CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2442|Reply: 21

[Tempatan] 'Pramugari' viral disahkan ada simptom awal COVID-19 dan mental

  [Copy link]
Post time 25-3-2020 01:21 PM | Show all posts |Read mode
BAGAN SERAI: Pramugari yang melarikan diri sewaktu menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 di Hospital Parit Buntar, Ahad lalu disahkan mempunyai gejala awal wabak itu selain turut mempunyai simptom masalah mental.
Keadaan suspek yang kini dirawat di Hospital Taiping disahkan oleh doktor yang merawatnya.
Dia juga didapati bukanlah seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura seperti yang ditularkan di media sosial sebaliknya hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Kolej Edufly, Sungai Besi pada November 2019.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, memaklumkan dia bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Taman Panchor Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Menurutnya sekitar jam 3.45 petang semalam suspek bersama rakan lelakinya berusia 26 tahun menyerah diri di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan kepada Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.
“Selain mempunyai gejala COVID-19, suspek turut dikesan mempunyai simptom kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.
“Terdahulu suspek yang didakwa merupakan seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura, bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45, sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.
“ Selain itu juga suspek yang pernah memaklumkan kepada bapanya sebelum ini bahawa dia berkerja di sebuah kedai telefon di Sungai Dua, Pulau Pinang sebagai alasan untuk keluar dari rumah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, hari ini.
Menurut Omar Bakhtiar lagi soal siasat terhadap rakan lelaki yang dikatakan ‘abang’ suspek sebenarnya bukanlah abang kandung sebenar sebaliknya baru berkenalan selama seminggu.
“Pihak polis turut menasihatkan rakan lelaki suspek membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam mendapati lelaki itu negatif COVID-19,”katanya.
Tambahnya kes disiasat dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 01:26 PM | Show all posts
Naya punya kes......
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak.. berhalusinasi jd pramugari
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau begini, famili kena awasi dia. Rumit tapi famili kena tegas demi kebaikan semua.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumit la tugas dr yg handle dia..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X pasal2 budak laki wechat tu kena saspek covid pulak... Padahal baru kenal seminggu... Wrong move sungguh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
hadoiiii ko gila rupanya dikk, mesti laki tu rasa malang sangat kenal dgn budak covid19
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:14 PM | Show all posts
Kesian pihak petugas kesihatan nak deal dengan yang normal pun dah pening mereka ni inikan yang nak kena deal dengan yang sah mental.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca sekali ingat hospital tanjung rambutan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:27 PM | Show all posts
Ramainya orang gila dalam masyarakat kita.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hadoi laaaa.....ni la namanya dah ler susah...menyusahkan lagik....siler lock pintu bilik isolasi beliau yer
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya ayah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..nak gelak guling2 rasa nya...
Kau dah knp minah...geli hati aku
Sila bagi komen @jargon
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jerukkedondong replied at 25-3-2020 02:56 PM
Hahaha..nak gelak guling2 rasa nya...
Kau dah knp minah...geli hati aku
Sila bagi komen @jargon

Klau cikki ni ngaku fa aa,od,fy x pecah lobang lg..ni ngaku sia crew mmg peclob laa..ex crew pon ssh nk lepas sia..sbb sia x berapa ade crew bimbo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mental rupanya...followers dia pun tertipu...kakyana ooo kakyana
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia siap balik rumah abg agkat dia kn ? Habis lah family abg angkat dia mengelupo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit zaman sekarang ni..  Ujung ujung bila kuat berdrama terus jadi mental.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2020 11:55 PM | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la pelik mcm mana pakai braces jadi pramugari

Btw ni kakak arwah naajer. Siapa ingat kes naajer tu ingat la kot. Tak tau la kakak kandung ka kakak angkat ka...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2020 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian alahaiii bertabahlah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.088618 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list