CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahathirGX

[Tempatan] 35 Kematian di Malaysia COVID-19( Latest death 8)

  [Copy link]
Post time 27-3-2020 11:30 AM | Show all posts
Meningkat n terus meningkat...seramnya... jomlah dok umah jer jgn kluar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 05:37 PM | Show all posts
Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku cadangkan semua yg duk umah ni up kan imunisasi badan..reduce fast food..even susah nak dapat real food..makan vitamin E Dan vitamin C
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2020 09:03 PM | Show all posts
lanesra replied at 27-3-2020 09:51 AM
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID- ...

Kes  Kematian 24   ni  ....seorg  polis yg  bercuti   di Bandung, Indonesia

“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34.
Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu.

Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.

“Namun pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.
“Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas.
“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.
“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.
Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan.
“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.
“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.
Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.
“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.
“Saya kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mahathirGX replied at 27-3-2020 09:03 PM
Kes  Kematian 24   ni  ....seorg  polis yg  bercuti   di Bandung, Indonesia
“ABANG minta maaf, j ...

Sebelum bercuti ke Bandung dah demam??? Ohwow tak buat test & proceed pegi Bandung


Dia tak aware yg demam tu petanda body sedang melawan virus jahat. Oh damnnn. Kesian brp ramai dah berjangkit kalau lah itu yg berlaku. ... maybe kalau dia terus pegi hosp (instead of pegi Bandung, mungkin isolasi di hosp boleh buat dia sembuh. Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kt youtube ada news india inteview doc algeria. kata doc tu cthnya gereja korea wlaupun dukacita ada mati tpi sbenarnya berita baik sbab bleh trace n narrow down punca n pembawa covid. harap2 di msia pserta tabligh pun sama kita bleh trace. bayangkn kt itali, spain, iran lgsung xtau sapa pembawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes #24
Early March demam
9-12 March pegi Bandung
18 March sakit & admitted
19 March intubated
26 March meninggal


Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry nak tanya..yang meninggal ni nanti kkm terus tanam dekat tanah perkuburan yang terdekat ke camne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-3-2020 07:13 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID-19, pada jam 10.50 pagi hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, beliau berkata, lelaki berusia 61 tahun itu merupakan kes ke-2,162, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam lepas, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2020 07:14 PM | Show all posts
MeghanK replied at 27-3-2020 10:46 PM
sorry nak tanya..yang meninggal ni nanti kkm terus tanam dekat tanah perkuburan yang terdekat ke cam ...

Atas permintaan  keluarga ....  cth  pesakit   meninggal   Hospital  Kuala Krai   tapi   tanam kat  pasir puteh  
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kaishi at 28-3-2020 07:23 PM
mahathirGX replied at 28-3-2020 07:13 PM
KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat wabak COVID ...


Aku duduk tangkak

Kat tangkak kes ade 3 positif ( ikot statistik ) yg mati ni kaitan mana contact mana pon tak tahu.... scary plak jadinye......

Kkm at least gtau ler.... tangkak ni bukan besar mana.....

Tular kata nurse hosp muar dah positif pi  kata palsu, tp family nurse tu sendiri sahkan kata positif....

Edit :
Sumber adik aku katanya chinese. Blh sesapa yg tau dlm ni sah kan x ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank u 4 update....nak check outbreak.my hp x support plak....zzzzz...

Btw ade sesape tau patient136 hidup lg x??sembuh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
VirusCinta replied at 25-3-2020 07:06 PM
Sis 17/3 kawan meols elok je dapat rawatan pesakit luar Kat HTI.

Mana ada laluan ke hospital tu ...

17.3 mmgla belum ditutup. Selepas 21/22 baru diorg tutup. Tp itupun sementara. Diorg buat basmi kuman. Paling terjejas bahagian emergency (yg kat belakang). Operasi pindah sementara ke SOPD. Kalau biasa dengan HTI akan tau tempat dia macam berselerak sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ibu_haritz replied at 25-3-2020 05:48 PM
Adik ipar aku pun kt HTI.. Semoga semuanya dilindungi oleh Allah hendakNya..

Dept mana?..saya dulu practical di lab HTI. Sebabkan phobia handle sample patient HIV, tukar haluan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rukia2 replied at 25-3-2020 08:04 PM
Kalau kt negeri selatan ni,  mana2 pesakit yg +ve akan letak d satu hospital saja...cuma kalo pesa ...

Sini tak buat camtu..ikut negeri kot. Cuma bila pakar kat ED tu tumbang baru diorg transfer ke ipoh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
_mangifera_ replied at 28-3-2020 09:26 PM
Dept mana?..saya dulu practical di lab HTI. Sebabkan phobia handle sample patient HIV, tukar halua ...

Tak pasti dept mane tp dia CC..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 28-3-2020 07:18 PM
Thank u 4 update....nak check outbreak.my hp x support plak....zzzzz...

Btw ade sesape tau patien ...

Kalau tgk dkt outbreak.my...patient 136 status dia masih in hospital..dia warded 11/3
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 28-3-2020 07:16 PM
Aku duduk tangkak

Kat tangkak kes ade 3 positif ( ikot statistik ) yg mati ni kaitan mana con ...

Chinese ke yang meninggal tu u? Kes kematian 27...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aai2 replied at 28-3-2020 09:36 PM
Kalau tgk dkt outbreak.my...patient 136 status dia masih in hospital..dia warded 11/3

Fuhh pnjg umur dia ek....
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 28-3-2020 10:43 PM
Fuhh pnjg umur dia ek....

Org muda... antibodi kuat lg..yg tu dia boleh kesana- kemari slps himpunan tabligh tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083329 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list