CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahathirGX

[Tempatan] 35 Kematian di Malaysia COVID-19( Latest death 8)

  [Copy link]
Post time 28-3-2020 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aai2 replied at 28-3-2020 10:45 PM
Org muda... antibodi kuat lg..yg tu dia boleh kesana- kemari slps himpunan tabligh tu...

Otak je x empuk lg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2020 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 28-3-2020 07:16 PM
Aku duduk tangkak

Kat tangkak kes ade 3 positif ( ikot statistik ) yg mati ni kaitan mana con ...

Tu lah kan. Sebelum2 ni spe meninggal semua reveal nama. Tiba yg ni x sebut pun nama.... sebelum ni yg meninggal kt chohong tu pun dekat sgat dgan Tangkak kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 25-3-2020 03:04 PM
aku awal2 lagi dah kenselkan utk my hubby n my son....

Same. Dr bln 2. Since my husband company dah suruh semua staf kuarantin lg awal2 bulan 2. Semua wfh. Mmg strict company husband tu. Tp look. Betapa bijak management dioranh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kaishi replied at 28-3-2020 07:16 PM
Aku duduk tangkak

Kat tangkak kes ade 3 positif ( ikot statistik ) yg mati ni kaitan mana con ...

Siap tulis warganegara Malaysia , eh pelik pulak hehee.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2020 05:49 PM | Show all posts
PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sejumlah tujuh kematian dalam tempoh 24 jam yang lalu sekaligus menjadikan kumulatif kematian akibat COVID-19 di negara ini adalah 34 kematian.

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa salah seorang mangsa yang meninggal dunia berusia 27 tahun, iaitu mangsa termuda yang maut akibat wabak tersebut.

Malah, sehingga 29 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes. Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Daripada jumlah tersebut, 52 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Berikut merupakan perincian kepada tujuh kematian yang direkodkan dalam 24 jam yang lalu:


• Kes kematian ke ke-28 (kes ke-2321) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 8.48 pagi.

• Kes kematian ke ke-29 (kes ke-2123) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 64 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.15 malam.

• Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di PPUM. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 11.33 malam.

• Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Bainun pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

• Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau merupakan peserta perhimpunan Seri Petaling. Beliau dirawat Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Johor pada 22 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 7.44 malam.

• Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. Beliau dirawat di Hospital Permai, Johor pada 21 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 11.25 malam.

• Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Kulala Lumpur pada 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 10.40 pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg 27 tahun tu muda2 ada kencing manis darah tinggi buah pinggang.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2020 06:00 PM | Show all posts
Kematian ke 33 - yang baru balik drp India, takda pula ditulis sakit  apa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 11:08 PM | Show all posts
lagi kes balik daripada Indonesia

kematian ke 35

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 29-3-2020 11:08 PM
lagi kes balik daripada Indonesia

kematian ke 35

Innalillahi.. takziah.. kematian paling tinggi yg dicatatkan pd hari ini..semoga semua pesakit diberi kesembuhan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 25-3-2020 05:31 PM
Eeeee....bodoh nya kau

Asal beruk? Ko tak mampos lg kena COVID19?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
VirusCinta replied at 25-3-2020 07:08 PM
Betul2....Israel suruh isolate Kan warga emas...50 tahun ke Atas sahaja.

Bagi makanan kat diorg ...

Sebab Malaysia dunia ketiga lead by a stupid PM and rubbish cabinet members
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.122608 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list