CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Covid-19: 'Netizen perang selebriti'. Update #144, Minta maaf

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 31-3-2020 11:37 PM
Kalau T, t20 kan. Ic ok, average kan je la. Artis ni tk semua mcm ni, tp dh terpalit la. Artis man ...

kisahnyaaa depa tak nak declare pendapatan
takut kena tax riban2 baik perabih pi melancong or beli LV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 31-3-2020 11:37 PM
Kalau T, t20 kan. Ic ok, average kan je la. Artis ni tk semua mcm ni, tp dh terpalit la. Artis man ...

lgipun klu lhdn dia bukan kira gaji sebulan ke haper
dia kira annual incom termasuk elaun hadiah, jual aset semua tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 29-3-2020 09:37 PM
Bodo tul si black tuh pegi dm2 ugut
Dia hengat org kecut kerrrr
Lagi paksu tuh naik syeh nak nga ...

Cakap psl black teringat dulu masa baru kawen dia and wife keluar rancangan masakan pengacaranya Jihan. Wife and Jihan keluar beli barang dapur, Cari daun sup katanya..sekali wife dia mintak nak beli sampai sekilo kat brader sayur tu..Terus Jihan potong cakap eh xpayh Banyak mcm Tu..ok motif i ingat benda useless Gini..hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 07:32 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 31-3-2020 11:34 PM

Penyanyi, pelawak sepakat minta maaf

https://www.malaysiakini.com/hiburan/517843

Diterbitkan 31 Mar 2020, 12:01 pm
Dikemaskini 31 Mar 2020, 12:01 pm



Enggan memanjangkan lagi isu artis mengharapkan bantuan khas kerajaan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) sekarang, Black Hanifah tampil memohon maaf secara terbuka malam tadi.

Kata penyanyi Sakit Ku Rasa itu, dia mengambil maklum atas kenyataan yang dikeluarkannya tempoh hari hingga mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak.

"Baru baru ni saya ada keluarkan satu kenyataan yang membuatkan ramai orang rasa tidak selesa dan marah. Niat saya untuk membantu, tapi mungkin cara penyampaian saya tu salah.

"Saya ingin memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan saya. Saya juga manusia biasa, melakukan kesilapan.

"Harap netizen menghentikan komen tak baik ke atas saya dan keluarga saya," katanya di media sosial.

Turut mengiringi kenyataan itu adalah ucapan penghargaannya buat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas Bantuan Prihatin Nasional diberikan untuk rakyat.

https://www.instagram.com/p/B-XIviGFCgz/
  


"Saya juga ingin berterima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memberi hak sama rata," katanya.

Terdahulu, isu mengenai kerajaan tidak wajar meminggirkan penggiat seni mencetus kontroversi apabila netizen mempertikaikan kewajaran mereka menuntut hak berbeza daripada apa yang sudah disediakan kerajaan.

Mereka yang tidak berpuas hati mempersoal kesesuaian golongan tersebut meminta bantuan sedangkan ada di antara mereka mampu berpakaian mewah dan menayangkan kekayaan di media sosial.


Harap isu selesai

Seorang lagi artis turut menerima tempias adalah penyanyi Tomok. Dia dikecam selepas dia memuat naik kenyataan berhubung isu sama di Instagram miliknya pada 26 Mac lalu.

Sama seperti Black, Tomok juga tampil memohon maaf secara terbuka kerana luahan dibuat lima hari lalu.

"Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia.

"Maaf sekiranya kenyataan saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian. Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.. maafkan saya semua.

  


"Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19," katanya.

Pelakon dan pelawak Shuib juga tidak ketinggalan untuk memohon maaf dan berharap apa diperkatakannya itu dapat menyelesaikan isu berbangkit.

Katanya, dia menerima teguran dibuat netizen dan berterima kasih buat sesiapa yang masih menyokong kariernya.

"Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya mohon ampun dan maaf dan saya harap isu ini selesai.

"Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya," katanya.

Suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu sebelum ini tampil membela nasib rakan seperjuangannya dalam industri iaitu Black dan Tomok yang dikecam kerana meluahkan pendapat mereka.



Seorang lagi pelawak, Achey, tidak ketinggalan mengakui kesilapan selepas tampil dengan kenyataan membela rakan-rakannya yang dikecam kerana memperjuangkan isu bantuan untuk penggiat seni.

"Untuk membuatkan keadaan lebih tenang lepas ni, apa saja yang salah buat, salah laku, salah cakap ke pasal bantuan artis tu, saya ingin memohon maaf di sini atas segala apa yang berlaku, atas kekhilafan saya. Saya juga manusia biasa.

"Saya harap benda ini tidak berpanjangan, sebab ada benda yang kita perlu fokus lagi dekat luar sana," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Bye retis Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:47 AM | Show all posts
lepas ni i dah tengok filem melayu dah ye. i tgk animasi je. boboiboy tak minta pun bantuan khusus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 10:41 AM | Show all posts
bagus nyer kalu berduit tu dok diam2 je.....dah byk kes mula acah2 kaya tgk2 kantoi tax tak byr la....beli kete klon laa....jual emas palsu laa.......pastu ada yg tu baru kena tekan skit dah ada plan nak bunuh diri.......ambik cth sikap2 10 org terkaya kat malaysia tu...harta berbillion tp dok diam2 je...derma pun senyap2 jer....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.338416 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list