CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1181|Reply: 15

[Tempatan] Dua Kampung Di Perintah Berkurung

   Close [Copy link]
Post time 27-3-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Kakalongmu at 27-3-2020 08:50 AM

Dua kawasan petempatan di Kluang, Johor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ekoran terdapat kes positif Covid-19 yang tinggi, kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Katanya terdapat 83 kes positif wabak itu di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 ada di dua petempatan terbabit.

"Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di dua kawasan tersebut, kerajaan atas nasihat menteri kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD.

"Ia melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 keluarga.

"Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini, 27 Mac hingga 9 April," katanya dalam satu kenyataan.

Dengan pelaksanaan PKPD beberapa peraturan ketat dikenakan, iaitu:

Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pangkalan perubatan (medical base) akan dibuka di kawasan PKPD.
Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal seluruh kawasan.
Menurut Ismail Sabri, PKPD itu dilaksanakan untuk membendung jangkitan Covid-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

"Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari," katanya.

Menurut menteri kanan terbabit, penduduk di situ diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa," katanya
Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Sementara itu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, berharap orang ramai mendoakan penduduk kampung terbabit serta petugas yang menguruskannya.

Katanya pejabat Parlimen Simpang Renggam juga akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dikekang sepenuhnya.

"Di pihak pejabat parlimen, kami akan sentiasa memaklumkan dan mengemas kini maklumat serta bantuan yang boleh disalurkan.

"Hubungi talian Pejabat Parlimen Simpang Renggam ini untuk sebarang aduan atau info, iaitu 010-235 0151," katanya.

Kredit:MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak dgr buat kenduri kawen pastu org kg ramai yg dtg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 27-3-2020 08:53 AM
Ak dgr buat kenduri kawen pastu org kg ramai yg dtg...

OMG... Apa ker hal deols sekampung tu bodoh yahamat. Tak dengar ker kerajaan dok memekak siang malam melarang perhimpunan. Allah.. Tak tau nak ckp apa dah dengan kebodohan depa nih
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 27-3-2020 12:53 AM
Ak dgr buat kenduri kawen pastu org kg ramai yg dtg...

kahwin dan tahlil kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sekampung la konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 27-3-2020 01:00 AM
OMG... Apa ker hal deols sekampung tu bodoh yahamat. Tak dengar ker kerajaan dok memekak siang mal ...

kenduri dgn tahlil tu buat 15 mac. so sebelum lockdown. tapi masa tu pun kluster tabligh dah diketahui kene covid kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2020 09:27 AM | Show all posts
Kakalongmu replied at 27-3-2020 09:00 AM
OMG... Apa ker hal deols sekampung tu bodoh yahamat. Tak dengar ker kerajaan dok memekak siang mal ...

Aku rasa masa mungkin dia buat kenduri ni masih belum lagi dilaksanakan PKP......
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 27-3-2020 09:23 AM
kahwin dan tahlil kan?

Gooodddd.. tak tau nak ckp.ape.. takkan laa sekampung budus.. pelik aku.. takkanlaa takde keje cikgi ka kat kg tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2020 09:29 AM | Show all posts
Dengan iklan setiap 5 minit, news di mana2, social media pun dok cerita pasal COVID je, texdt message dari MKN and KKM pun selalu masuk, tak mungkin orang2 kampung ni takde kesedaran lagi.. Tapi berlagak kebal!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalu betol kemduri time2 camni mmg celaka. Bodoj bangang bahlol laa org kg yg pegi tu phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 27-3-2020 01:29 AM
Gooodddd.. tak tau nak ckp.ape.. takkan laa sekampung budus.. pelik aku.. takkanlaa takde keje cik ...

tadi baca berita kata kenduri tu buat 15 mac sebelum lockdown.
sapa spreadernya aku tak tau. tabligh ke orang mai balik dari oversea ke.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni thread ke 3 pasal kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 27-3-2020 09:40 AM
tadi baca berita kata kenduri tu buat 15 mac sebelum lockdown.
sapa spreadernya aku tak tau. tabl ...

Masa kenduri la tuu kott.. aku nasib baik Allah lupakan jemputan kawin.. dah dekat 2 bln tak pi kenduri ka apa kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam wasap iols dpt siap list nama lagi
Anak tu..menantu ini..mcm mcm la...
Hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa 15 tu kerajaan n sana sini ckp no gathering. Bahaya gathering...tapi masih ramai buat kenduri n pergi berlaga pipi sana sini. So padan muka. Dasar takde otak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2020 10:52 AM | Show all posts
Thread dah ada
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1194825

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.110127 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list