CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 150630|Reply: 51

Hutan Hujan Tropika Di Malaysia Dan Kepentingannya

[Copy link]
Post time 24-7-2004 04:25 AM | Show all posts |Read mode
Hutan dapat ditakrifkan sebagai komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok dan berkemampuan berinterkasi dengan binatang serta alam sekitar. Hutan adalah khazanah alam dan warisan semulajadi bagi setiap negara. Tuhan telah menganugerahkan alam semesta ini kepada manusia dengan pelbagai sumbernya. Ciptaan tuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan yang unik dan berguna.

Pada amnya, hutan di dunia melingkungi hampir 40% atau 4405 juta hektar daripada keluasan bumi dan 53.4% terdiri daripada hutan hujan tropika. Hutan di dunia amnya boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan utama; Hutan Hujan Khatulistiwa, Hutan Iklim Sederhana dan Hutan Konifer. Terdapat juga kawasan yang mempunyai campuran daripada tiga jenis ini (lihat rajah 1).

Ciri-ciri pengelasan yang dapat dilihat di sini adalah mengikut pengaruh iklim seperti suhu, hujan dan tanah, kedudukan geografi, jenis tumbuhan, topografi dan latar belakang sesuatu kawasan.

Hutan jenis konifer atau iklim sederhana, berasal dari Eropah dan Amerika Utara, juga dikenali sebagai gymnosperma. Biasanya mempunyai buah kon dan daun yang berbentuk tipis/ tajam. Kayu yang didapati dari pokok jenis ini berciri cincin serta dikenali juga sebagi kayu lembut di mana pemprosesannya adalah mudah.

Hutan daun lebar pula hanya terdapat di tiga kawasan iaitu di Amerika Selatan (Amazon), Afrika, dan Indo-China. Ia juga dikenali sebagai kenisi angiosperma yang berbiji, tertutup, berbunga dan daunnya berjala-jala. Kayu yang didapati adalah jenis kayu keras, tidak berbentuk cincin di dalam kayunya tetapi berciri rongga dan lebih kompleks dalam isi kandungannya.

Di negara kita sendiri, hutan melingkungi hampir 59% dari keluasan tanah dan merupakan hutan hujan tropika. Hutannya sangat kompleks dari segi komposisi flora dan faunanya serta berubah mengikut habitat dan ketinggian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2004 04:31 AM | Show all posts
Pengelasan Hutan Hujan Tropika



Pengelasan ini berdasarkan pada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di habitat tertentu . Di Malaysia terdapat tujuh jenis taburan hutan hujan . Pengelasan ini pula boleh dibuat mengikut pengaruh seperti iklim dan jenis tanah. Pengelasan ini juga berdasarkan kepada ketinggian kawasan dari paras aras laut (lihat rajah 2 dan 3). Hutan dipterokarpa yang terdiri dari 5 golongan pokok yang boleh dikelaskan kepada:


1- HUTAN PAMAH DIPTEROKARPA

Semua hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 m. Hutan ini mempunyai nilai komersial kerana terdapat ribuan spesies seperti semak, herba, pepanjat. Pokok-pokok tumbuh di tanah rata, kaki bukit iaitu ketinggian 304 meter dari paras laut. Di hutan tebal, ada pokok yang tumbuh setinggi 45 meter. Pokok-pokoknya ada yang berbanir nipis dan ada yang tebal ;batang pokok yang bersisik dan merekah. Batang pokoknya panjang dan lurus. Terdapat banyak jenis dipterokap ( jenis meranti ) di hutan ini.


2- HUTAN DIPTEROKARPA BUKIT

Hutan ini terdapat di bukit yang ketinggiannya antara 300m-762m.

3- HUTAN BUKIT DIPTEROKARPA

Hutan ini wujud pada ketinggian antara 300 hingga 350 meter dari paras laut. Pada paras ini tumbuh-tumbuhan yang ada berbeza sedikit. Kebanyakan pokok yang tumbuh ialah jenis seraya.


4-HUTAN DIPTEROKARPA ATAS

Hutan ini terdapat di bukit yang ketinggiannya di antara 762m-1200m dari paras laut.


5- HUTAN OAK-GUNUNG

Hutan di antara paras ketinggian 1200m-1500m dari paras laut. Pertumbuhan pokok-pokok di hutan ini dipengaruhi oleh keadaan dan tempat. Ketinggian pokoknya pula dari 18 hingga 21 meter, berbatang pendek dan mempunyai banir yang sedikit. Jenis pokok diterokap tidak terdapat di sini. Jenis tumbuhan yang biasa ditemukan ialah paku-pakis, palma dan bertam.



[ Last edited by mok_nik on 24-7-2004 at 04:33 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 04:42 AM | Show all posts
6-HUTAN PAYA BAKAU

Tumbuh-tumbuhan jenis bakau dan api-api tumbuh di tepi sungai dan laut, teluk dan muara sungai. Hutan ini terdapat di pantai barat dan sedikit di pantai timur. Tumbuh-tumbuhannya mempunyai bentuk pokok yang biasa dan tumbuh hingga mencapai ketinggian antara 6 hingga 15 meter. Boleh dikatakan tumbuh-tumbuhan hutan ini mempunyai kanopi yang sama dan tidak renggang. Tumbuh-tumbuhan di bahagian bawah ( di permukaan bumi ) kurang dan kadang-kadang tiada.



7- HUTAN PAYA AIR TAWAR

Secara tetap atau sementara tumbuh-tumbuhan hutan ini ditenggalami air yang kaya dengan mineral. Bilangan tumbuh-tumbuhannya terhad dan tertentu jenisnya, daripada pokok jenis semak hinggalah ke pokok besar yang tumbuh setinggi 24 hingga 30 meter.



[ Last edited by mok_nik on 24-7-2004 at 04:46 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 04:49 AM | Show all posts
8- HUTAN TANAH GAMBUT

Kadang-kadang akar tumbuh-tumbuhan di tanah gambut menjalar sehingga sedalam enam meter. Hutan ini terdapat di bahagian pantai, di bahagian tengah dan selatan semenanjung. Hutan ini tumbuh di kawasan air yang sentiasa bertakung. Sumber airnya ialah air hujan. Airnya berwarna hutan. Ketinggian pokok ini lebih kurang 30 meter hingga 36 meter. Satu contoh hutan ini terdapat di Tasik Bera, Pahang Darul Makmur.



9-HUTAN BATU KAPUR.

Jenis hutan di bukit batu kapur meliputi beberapa kawasan di semenanjung Malaysia / Thailand dan terdapat juga di Ipoh dan Batu Caves. Ketinggian tumbuh-tumbuhannya lebih kurang 15 meter (50 kaki).

10-HUTAN ERICACEOUS GUNUNG

Hutan melebihi 1500m. Ia terdapat di kawasan paras awan. Berbeza daripada hutan oak gunung, pokok-pokoknya nampak kerdil atau renek dan tumbuh setinggi 9 meter atau lebih sedikit. Di hutan ini juga terdapat lumut dan resam.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 04:53 AM | Show all posts
Kegunaan Hutan

1- Sebagai kawasan tadahan air

Hutan memainkan peranan sebagai span, menyerap air hujan dan mengalirkannya kembali semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku di dalam hutan ini telah memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai (Lihat rajah 4 ). Kawasan hutan yang luas dapat menampung kandungan air air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun, batang , akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan mengalir ke sungai, laut, atau diempangkan supaya dapat disalurkan ke paip-paip ke kawasan perumahan


2-Mengawal hakisan tanah

Hutan bertindak sebagai penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan akarnya dan mengekal dan mengukuhkan struktur tanah tersebut .

Curahan air hujan di permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butir-butir tanah tersebut longgar. Tanah yang terhakis akan diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek ini tidak dapat menampung air tersebut. Ini akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.

Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Melalui aliran batang tumbuhan, air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi sebaliknya mengalir turun melalui batang dan akar tumbuhan.

Ini mengurangkan kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Sementara itu, melalui proses evolusi, ekosistem hutan boleh menjalani pengitaran nutrien dan meminimakan kehilangan nutrien untuk hidup dalam kekurangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 04:55 AM | Show all posts
3-Mempengaruhi iklim

Hutan tidak mempengaruhi keadaan iklim satu kawasan yang luas tetapi jenis hutan bergantung kepada iklim. Bagaimanapun ,hutan mempengaruhi iklim keadaan setempat oleh kerana kepadatan silara pada pokok-pokok yang menyebabkan kelembapan udara yang tinggi dan sejuk .

Beserta dengan seluruh tumbuhan hujau, ia bertindak mengimbangi kandungan gas oksigen (O2) dan karbon dioksida(CO2) dalam udara. Tumbuhan hijau menyerap CO2 dan mengeluarkan O2 semasa proses fotosintesis O2 yang dibebaskan dan digunakan oleh haiwan dan manusia semasa pernafasan manakala CO2 yang terbebas semasa haiwan dan manusia bernafas digunakan oleh tumbuhan.

Ia juga mempunyai penyejukan semulajadi menerusi beberapa cara. Pertamanya air yang ditranspirasikan oleh tumbuhan naik ke udara dan menghasilkan awan. Awan ini membalikkan cahaya matahari ke ruang angkasa dan kemudian menjadikan kawasan sekitar lebih sejuk.

Keduanya apabila wap air dari hutan mengandungi tenaga haba yang akan disebarkan ke kawasan yang lebih sejuk. Keadaan ini mempengaruhi penyebaran radiasi matahari.

Ketiganya, apabila kuantiti karbon yang banyak tersimpan dalam biomassa hutan. Jika karbon berlebihan di atmosfera, suhu dunia akan meningkat. Hutan ini boleh mengurangkan kandungan karbon di atmosfera menerusi proses fotosintesis
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2004 04:58 AM | Show all posts
4-Menyediakan habitat tumbuhan, haiwan dan serangga

Banyak spesies tumbuhan , haiwan dan serangga terdapat dalam hutan kerana secara langsung atau tidak , ia merupakan tempat tinggal dan sumber makanan. Sekiranya hutan dimusnah, keadaan cuaca dan kehidupan akan musnah sama sekali. Hutan Hujan Tropika misalnya mempunyai hampir 50% dari spesies tumbuhan di dunia. Satu hektar kawasan Hutan Hujan Tropika mengadungi hampir 200 spesies tumbuhan.


5-Menghapus bahan cemar

Hutan juga berupaya mengawal dan menghapuskan bahan cemar yang parasnya tidak begitu tinggi . Ia berlaku apabila pokok menggunakan sebahagian dari bahan cemar seperti seperti karbon monoksida dan sulfur oksida dalam proses metabolisme. Selain itu, permukaan dalaman daun pokok adalah besar dan mampu menyerap bahan pencemar dengan lebih berkesan . Dalam ertikata lain ia juga bertindak sebagai penapis udara

6 -Menahan bunyi

Kajian menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan juga bertindak sebagai penahan bunyi yang berkesan . Di bandar, pokok-pokok telah ditanam untuk tujuan tersebut secara teratur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 05:06 AM | Show all posts
Kepentingan Hutan Dari Aspek sosial & Ekonomi

Dari aspek sosial

Peranan sosial hutan yang paling penting adalah kegiatan rekreasi luar. Ini termasuk menyediakan tempat untuk orang ramai memburu, memancing, berkhemah, berkelah, menerokai hutan dan menikmati keindahan alam. Dengan peningkatan populasi manusia yang semakin meningkat, kawasan hutan semakin penting dalam kehidupan seharian manusia. Hutan juga menjadi kediaman rasmi orang asli. Seramai 300 juta orang asli menetap di dalam hutan di seluruh dunia. Hutan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka yang meliputi tempat tinggal, sumber makanan, Ubat-ubatan tradisional, pakaian dan bahan binaan untuk kediaman mereka.


Aspek ekonomi

Dari segi ekonomi , hutan boleh dibahagikan kepada dua sumber:

1-Sumber kayu-kayan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa hutan telah membekalkan hasil kayu-kayan bernilai seperti balak. Ia adalah salah satu sumber pendapatan yang penting dalam ekonomi bagi mana-mana negara.

2- Sumber hasil hutan bukan kayu

Keluaran hasil hutan bukan kayu ialah semua keluaran hutan selain daripada kayu balak. Walaupun keluaran ini bernilai rendah tetapi pada umumnya sangat berguna kepada masyarakat atau sesuatu negara tersebut. Keluaran ini termasuklah keluaran tumbuh-tumbuhan seperti rotan, buluh, mengkuang, pandan, tumbuhan pewarna, damar, tumbuh-tumbuhan ubatan, tumbuhan beracun, sumber makanan, binatang liar, kayu gaharu, getah, minyak bau-bauan, binatang buruan dan kegunaan tumbuhan untuk hortikultur dan seni tanaman.

Hutan juga menggalakkan industri pelancongan yang menjadi sumber pendapatan penting bagi beberapa negara melalui kedatangan pelancong-pelancong yang berminat dengan keindahan hutan mahupun bagi tujuan pengkajian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2004 05:34 AM | Show all posts
HUTAN TROPIKA SECARA UMUM

Hutan ini termasuklah hutan hujan malar hijau di garis lintang khatulistiwa dan hutan monsun tropika. Di hutan khatulistiwa pokok-pokok biasanya menggugurkan daunnya sedikit-sedikit ataupun menggugurkan daunnya mengikut musim tetapi kebanyakan daripada pokok itu mempunyai daunnya hampir seluruh masa dan sebab itu hutan ini kelihatan malar hijau. Di hutan monsun pokok-pokok ialah jenis daun-luruh yang menggugurkan daunnya pada musim kemarau dan tidak mengeluarkan daun baru sehingga musim hujan tiba.

CIRI-CIRI HUTAN TROPIKA

1- Geografi

Hutan tropika terdapat di zon tropika di antara 23O 27
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 02:52 PM | Show all posts
3- Tanah

Kebanyakan kawasan hutan tropika dipenuhi tanah yang telah melalui proses pedogenik yang dipengaruhi ciri-ciri topografi, bahan induk atau keadaan air tempatan dan aktiviti sesetengah biota. Tanah boleh menjadi sangat berbeza meskipun dalam lingkungan jarak sekecil 10m; kebolehubahan mikro ini mempunyai implikasi yang penting terhadap pertanian dan pemilihan tapak yang sesuai untuk uji kaji luar (Moorman dan Kang, 1978).

Tanah jenis Ferasol dan akrisol merupakan tanah zon utama yang terbentuk dalam keadaan saliran bebas. Di kawasan tanah pamah tropika terdapat sungguh banyak kebolehubahan tanah yang tertakluk kepada jasad timbul dan batuan induk. Bahagian bawah lereng (kompleks aluvium) dicirikan oleh jenis tanah hidromorf seperti glei. Jenis tanah ferasol dan oksisol di atas lereng yang kurang curam (Kompleks koluvium) dan di bahagian atas lereng (kompleks eluvium).

Di atas batuan perantaraan hingga batuan yang sederhana asid dan curahan hujan kurang daripada 1500mm terdapat tanah okrosol (aktisol), dan oksisol (ferasol) bagi kawasan mempunyai hujan lebih 2000mm. Di dalam hutan tropika ini juga terdapat tanah podzol, histosol, nitosol, andosol, regusol, fluvisol dan gleisol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 02:54 PM | Show all posts
Ekosistem

Hutan tropika merupakan satu ekosistem yang paling pelbagai sifatnya di dunia dan kompeks kerana mengandungi berjuta-juta individu saling bertindak. Antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

Jumlah ruang hutan tropika yang besar, termasuk bahagian yang separuh terlindung di bawah tanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 02:56 PM | Show all posts
STRUKTUR HUTAN TROPIKA

Di dalam hutan tropika, ketinggian maksimum bagi sudur jarang melebihi 50m . Walaupun beberapa jenis pokok seperti Dryobalanops aromatica dan spesies Dipterocarpaceae boleh tumbuh sehingga 60m di sekitar Indo-Malaysia dan pokok paling tinggi pernah dicatatkan adalah Koompassia excelsa (Leguiminosae) mencapai 84m.

Hutan tropika mempunyai beberapa lapisan tumbuhan semula jadi. Lapisan tertinggi sekali terdiri daripada pokok-pokok yang besar yang tumbuh sampai lebih daripada 46m (150 Kaki) tingginya dan mempunyai perdu akar banir yang besar serta batang pokok yang panjang dan lurus yang sesuai menjadi balak. Seterusnya, lapisan-lapisan pokok yang rendah kira-kira 9-15m (30-50 kaki) tingginya, terdapat pokok nipah, pokok reneh paku-pakis dan rumput.

Hutan monsun kurang tebal daripada hutan khatulistiwa kerana adanya musim kemarau tetapi lazimnya mempunyai tumbuhan bawah yang tebal terdiri daripda pokok reneh dan pokok kecil serta rumpun buluh yang tebal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2004 02:57 PM | Show all posts
KEPELBAGAIAN BENTUK POKOK HUTAN TROPIKA

Di hutan tropika, kebanyakan sifat pokok dikotiledon dan sifat percabangan, sistem daun, bunga, buah, dan akar jarang wujud di zon geografi yang lain.

Semasa memberikan bentuk, kaji tentang kelakuan dan pertumbuhan akar perubahan ontogenetik dan saling bertindak antara faktor keturunan dengan faktor persekitaran diambilkira. Akar banir berlainan saiz, bentuk dan bilangan

Ada akar banir merupakan struktur taji kecil atau bengkak di pangkal batang dan ada pula sangat besar sehingga mencapai 10m di atas batang pokok dan meluas lebih jauh pada satah mengufuk seperti pokok menonjol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 01:40 AM | Show all posts

TUMBUHAN DISEKITAR MALAYSIA

Malaysia mempunyai kekayaan Flora yang beranika jenis. Sesejenis pokok biasanya tidak terhad kepada sesuatu kawasan kecil. Mereka tidak mengenal sempatan sesuatu negara. Oleh kerana ini tumbuhan Malaysia boleh didapati di kawasan jirannya iaitu Negeri Thai Selatan, Indonesia dan Singapura. Oleh sebab begitu banyaknya jenis tumbuhan di Malaysia, hanya sebahagian kecil tumbuhan tempatan dapat diberi di sini.


Bayam duri, sejenis pokok yang boleh dijumpai di seluruh Asia Tenggara.


Untuk mengenal dan menamakan tumbuhan, kita halus tahu sedikit bekenaan ciri-ciri luar bahagian-bahagian pokok itu. Semua tumbuhan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Satu kumpulan adalah pokok-pokok berbunga seperti rumput, orkid, lantana dan keembong. Kumpulan kedua adalah tumbuhan tidak berbunga seperti pokok krismas, paku-pakis, lumut dan kulat.


pokok paku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 01:44 AM | Show all posts
Pokok berbunga sekali lagi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan beasr. Satu kumpulan adalah pokok monokot. Kumpulan yang satu lagi adalah pokok dikot. Daun pokok dikot biasanya ada urat yang menjalar, bijinya adalah dua belah, dan mereka ada akar tunjang (akar besar). Daun pokok monokot biasanya ada urat yang selari, biji nya tidak dapat dibelahkan dan akarnya selari (lebihkurang sama besar). Tumbuhan tidak berbunga boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama seperti jimnospermae, paku-pakis, lumut, kulat dan cendawan serta algae dan rumput laut.


            Gambar menunjukkan bunga monokot.

Contoh-contoh tumbuhan dikot adalah keluarga Akanthia, keluarga Bayam, keluarga Nona, keluarga Alamanda, keluarga Keembong, keluarga Bunga Matahari, keluarga Timun, keluarga Pudina, keluarga Kekacang, keluarga Bunga Raya, keluarga Bunga Kertas, keluarga Buah Susu, keluarga Ros, keluarga Jejarum, keluarga Lantana dll. Beberapa contoh tumbuhan monokot adalah keluarga Bawang, keluarga Keladi, keluarga Nanas, keluarga Kana, keluarga Rumput, keluarga Lili, keluarga Pisang, keluarga Orkid, keluarga Palma, keluarga Pandan, keluarga Helia dll.


             Gambar  pokok dikot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 02:00 AM | Show all posts
Tumbuhan-tumbuhan Monokot Malaysia

Keluarga Pisang
Keluarga Rumput Air
Keluarga Orkid
Keluarga Palma
Keluarga Panda
Keluarga Keladi Bunting
Keluarga Halia
Keluarga Padi


Tumbuhan-tumbuhan Dikot Malaysia

Keluarga Bayam
Keluarga Gajus
Keluarga Maman
Keluarga Betik
Keluarga Kobis
Keluarga Timun
Keluarga Ubikayu
Keluarga Pudina
Keluarga Kekacang
Keluarga Pegaga
Keluarga Tongkat Ali
(antara sahaja )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2004 02:09 AM | Show all posts
TUMBUHAN-TUMBUHAN PAKU-PAKIS MALAYSIA



Paku-pakis mudah dibezakan daripada tumbuhan-tumbuhan lain daripada fakta ia tiada mempunyai bunga yang benar. Daun paku-pakis biasanya merupai bulu burung. Paku-pakis boleh membiak di atas tanah dan juga di atas pokok lain atau di atas batu. Banyak jenis paku-pakis Malaysia digunakan kerana nilai perubatannya. Ada juga paku-pakis yang boleh dimakan, sebagai contoh, "Pucuk Paku" yang diminati ramai ialah sejenis sayur-sayuran tempatan yang boleh disediakan berbagai cara untuk menjadikan lauk hidangan. Paku-pakis banyak dijumpai di Malaysia. Ini boleh disebebkan kepada iklim berlembab dan panas yang baik untuk paku-pakis membiak.

Ciri-ciri Paku-pakis:

Tumbuhan paku-pakis merupakan golongan tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri khas yang tidak dijumpai pada golongan tumbuhan yang lain:

i ) Setiap daun muda yang dikeluarkan berbentuk seperti satu gelungan tali.
ii)Kesemua tumbuhan ini menghasilkan spora yang terbentuk di dalam sporangium.
iii)Sporangium terkumpul membentuk tompok-tompokan di bahagian hujung, permukaan ataupun tepi daun.
iv)Terdapat susunan dan bentuk sorus ( kumpulan sporangium) bergantung kepada spesies paku-pakis tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 02:13 AM | Show all posts
Pengelasan Besar Paku-pakis :

Paku-pakis sendiri dapat dipisahkan dalam dua bahagian yang sangat jelas iaitu golongan mirip paku-pakis (fern-allies) dan golongan paku-pakis sebenarnya atau paku-pakis sejati (true-fern). Golongan tumbuhan mirip paku-pakis terbahagi dalam tiga kelas iaitu :

i-Psilopsida : Paku-pakis yang tersangat ringkas strukturnya. Pembahagian antara akar, batang dan daun. Sangat tidak jelas. Ia hanya terdiri daripada batang bawah tanah dan cabang udaranya sahaja.

ii-Lycopsida : Paku-pakis kelas ini masih dianggap ringkas kerana batang dan daunnya masih sederhana.

iii-Sphenopsida : Paku-pakis kelas ini mempunyai akar dan batang telah jelas terbentuk dan ketinggiannya. Dapat mencapai beberapa meter tetapi daunnya masih ringkas sekali.

Golongan tumbuhan paku-pakis sejati pula secara kasarnya dimasukkan dalam satu kelas iaitu Pteropsida. Pembahagian antara akar, batang dan daun telah lengkap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 02:27 AM | Show all posts

contoh Psilopsida



  contoh Lycopsida



contoh Lycopsida
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 01:09 PM | Show all posts
HUTAN REKREASI / HUTAN LIPUR

Keperluan untuk rekreasi hutan mula dirasai sejak tahun 1967, akibat daripada peningkatan ekonomi dan kepesatan pembangunan negara yang membuatkan warga kota memerlukan kawasan-kawasan untuk beriadah bagi mengelakkan dari tekanan dan kesibukan harian. Untuk memenuhi permintaan ini Jabatan Perhutanan mula membangunkan kawasan-kawasan hutan sebagai kawasan-kawasan rekreasi dengan mengadakan kemudahan-kemudahan asas kepada pengunjung seperti perkelahan, perkhemahan, merentas hutan dan berenang. Sehingga ini sejumlah 74 kawasan hutan lipur dalam HSK telah ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.

Satu kawasan Hutan Lipur telah ditubuhkan di Ibu Kota, Kuala Lumpur iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas. Terletak di tengah-tengah bandaraya ianya telah diwartakan pada tahun 1906 untuk orang ramai, dan merupakan hutan simpan yang tertua di negara ini. Hutan ini adalah Hutan Dipterokarpa Pamah seluas 11 hakter yang juga merupakan satu kawasan hijau didalam Bandaraya Kuala Lumpur.

Berbagai-bagai jenis buah-buahan terdapat dalam hutan negara ini seperti Petai (Parkia speciosa), Durian (Durio zibethinus), Macang (Mangifera spp.), Jering (Pithecellobium jiringa), Kerdas (P.bubalinum) dan Tampoi (Baccaurea spp.). Permintaan masyarakat terhadap buah-buahan ini telah meningkat walaupun dengan harga yang tinggi. Oleh itu, Jabatan Perhutanan telah melancarkan satu program menanam pokok buah-buahan bagi menampung bekalan serta keperluan buah-buahan tersebut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.092989 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list