CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3778|Reply: 31

[Tempatan] COVID 19: Ahli Perubatan Islam berjaya menemui penawar Covid 19!!! Syukurr!!

[Copy link]
Post time 30-3-2020 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Neraka Bulan at 30-3-2020 10:43 AM



Dengan menangkap & mengurung coronavirus ke dalam botol air dan diletakkan ke dalam peti sejuk. Alhamdulillah, boleh lantik lobai ini jadi Menteri Kesihatan, nak hebat lagi lantik jadi presiden WHO.


Sumber: FB Abdul Majid Hasan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni thread gaduh nanti ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 10:20 AM | Show all posts
noor2 replied at 30-3-2020 10:15 AM
Ni thread gaduh nanti ni

Malaysia ini penuh dengan "pakar - pakar" dalam menangani wabak pandemik ini.

1) Minum air suam
2) Hand sanitizer ruqyah
3) Daun semambu

Jadi sekarang giliran lobai ini untuk menyinar dengan cara yang paling unik. Kasi cann larr noor pada lobai ini.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama rba pun neraka

tak ada niat lain

4 4 4 4
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 30-3-2020 10:20 AM
Malaysia ini penuh dengan "pakar - pakar" dalam menangani wabak pandemik ini.

1) Minum air suam ...

Kat trmpat iols ada jual sanitizer ruqyah ni
Bila iols tanya betul ke boleh elakkan kuman corona
Jawabnya "hanya Allah maha mengetahui, kita tawakal:
Baik iols amek yang kat farmasi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 10:45 AM | Show all posts
dizekni replied at 30-3-2020 10:25 AM
Nama rba pun neraka

tak ada niat lain

Niat lain apamendenya? Aku nak kongsi benda baik pun kau fikir bukan bukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 30-3-2020 10:20 AM
Malaysia ini penuh dengan "pakar - pakar" dalam menangani wabak pandemik ini.

1) Minum air suam ...

Jangan dengar guys. Kapir ni spin

Semambu memang antiviral dah berkurun2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Nelaka miya olang

manyiak busuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
What is this sampah doctored post from RBA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 10:54 AM | Show all posts
Edited by Neraka Bulan at 30-3-2020 10:56 AM
InVendeTTa replied at 30-3-2020 10:50 AM
What is this sampah doctored post from RBA..

Ini bukan doctored post laa.
Kalau tak percaya click sahaja pada link FB yang aku letak atas itu, takpun taip sahaja "Abdul Majid Hasan" dalam apps Facebook. Dah lebih seribu orang komen.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:56 AM | Show all posts
Maideennnnnnn...........!


Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg lain tu aku tak yakin sgt. Tapi Neem mmg dah lama masyarakat India gunakan dlm perubatan Ayurveda dorang. Pastu Habbatus Sauda pun dalam Hadis sahih ada sebut boleh jadi penawar kepada pelbagai penyakit kecuali mati. Tak salah ikhtiar tapi tetap kena gi check kat hospital. KKM tak nak nanti ada rakyat yg dah ada simptom Covid 19 tak mau gi hospital sebab bergantung kat Neem & Habbatus Sauda semata utk sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:04 AM | Show all posts
Harap pihak berkuasa ambil tindakan...

jika video ni mmg btol2 melibatkan pesakit Covid19 yg positif maka perawat berkenaan dan sesiapa saja yg ada dlm bilik seminar tu wajar dikuarantin dan disaring..

Andai benar dakwaan perawat berkenaan yg dia dah berjaya rawat pesakit covid19 bleh buat kajian dan dihantar ke WHO

Andai pesakit yg bergetar2 tangan tu bukan positif Covid maka perawat berkenaan dah berdosa menipu
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:14 AM | Show all posts
what happened to habbatus sauda so called penawar segala penyakit tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 11:14 AM | Show all posts
Perghhhh....Sudah masuk dalam Malaysiakini lagi tu. Famous lobai ini...business mesti masyukkk lepas ini

Malaysiakini: 'Perawat Islam' dakwa boleh kurung Covid-19 dalam botol
'Perawat Islam' dakwa boleh kurung Covid-19 dalam botol

Diterbitkan Hari ini 9:13 am
Dikemaskini Hari ini 10:26 am


Seorang lelaki yang mendakwa pengamal perubatan Islam menjadi tumpuan selepas mengaku mampu menangkap virus penyebab Covid-19 dan mengurungnya dalam botol.
Menerusi Facebook, individu berkenaan menunjukkan tiga rakaman video sedang menjalankan rawatan terhadap seorang pesakit.
"Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) Convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dalam freezer (peti sejuk) bersama dengan botol air lain yang kosong dari Covid-19.
"Selama tempoh 5 hari botol berisi Covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam," katanya di Facebook.
Ruqyah merupakan kaedah perubatan Islam dengan cara membaca ayat tertentu terhadap pesakit, kebiasaannya akibat perbuatan sihir atau gangguan jin.
Dalam video berkenaan, lelaki bergelar ustaz itu dilihat membacakan ayat-ayat ruqyah terhadap seorang pesakit yang duduk di kerusi, sambil disaksikan beberapa individu lain.
Pesakit berkenaan menghulurkan kedua-dua belah tangannya, ketika perawat itu membacakan beberapa potong ayat.
Asal dari binatang atau bukan
"Jika ada virus Covid-19 yang dipindahkan dari Hospital Sungai Buloh sama ada tangan kanan atau tangan kiri, turun, turun, turun," katanya sambil pesakit itu dilihat sukar menurunkan kedua-dua belah tangannya.
"Jika kamu (virus) berasal dari China gerak (tangan) sebelah kiri. Kalau bukan dari China bergerak ke kanan," katanya lagi sebelum pesakit itu menggerakkan tangannya yang kelihatan 'berat' ke sebelah kiri.
Kaedah sama digunakan untuk menyoal sama ada 'virus' itu berasal dari binatang atau sebaliknya, dan 'perawat' itu kemudian mendakwa ia bukan berpunca dari binatang.
Individu yang mendakwa pengasas sebuah akademi rawatan Islam itu kemudian dilihat membawa sebekas botol kosong.
Sambil berulang kali menyebut Allahuakbar, perawat itu kemudian 'menarik virus' pada kedua-dua belah tangan pesakit itu sebelum 'memasukkannya' ke botol berkenaan.
"Jika masih ada Covid-19 di tangan turun, turun," katanya disusuli pesakit berkenaan berjaya menurunkan tangannya perlahan-lahan.
Jual agama paling senang untung
Setakat malam tadi, salah satu rakaman video berkenaan dikongsikan lebih 1,000 orang dan mendapat komen daripada beratus yang lain.
"Jual agama paling senang untung," kata seorang pengguna Facebook.
"Elok hantar pakar ni ke hospital Sungai Buloh untuk membantu. Sebab yang dijangkiti makin meningkat," sindir seorang lagi pengguna media sosial.
Dalam satu hantaran lain, perawat itu memuat naik gambar sebuah buku bertajuk "Jin, Sihir dan Ruqyah Syariyyah" yang dikarang seorang pengamal perubatan Islam dari Indonesia bernama Musdar Bustamam Tambusai.
"Mengapa peruqyah tidak turun membantu menangani kes Covid-19. Ini jawapan kami yang diwakili tulisan Ustaz Musdar Bustamam Tambusai," tulisnya.
Antara lain, hantaran itu memetik kata-kata Musdar yang mengatakan bahawa kaedah ruqyah belum diakui oleh masyarakat dan pemerintah sebagai pencegahan kepada penyakit, mahupun sebagai kaedah penyembuhan.
"Jika ruqyah belum diakui oleh pemerintah, tentu para peruqyah diposisikan sebagai masyarakat awam yang tidak mengerti tentang penyakit dan obatnya," katanya memetik kenyataan Musdar.
Dukun menyamar jadi peruqyah
Bagaimanapun, Musdar sendiri menyangkal pendapat bahawa Covid-19 boleh disembuhkan menerusi kaedah ruqyah.
Beliau menjelaskan perkara itu melalui satu hantaran di Facebook bagi menjawab dakwaan individu berkenaan.
"Model ruqyah dengan cara menangkap jin, memenjarakan jin atau mengaku mampu menguasai jin dan sebagainya, bukan ciri ruqyah yang syar'i yang mengedepankan nilai dakwah.
"Jika prinsipnya seperti itu terhadap jin, maka terhadap gangguan yang lain juga sama. Misalnya, ketika melakukan ruqyah kepada pasien (pesakit) HIV, seorang peruqyah mengaku mampu menangkap virusnya, lalu membuangnya ke suatu tempat.
"Ini jelas bukan ruqyah tapi tepatnya dukun yang menyamar jadi peruqyah," kata Musdar.
Jika demikian kata Musdar, individu terbabit telah mendakwa dirinya mengetahui perkara ghaib, meskipun ghaib sifatnya tidak mutlak.
"Virus itu nyata tapi ghaib nisbi karena tidak dapat dilihat dengan mata telanjang. Orang yang mengklaim (mendakwa) dirinya mengetahui perkara ghoib, disebut dukun.

"Prinsip ruqyah harus sesuai syariah, logis dan terukur. Bukan bersifat klenik, irrasional atau supernatural yang cenderung aneh-aneh," katanya.




Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 30-3-2020 10:54 AM
Ini bukan doctored post laa.
Kalau tak percaya click sahaja pada link FB yang aku letak atas itu ...

Adeh..tp menarik juga kalo betul x membeku  kan..haha..satgi aku tgok video dia..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 11:22 AM | Show all posts
                                         
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 30-3-2020 10:20 AM
Malaysia ini penuh dengan "pakar - pakar" dalam menangani wabak pandemik ini.

1) Minum air suam ...

Yg video tu depa ingat covid ni jin ke apa. ..hehe.....tepuk dahi
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Neraka Bulan replied at 30-3-2020 10:20 AM
Malaysia ini penuh dengan "pakar - pakar" dalam menangani wabak pandemik ini.

1) Minum air suam ...

Ikan singgam, daun ketum, air kelapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana boleh lawan menteri kesihatan sekarang..

Menteri kesihatan sekarang guna air suam je unuh virus..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.138402 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list