum 1k kat malaysia.. |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow: 40k setahun maksudnya dalam 3k sebulan. Jangan la nak convert pada MYR pula, tak padan dengan situsi. Bukan mcm nak anggarkan belanja SK bagi kat ok ...
40k setahun tu gaji kawan dia la. Staff dia dpt 70k setahun. Usd 5833 sebulan. Tu minimum. Maknanya gaji kerani gaji receptionists punya level jah. Kalau berpangkat sikit lagi tinggi. Ok apa 5k minimum. |
|
|
|
|
|
|
| |
|