CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tudunghitam

[Tempatan] Apa itu IJTIMA TABLIGH

  [Copy link]
Post time 17-3-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 17-3-2020 03:02 PM
Kronologi peristiwa.



wow...padat lengkap explaination u ni. kira ikutkan yg pembawa adalah 136 lah kan. cuma kesedaran si 131 yg g cek up dulu. ok..baru paham..tq.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2020 02:37 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 14-3-2020 03:14 PM
Tatau pasaipa..  Anak bini terbior takpe..  Nak tebalik takpe..  Janji bertabligh.

Kes terpencil tu.. Pak cik kepada bini aku orang tabligh. Anak2 dia terurus je. Belajar tinggi masing2. Family harmoni je, siap ada business besar lagi dalam sektor makanan. Terpulang individu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 17-3-2020 03:02 PM
Kronologi peristiwa.



Berdasarkan perbualan aku dgn kawan yg ada adik beradik aktif tabligh ni... Alasan mereka sepatutnya kerajaan yang batalkan perhimpunan ni, check up kat airport sebab orang tabligh ni takde phone. Bila keluar berdakwah 40 hari ke 7 hari ke tak bawa phone so mungkin mereka tak tau.

Aku dengar nak mraha je lah.... Maknanya kau tak cakna isu semasa sampai  menjejaskan kesihatan seluruh rakyat. Hubungan dengan manusia taknak jaga ..leka, cuai. Wajar dihempuk
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.kasiviral.kini.blog/2020/03/18/apa-jadi/

KUALA LUMPUR: Para jemaah tidur dalam khemah-khemah yang sesak di luar masjid berkubah emas, bangun sebelum fajar menyinsing untuk duduk dalam barisan sejadah yang dibentangkan di dewan utama. Pada masa itu, koronavirvus berjangki1t

tanpa disedari.

Perhimpunan orang Islam itu yang diadakan pada penghujung bulan lepas di sebuah kompleks masjid yang luas di Sri Petaling, Kuala Lumpur muncul sebagai sumber ratusan jangkitan koronaviruvs baru di serata Asia Tenggara.

Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri acara itu men1inggal dunia semalam, kemat1ian pertama yang dikaitkan dengan acara yang berlangsung 27 Feb – 1 Mac di kawasan masjid.

Ia dihadiri 16,000 orang, termasuk 1,500 warga asing.

Daripada 673 kes koronavi1rus yang disahkan di Malaysia, hampir 2/3 dikaitkan dengan pertemuan 4 hari itu, menurut Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Pertama-tamanya belum jelas siapa yang bawa viruvs itu ke sana.

Reuters bercakap dengan 6 peserta dan melihat gambar dan catatan di media sosial, dan keterangan menunjukkan beberapa cara wa4bak itu boleh tersebar.

Penganjurnya, gerakan dakwah Islam Jemaah Tabligh, yang asal usulnya boleh dikesan di India sekurun lalu, sudah menggantung kegiatan dakwahnya tetapi tidak mengulas secara langsung tentang acara itu.

Kumpulan itu juga tidak respon kepada permintaan untuk komen lanjut.

Masjid di mana acara itu diadakan ditutup dan seorang tetamu berkata dia salah seorang daripada puluhan ahli jemaah di situ bawah kuarant1in. Panggilan ke masjid tidak terjawab.

“Saya sebenarnya amat terkejut ia diteruskan,” kata Surachet Wae-asae, seorang bekas wakil rakyat Thailand yang menghadiri acara itu tetapi selepas pulang didapati negati1f jangki1tan viruvs.

“Tetapi di Malaysia, Tuhan amat penting. Kepercayaan kuat.”

Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesi1hatan enggan mengulas lanjut tentang acara itu.

Berpegang tangan, berkongsi talam

Perhimpunan yang sesak itu, di mana tetamu terpaksa menaiki bas perantara untuk tidur di tempat-tempat lain, dihadiri warga puluhan negara, termasuk Kanada, Nigeria, India, dan Australia, menurut senarai hadirin yang dimuat naik di media sosial.

Juga terdapat warga China dan Korea Selatan – negara yang ada kadar jangki1tan koronaviruvs yang tinggi.

Masjid Sri Petaling di Kuala Lumpur menjadi pangkalan utama Tablighi Jamaat di Malaysia.

Catatan media sosial memaparkan ratusan ahli jemaah bersolat dalam saf di masjid itu, dan ada beberapa tetamu memuatnaik swafoto berkongsi makanan.

Belum jelas berapa ramai tetamu pemastautin di Malaysia, tetapi kes kes yang dikaitkan dengan perhimpunan itu muncul setiap hari di serata Asia Tenggara.

“Kami duduk rapat-rapat,” kata seorang lelaki Kemboja berusia 30 tahun yang menghadiri acara itu kepada Reuters di sebuah hospital di wilayah Battambang, Kemboja di mana dia dir4awat selepas didapati positif koronavirvus pada Isnin.

“Orang dari banyak negara berpegang tangan di majlis keagamaan itu. Apabila saya saya bertemu orang, saya pegang tangan, ia normal. Saya tak tahu saya berjangk1it dari siapa,” katanya, yang tidak mahu dinamakan kerana bimbang akan didiskrimi1nasikan di masjidnya.

Tiada orang pimpinan acara itu bercakap tentang berpegang tangan, koronavirvus atau peringatan kesi1hatan semasa acara itu, tetapi kebanyakan tetamu membasuh tangan dengan kerap, kata 2 tetamu. Membasuh tangan dan anggota tubuh yang lain sebahagian daripada ibadat orang Islam.

Seorang lagi peserta dari Kemboja berkata tetamu daripada negara berbeza berkongsi talam di mana makanan disajikan.

Hanya separuh daripada peserta warga Malaysia yang menghadiri acara itu tampil untuk ujian, menimbulkan keb1imbangan w4abak dari masjid itu mungkin lebih luas.

Brunei mengesahkan 50 kes yang dikaitkan dengan perhimpunan di masjid itu, daripada 56 kes. Singapura mengumumkan 5 yang dikaitkan dengan acara itu, Kemboja 13 dan Thailand sekurang-kurangnya 2.

Vietnam, Filipina, dan Indonesia, yang hampir 700 warganya menghadiri acara itu, sedang menyiasat.

Orang digalakkan makan bersama daripada talam sebagai tanda persaudaraan seagama. (Gambar Facebook)

Bahawa suatu acara ziarah keagamaan diteruskan, pada ketika epidemik sudah meragvut 2,700 ny4awa dan mere3bak dari Itali ke Iran, mengundang kri1tikan.

Bukan acara keagamaan itu sahaja yang menyebarkan viruvs pada skala yang besar. Ribuan kes di Korea Selatan dikaitkan dengan acara di Gereja Jesus Shincheonji di bandar Daegu.

Beberapa peserta mempertahankan acara di masjid Sri Petaling, mengatakan pada ketika itu situasi di Malaysia – yang mengumumkan 25 kes yang diketahui setakat 28 Feb – tidak tervuk

“Kami ketika itu tak bimbang kerana situasi Covi1d-19 pada ketika itu nampak terkawal,” kata Khuzaifah Kamazlan, seorang guru agama berusia 34 tahun di Kuala Lumpur yang menghadiri acara itu dan didapati negatif koronavi1rus.

Khuzaifah berkata beberapa ahli jemaah yang menghadiri acara itu enggan diuji bagi mengesan koronavi1rus, lebih suka bergantung pada Tuhan untuk melindungi mereka.

Karim, seorang warga Malaysia berusia 44 tahun yang menghadiri perhimpunan itu dan didapati positi1f koronavi1rus, berkata kerajaan patut memb4talkan acara itu.

“Kami kecewa kami dipers4lahkan sepenuhnya atas w4abak ini. Pandangan itu tidak adil. Tiada la4rangan dikenakan ke atas perhimpunan itu,” katanya yang hanya mahu dinamakan sebagai Karim.

“Sekarang saya bimbang kerana saya pos1itif. Tolong doakan saya.”

Lebih 182,000 orang di seluruh dunia dijangki1ti koronav1irus dan 7,165 men1inggal dunia.

120 Kes Baru Covid-19 Hari Ini, Malaysia Catat Dua Kematti1an Dalam Masa Sehari

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan sebanyak 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan keseluruhan 673 kes positif Covid-19.

95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala tujuh lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Selain itu, Malaysia mencatat dua kemattian pertama wabak tersebut iaitu merupakan kes ke-178 dan kes ke-358 hari ini.

Kes pertama

Kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik.

Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac. Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU.

Hari ini disahkan meninggal dunia. Seramai 193 orang kontak rapat mangsa telah pun dikenalpasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Kes kedua

Manakala kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COV1ID-19. Keadaan beliau mer0osot dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.330795 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list