CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11251|Reply: 81

[Jenayah] Lelaki maut ditikam, ibu tunggal dirogol (Update) #81 Suspek ditangkap ketika t

  [Copy link]
Post time 30-3-2020 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BomBoLoniS at 31-3-2020 08:06 PM

LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu dikenali dalam kejadian di Kampung Mujur, Jelawat, Bachok, hari ini.

Dalam kejadian pada 7 pagi itu, suspek dikatakan memecah masuk rumah ibu tunggal berusia 40-an sebelum dipercayai merogol mangsa yang tidur di dalam sebuah bilik.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa yang mempunyai lima anak memaklumkan suspek berusia 19 tahun meletakkan pisau di tengkuk mangsa sebelum merogolnya.

“Selepas dirogol, suspek cuba melarikan diri namun ibu tunggal itu menjerit menyebabkan dua lelaki yang sedang tidur di ruang tamu dan dapur rumah berkenaan terjaga dan cuba menangkap suspek.

“Dalam cubaan itu, lelaki berusia 28 tahun maut ditikam di perut dan dada manakala rakannya berusia 25 tahun cedera.

“Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Abdullah berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat, manakala rakannya yang parah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Katanya, ibu tunggal kematian suami itu tinggal di rumah berkenaan bersama lima anaknya yang berusia dua hingga 17 tahun.

“Kita masih menyiasat hubungan serta kenapa dua lelaki yang meninggal dunia dan cedera itu tinggal di rumah ibu tunggal berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Abdullah berkata, susulan kejadian itu, polis memburu seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Katanya, remaja berkenaan dikenali sebagai Ahmad Azwanizam Zamri, 19, dipercayai tinggal di sekitar Bachok.

Mana-mana pihak yang mengenali remaja itu diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat pijak kasi mati je. Authorities dok sibuk tangani COVID19 takde masa nak bawak naik turun court. Kasi tangkap dan pijak sampai mampos disarankan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila lah budak ni.. Harap dapat tangkap segera..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong skrotum dia letak limau nipis pastu campur.thinner pls
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
K*te gagal dikurung.
Sekarang merasalah untuk kena kurung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 30-3-2020 03:10 PM
Potong skrotum dia letak limau nipis pastu campur.thinner pls

Letak clorox untuk sanitize
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2020 03:16 PM | Show all posts
Dalam arahan pkp masih dijalankan pun tetap berani nak lakukan jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-3-2020 03:13 PM
Letak clorox untuk sanitize

Kan..dh bersih gitu.kita biar kering..
Esok nya kita sambung lagi..sampai betul betul ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti duk umh..tgk porno je kojonya..tak tahan...subuh2...dh siap nak merogol....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 03:58 PM | Show all posts
kes jenayah mungkin akan meningkat sebab ramai xde kerja. cara terbaik letak celah penyapu parang , standby ridsect. selak pintu rumah yang tak boleh capai dari tingkap. tidur jangan pakai earphone perompak masuk rumah tak dengar susah juga.

last sekali barang berharga sorokkan tidur pakai emas zhulian 5kilo biar penjenayah happy dan balik cepat

safety first ye kawan2. saling ingatkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la ramai org dlm rumah semua pon jenis tak bgn pagi. Agaknya perogol pon dah tau jadual diorg.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:36 PM | Show all posts
pukul 7 pagi.. hari dah siang kot.. semua tidur tak sedar ke ape? ke kene pukau?

akak umur 40 ko nak aniaya.. bengap punya budak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Agak musykil.... laki2 yg maut kena tikam & cedera camne tiba2 enterframe dlm umah janda 5 anak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:08 PM | Show all posts
2 jejaka yg kna bunuh tu sape n buat apa dlm rumah..body gard ibu tunggal tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti saling kenal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:28 PM | Show all posts
hebat!
umur baru 19

dalam 1 malam berjaya rogol 1 bunuh1 dan cedera parahkan 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 06:00 PM | Show all posts
Anak setan betul...kalau dah kemaruk kahwin lah...ni rogol dah tu bunuh orang pulak...apa punya jadah ..patut dikasi budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Crystars replied at 30-3-2020 04:49 PM
Agak musykil.... laki2 yg maut kena tikam & cedera camne tiba2 enterframe dlm umah janda 5 anak tu?

Polis pun musykil....bkn kau je....

Semua org musykil.....
Aku rasa tu ank sedara dia ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 30-3-2020 05:28 PM
hebat!
umur baru 19


Dalam satu pagi....bkn malam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Individu dikenali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.092775 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list