CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19739|Reply: 203

[Tempatan] Apa itu IJTIMA TABLIGH

  [Copy link]
Post time 14-3-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Tudunghitam at 14-3-2020 05:16 PM

- Untuk Pengetahuan Umum termasuk Media Massa -

Berikutan isu terkini Covid19, di sini sedikit penerangan apakah itu Ijtima Tabligh dan kenapa ia diadakan setiap tahun. Ijtima ini ada di semua negara kecuali negara yang usaha da'wahnya terlalu kecil untuk mempunyai Ijtima sendiri. Malaysia antara negara yang usaha dakwahnya sangat membangun justeru Malaysia telah ada Ijtima selama berbelas atau berpuluh tahun.

- KENAPA DIADAKAN -

Sepertimana perkara-perkara duniawi dibincangkan dalam konvensyen- konvensyen, dalam forum forum dan pelbagai conference, begitu juga dalam usaha da'wah. Semasa Ijtima tahunan beginilah berlakunya pertemuan dengan wakil-wakil dari semua negeri yang mana dalam urusan duniawi dipanggil "networking".

Dan semasa Ijtima inilah ramai alim ulama (para maulana, ustaz-ustaz) datang dan memberikan tazkirah atau penerangan kepada semua pekerja dakwah supaya semua sekali berada dalam satu fikir yang sama dan membuat usaha dakwah sebagai misi untuk membetulkan diri sendiri (lebih daripada membetulkan orang lain). Peringatan-peringatan penting oleh para alim ulama ini bukan sesuatu yang senang didapati kerana para Maulana ni semuanya sibuk di madrasah madrasah dan tidak selalu dapat bersama "pekerja biasa". Semasa Ijtima juga terdapat orang - orang bukan Islam datang untuk melihat cara orang Islam bergaul , dan ramai non muslim yang mengambil Syahadah selepas Ijtima kerana hati mereka terkesan dengan apa yang dilihat.

KENAPA RAMAI SEHINGGA RIBUAN

Jumlah hadirin Ijtima adalah ramai kerana di Malaysia sendiri sudah ramai yang mula membuat islah diri dan mereka ingin merasa pengalaman Ijtima itu. Semasa Ijtima kesemua solat 5 waktu dilakukan tepat pada waktu dan berjemaah, segala aspek kehidupan cuba dilakukan dalam cara Sunnah Rasulullah s.a.w. Di sebelah malam mereka bangun untuk Tahajjud dan ia pengalaman pertama bagi orang orang Islam yang baru hendak pulang ke pangkal jalan

BERLANGSUNG MESYUARAT2 PENTING

Semasa ijtima , turut berlangsung mesyuarat - mesyuarat di mana setiap negeri / negara berkongsi maklumat atau masalah masing- masing. Kenapa Ijtima Malaysia turut disertai oleh orang luar negara? Ini kerana setiap negara belajar dari negara lain apa -apa yang jemaah dakwah di tempat mereka belum cekap. Adanya wakil wakil dari New Zealand (contoh sahaja), Brunei, Australia,  Singapore menghadiri Ijtima di Sri Petaling kerana mereka mahu berkongsi nota (comparing notes) dan mendengar pandangan orang yang lebih arif.

Turut datang adalah wakil -wakil dari negara yang lebih maju dakwahnya. Mereka datang atas jemputan alim ulama di Malaysia kerana Malaysia menghargai pandangan dan nasihat yang mereka boleh beri dalam rangka kerja dakwah Malaysia. Nasihat itu akan di ambil hanya jika sesuai dengan Malaysia.

HASIL IJTIMA

Pada ketika ijtima berlangsung para hadirin akan memberikan azam untuk turut serta dalam mana-mana jemaah yang akan bergerak selepas tarikh ijtima (bersesuaian dengan kemampuan diri masing masing). Maka, selepas Ijtima lah banyak keputusan dibuat dan banyak jemaah dibentuk untuk pergi ke kawasan-kawasan yang memerlukan pengorbanan orang dakwah. Ijtima adalah umpama 'morale boost' kepada pekerja pekerja dakwah sebagaimana organisasi2 gergasi mengadakan motivational program bagi pekerja.

COVID19 - ISU TERKINI

Pada pandangan penulis yang bukanlah sesiapa ini, pembatalan Ijtima MUNGKIN ada dibincangkan
sesama lembaga penganjuran . Ijtima mempunyai AJK penganjuran sendiri, bukan semua orang terlibat. Pada hemat penulis, Covid19 tentu dibincangkan cuma penulis merasakan, oleh kerana tiada sebarang arahan di peringkat nasional berkenaan perhimpunan skala besar, maka komiti penganjur berada dalam keadaan serba salah.

Hadirin yang akan hadir kebanyakkannya telah membuat persiapan perjalanan (visa, passport, tiket flight) terutamanya hadirin luar negara. Perkara ini mungkin membuat komiti penganjur berbelah bahagi samada batal atau teruskan; pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan apa- apa arahan pembatalan dan isu permit juga tidak dibangkitkan.

Jika diingat kembali, ijtima ini berlaku semasa negara sedang mengalami krisis politik yang serius; kerajaan dalam keadaan yang tidak stabil. Pada hemat saya, jika pada masa itu kerajaan sedang berurusan seperti biasa, ada kemungkinan lpermit -permit perhimpunan besar mengalami "review process" dan Ijtima akan terbatal dengan lkuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Namun ini bukan masa untuk menuding jari, sedikit terlewat untuk menyalahkan pihak tertentu tapi penulis yakin kesilapan memang wujud dalam semua pihak terlibat. Mangsa - mangsa yang hadir mungkin tidak terfikir langsung mereka akan terkena Covid19 dan pada masa ini penulis yakin seluruh ahli keluarga mereka , jiran dan rakan sekerja turut berada dalam ketakutan kerana mereka kini dikategorikan "close contact".

Kami pekerja- pekerja tabligh yang lain tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kejadian ini kerana pihak yang tersilap itu tentu sudah sedar kesilapan mereka; kami mendoakan kesemua yang dijangkiti akan sembuh sepenuhnya dan kontak rapat mereka tidak dijangkiti.

Perlu dimaklumkan, ijtima ini tarikhnya telah ditetapkan beberapa bulan sebelum dan tarikh bukan dipilih semasa Covid19 sudah bermula. Ini mungkin menyebabkan dilema dalam beberapa pihak kerana wakil wakil pelbagai lokasi sudah sampai dan tiada keputusan jelas dari pihak berkuasa tentang penerusan/pembatalan permit. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu khilaf kami sendiri. Penulis tidak berada di Kuala Lumpur semasa semua ini terjadi.

Sumber tulisan:
Pekerja Biasa. bukan Syura atau Ketua-













This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak dibatalkan.  bukankah masa tu dah kecoh coronavirus ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 03:14 PM | Show all posts

Aku Benci Tabligh

Tatau pasaipa..  Anak bini terbior takpe..  Nak tebalik takpe..  Janji bertabligh.  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 14-3-2020 05:14 PM
Tatau pasaipa..  Anak bini terbior takpe..  Nak tebalik takpe..  Janji bertabligh.

Ni fitnah yg aku dah lali kot dengar...kenalan kenalan aku semuanya suami diorang biasa pegi 3h atau 40h takde lg anak bini kelaparan. Suami2 sebelum pegi dah isi macam2 dalam Peti Ais, ayam ikan prnuh. Kalau aku offer nak shopping pun isteri tu xmau sbb suami dia dah beli mcm2 siap kat rumah. Ni aku ckp termasuk orang kampung biasa, bukan professionals. Duit dan kad bank pun suami bagi pegang. Aku pernah jumpa 1 je makcik yg duit dia putus masa suami xde. Makcik tu dapat idea jual aiskrim so jual lah. Musim hujan. Tgh tgh hujan tu ramai laj pulak gi beli aislrim so laku. Isteri2 lain yg aku kenal xde masalah , bila call tanya kabar semua kata x payah susah2 nak hantar apa2 sbb ada belaka dah .

Kes yg abai isteri tu ada la dalam 1 per 50 orang atau 1 dalam 100. Tapi biasala manusian nampak yg buruk dulu kan. Nasib kau la jumpa yg stok buruk je sbb yg aku junpa semua ok .

Kalau kau x pernah baca sirah Nabi mmg camtu la kau komen kot. Sbb sirah Nabi mmg Nabi dan para sahabat byk berjauhan dgn anak isteri atas sebab dakwah. Baca dulu kot sirah pengorbanan Rasulullah dan sahabah utk agama selama 23 tahun baru boleh tuduh gtu. Aku malas nak type pjg sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 14-3-2020 03:40 PM

Akak tiap kali nampak word ijtima, seperti ternampak word ijtimak. Yang mengingatkan akak dengan jimak.

So akak translate ianya sebagai conference sajork la. Senang faham.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudunghitam replied at 14-3-2020 03:24 PM
Ni fitnah yg aku dah lali kot dengar...kenalan kenalan aku semuanya suami diorang biasa pegi 3h at ...

Ye betul.. Dah jemmah tabligh ramai juga golongan professional..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2020 03:51 PM | Show all posts

Nak Dakwah Ape Zaman Internet Ni?

Tudunghitam replied at 14-3-2020 03:24 PM
Ni fitnah yg aku dah lali kot dengar...kenalan kenalan aku semuanya suami diorang biasa pegi 3h at ...

Lain la zaman dulu..  Sesape nak info kalo hati dia betol2 nak tau pegi tanye Uncle Google je la..  Suroh cari yang dalam bahase melayu la dol..  Bukan english takot fake.  Sebenornye seronok makan angin kan?  Seronok tak payah adap anak bini kat rumah ye..

Ape pon alasan ko pakai pade aku sesape yang ade tanggungan tolong jalankan amanah tuhan dulu sebelom merayap nak ke sana sini.  Alasan ke tabligh tu wajib sebab nak elak orang pandang semacam..  Jobless belake yang aku tengok.


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 04:05 PM | Show all posts
ni perspektif . ye ada je tabligh hu ha anak bini tak terjaga. but uols kena tahu gang tabligh ada private jet bukan kaleng2 taikun businessman. mereka multimillionaire level centa million.

apa kaka nak cakap jangan kerana sorang dua tabligh pukul rata.... chill ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2020 04:15 PM | Show all posts

Aku Cakap Yang Kebanyakan

CiliPadiSedap replied at 14-3-2020 04:05 PM
ni perspektif . ye ada je tabligh hu ha anak bini tak terjaga. but uols kena tahu gang tabligh ada p ...

Kalo nak petik sekor dua billionaire kong-kali-kong maka engkau pon pukol rata sekali..  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 04:20 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 14-3-2020 04:15 PM
Kalo nak petik sekor dua billionaire kong-kali-kong maka engkau pon pukol rata sekali..

xnak lah lawan cakap dengan kaka, sebab kaka masih ada virus north korea uranium . mesin basuh rumah kaka sihat?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudunghitam replied at 14-3-2020 03:24 PM
Ni fitnah yg aku dah lali kot dengar...kenalan kenalan aku semuanya suami diorang biasa pegi 3h at ...

Iyer betul.. laki aku pegi gak kt sri petaling tu tapi xdela tinggalkan ak bhari2.. tdo smlm je huhu..
Pegi sbb member dia ajak.. kebanyakan geng2 dia yg pegi ni golongan profesional dan org senang.. kwn dia tu ada 3 stesyen minyak slalu gak tgl bini.. aman2 je bini nya ckp makan pakai n kereta nak guna pn keta mewah..

Slalunya org yg btl2 miskin ni jrg nak join2 gini..  kalau tgk kes2 msalah gejala sosial sumbang mahram bdk2 taik dadah tu jauh dr landasan agama.. makbapak x terapkan nilai2 agama yg btl.. sbb tu Allah dah bgtau kalau nk bjaya kena solat.. hari2 azan bkumandang kt tv sekali terjemahannya sekali pn ssh org nak paham...
Ni pendapat aku yg jahil jela.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya kharkoon celup.....antara yg menarik dalam jemaah ni....boleh kahwin banyak....kalao malas nak isi borang...akad sesama sendiri ja... hahahahahah

Tapi bagusnya geng kharkoon....solat cukup jaga tepat waktu...

Dan bukan pukul rata - ramai yg berniaga dari kecik anak penjaja pasar malam sampai la kontraktor atau pembekal yg berduit. Yg kerja kerajaan pun ramai....pilot MAS dan Air Asia pun ada.

Yg dikata jobless tu adalah dalam 10 peratus - tu pun termasuk orang tua pencen yg ada pencen tiap-tiap 25hb.

Ada juga yg asal memang jobless - masuk jemaah bukan pasal hati...lebih pada escapism dari masalah atau dah jatuh bisnis atau kena buang kerja.....Tapi ujung ujung ada juga dia buat duit- akan ada jemaah yg berduit akan bagi buat kerja atau upah apa apa atas tenaga .....ada yg diberi peluang bisnis oleh jemaah yg lebih senior. Semua ni dilakukan utk dapat pahala lebih buat bekal mati.....

Pasal tu orang luar yg tao seconet pasal tabligh jgn pelik dgn geng kharkoon nih....kao duduk tepi kolah masjid tabligh tu...lapar dan tak berduit... Bila ada yg tao ko macam tu...kejap ja ko kenyang makan nasik....dan paling tidak dalam 50 duit poket dalam tangan....berebut geng kharkoon nak sedekah waima 5 ringgit - walao diaorang baru nampak ko kat situ 1st time dan ko tak kenal diaorang...

Jgn pelik    geng kharkoon ...konsepnya cari pahala sebanyak mungkin...
Tak payah mudir...tak payah mursyidul atau khalifah yg arah....ramai yg sukarela infaq duit tiap tiap bulan kearah jalan dakwah.

Konsep hirarki pun tak ada dalam jemaah tabligh....tak macam Al Arqam dulu atau tarekat tarekat..

Bab yg keluar 3 hari atau 40 hari - anak bini terabai makan dan keperluan.... Ada terjadi tapi cukup kecil peratusannya..
Yang spesies macam ni sebenarnya
- Geng acah tabligh
- Join jemaah sebab escapesim...kunun buang dunia - tapi sebenarnya lari dari masalah duit atau give up sebab rugi.
- Geng yg solat 5 waktu baru genap dalam 3 bulan tetiba rasa dah macam ada kelulusan 4 senawi.

Hahh yg jenis cenggitu la yg tak paham konsep dakwah - kena dakwah anak bini dulu dan bagi makan pakai cukup .... baru lah keluar dakwah 3 atau 40 hari..

Sekian....

# Akubukantablighcumanaktambahbinijer

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Lama dah geng tabligh ni tak datang rumah aku, mesti depa mark. Sebab aku suka paksa depa duduk minum dulu sesambil bagi syarah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
PristineOne replied at 14-3-2020 05:33 PM
Saya kharkoon celup.....antara yg menarik dalam jemaah ni....boleh kahwin banyak....kalao malas nak  ...

Dekat Malaysia ni ada dua jenis golongan/ organisasi tabligh ke? Kharkoon dan Al Arqam. Golongan Al Arqam ni yang ada kedai nasi ayam, bakeri kan?

Kira organisasi ni ada ahli yang ramai lah kan dan ada HQ/centre ? Kalau macam tu, pihak kerajaan boleh lah mintak nama dari HQ/centre. Ke tak hihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-3-2020 03:38 PM
Akak tiap kali nampak word ijtima, seperti ternampak word ijtimak. Yang mengingatkan akak dengan jim ...

Chez..... rujuk la balik... Kalao betul love hate... Tapi kalao memang "pergi mampos la kao pulis"... buka la hati tu pada orang lain...
Ni kronik nih...perkataan ijtima boleh terbaca jimak
Knapa ko ni dik?

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudunghitam replied at 14-3-2020 03:24 PM
Ni fitnah yg aku dah lali kot dengar...kenalan kenalan aku semuanya suami diorang biasa pegi 3h at ...

Walaupun benar ada dari kalangan profesional dan bisnesman sertai jemaah tabligh ni..tapi rata rata adalah marhein b40..

Lagi baik pergi kerja wat grab ke food panda ke apa. Dapat gak bagi rezeki lebih pada anak bini..

Dekat area umah aku ni..ada gak yang xbekerja join tabligh.

Disebabkan kelamahan akal mereka berfikir kini selain menyusahkan anak bini. Mereka dah menyusahkan seluruh pelusuk negara dan negara negara jiran.

Lebih baik di ban sahaja institusi tabligh ni dengan sekarang..

Pikir ummah konon. Kini dah menyusahkan ummah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 14-3-2020 03:38 PM
Akak tiap kali nampak word ijtima, seperti ternampak word ijtimak. Yang mengingatkan akak dengan jim ...

Memang itulah konsep mereka.

Tapi jimak sesama lelaki..

Tido sama..makan share dalam dulang..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal Convic nih....pada pada la nak bashing jemaah tabligh...nak marah masjid sri petaling..
Ni komen memasing macam sampai benci pada orang yg nak jaga solat tepat waktu. Macam anti sangat pada yg ugama sendiri dan pendakwah.

Banyak faktor lain lagi kenapa virus ni merebak...bab geng tabligh berkumpul ni hanya salah satu sebab.

Ko orang jenis melayu..bugis..jawa yg percaya kalao mati kalao perangai baik akan hidup balik jadi pokok bunga atau burung dan yg perangai lahanat bila mati hidup balik jadik katak puru....senang ja ..tak payah la sembahyang... Tak ada sapa suruh pun...

Kenapa komen macam anti sangat pada orang yg percaya alam barzah dan taknak kena siksa dalam kubur...

Kepercayaan masing masing la pasal bab mati...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Update terbaru dari KKM.
41 kes terbaru.
2 pesakit sembuh
348 pending result . Jelas dan nyata, ramaiiii lagi jemaah tabligh tak pergi buat saringan ni. Sesiapa yang kenal dengan ahli tabligh yang terlibat, tolong pujuk dorang. Please





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
lonso replied at 14-3-2020 03:44 PM
Ye betul.. Dah jemmah tabligh ramai juga golongan professional..

Sool kalau ramai golongan professional
tapi hubungan sesama manusia tak jaga
pentingkan diri sendiri
perlu dibanggakan ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.134168 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list