Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
21616
View
523
Reply

[Tempatan] 35 Kematian di Malaysia COVID-19( Latest death 8)

[Copy link]

Author: mahathirGX       Show all posts   Read mode

Author
Post time 20-3-2020 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mahathirGX at 30-3-2020 07:04 AM

TGk   kat  FB  Ketua Pengarah Kesihatan

Noor Hisham Abdullah10 min ·

29/03/2020
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

29/03/2020
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sejumlah tujuh kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu sekaligus menjadikan kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara ini adalah 34 kematian.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia berusia 27 tahun, iaitu mangsa termuda yang maut akibat wabak tersebut.

Malah, sehingga 29 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes. Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, 52 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berikut merupakan perincian kepada tujuh kematian yang direkodkan dalam 24 jam yang lalu:


• Kes kematian ke ke-28 (kes ke-2321) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 8.48 pagi.

• Kes kematian ke ke-29 (kes ke-2123) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam.

• Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

• Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

• Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

• Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

• Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 10.40 pagi.


28/03/2020
KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19, pada jam 10.50 pagi hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu merupakan kes ke-2,162, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam lepas, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

27/03/2020
Korban ke-25 akibat Covid-19 melibatkan pesakit kes ke-2,032 yang merupakan seorang lelaki berusia 83 tahun dengan sejarah penyakit kronik.
Dia dirawat di Hospital Ipoh dan meninggal dunia pada pukul 6.55 petang semalam.
Korban ke-26 pula ialah pesakit kes ke-1321 yang merupakan lelaki berusia 53 tahun yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit kes ke-1,309.



Dia dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 Mac lalu dan meninggal dunia pada jam 10.30 pagi tadi.


27/03/2020
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

26/03/2020
“Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau juga telah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling dan juga mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 yang menghadiri perhimpunan yang sama,” katanya.

Beliau juga berkata, kes kematian ke-23 pula merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun daripada Kajang.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh, Perak mulai 23 Mac 2020.


26/03/2020
DG of Health Newsflash

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

- KPK KKM




25/03/2020
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.
Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.
KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون






Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.
Kes ke-152 ini merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 58 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 20 Mac 2020 pada jam 6.27 petang. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:48 PM | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun

2 tabligh cases down
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu

.   
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah .
   
                     
salam takziah.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah..harap ada rakaman masa tayamum jenazah dan kebumi..
kalaulah takda kes perjumpaan tabligh tu sudah tentu kes ni tak naik mendadak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm makin menyusahkan lah cmni
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah la...kadang-kadang rasa bila naik kes kematian mungkin rakyat Malaysia akan lebih serius dengan wabak Covid ni....tapi bila masa tu tiba,dah terlambat dah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tghr td masa menteri pertahanan umumkan tentera nk turun iols dh x sedap ati...ptg ni ada umum kematian.sbb mcm ari tu slps muhyidin umumkan kwln pergerakan ni ptg tu juga ada 2 kematian..rasanya dorg dh tahu thp criticallity pesakit so dorg tingkatkan enforcement dgn pengumuman..maybe la kot..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.......
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:00 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga si mati... mohon jemaah lain yg pergi masjid sri petaling tu gi check
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah..
harap yg mana2  joint tabligh tu tak sedar diri tu..degil sebelum ni tak mo g cekup hah boleh lah skrg stat menggelupur menyerah diri ye.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 20-3-2020 09:07 PM | Show all posts
Mintak2    lagi  ramai  ler   yg  akan  serah   diri   ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah....takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
innalillah. hrap smua beri kerjsma sma2 kita jlnkn tgnggjwb msing2 agr cpt la virus ni thpus  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu akbar
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 20-3-2020 08:59 PM
Tghr td masa menteri pertahanan umumkan tentera nk turun iols dh x sedap ati...ptg ni ada umum kemat ...

Bila........Ventilator masih ON .. . Maka patient tu dikira belum meninggal .... ..... .... .... u know what i mean
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Sedihnya fmly
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirajiun....takziah pd keluarga... sedihnya dr warded hingga kebumi ,keluarga x dpt tgk...jdi kita protect diri dan keluarga kita dr terdedah pd tmpt berisiko
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 20-3-2020 09:03 PM
takziah..
harap yg mana2  joint tabligh tu tak sedar diri tu..degil sebelum ni tak mo g cekup hah b ...


kau yakin mereka akan menggelupur?think again.

seperti mana yang disebut oleh wakil penganjur majlis tabligh...,"kami lebih takut TUHAN, dari virus covid".
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 20-3-2020 08:55 PM
innalillah..harap ada rakaman masa tayamum jenazah dan kebumi..
kalaulah takda kes perjumpaan tabli ...

'we can't buy back yesterday'(bon jovi)…arap yg lain tu 'menyerah diri'..ke hospital berdekatan tuk buat pemeriksaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list