Entah apa yang silap, filem sulung Datuk A Aida, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda sekadar mengutip RM716,800 sepanjang dua minggu ditayangkan.
Biar pun begitu, A Aida, 50 yang semakin jelita ini menganggap itu adalah rezeki. Lagi pula filem itu turut bersaing dengan filem luar negara dalam masa sama.
Ig
Kepada Harian Metro, dia tetap bersyukur kerana dengan kekalutan virus Covid-19 dan keadaan politik negara, masih ada yang sudi menonton filem ini.
"Apa pun, saya tidak kecewa. Malah, ia membakar semangat saya dan pasukan untuk terus berkarya."
Ig
Walaupun ia boleh dikatakan rugi kerana kos pembikinan filem itu sendiri menelan belanja RM2.1 juta, dia tetap mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong filem tempatan.
Menurutnya lagi, impian untuk menerbitkan filem lain memang ada, cuma bukan dalam masa terdekat.
Ig
"Saya jadikan filem ini sebagai hasil eksperimen. Biasalah adat berniaga, terutama dalam penerbitan filem memang sukar dijangka."
Bagaimanapun, filem arahan Bade Azmi itu masih ditayangkan di beberapa pawagan TGV pada minggu hadapan.
Filem itu menampilkan Nadia Brian selaku watak utama dan beberapa pelakon lain seperti Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali dan ramai lagi.
Baguslah A Aida menerima dengan reda walaupun kecewa. Malahan janjinya untuk menghasilkan karya lagi membuktikan yang dia adalah orang seni tulen. - CARI
|