CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3044|Reply: 13

Himpunan zikir penenang hati & surah2 yg menjawap persoalan covid

[Copy link]
Post time 31-3-2020 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum & good day everyone,

Since PKP ni sy sll mencari-cari jawapan apa yg Allah nak tunjuk.
Apa jawapan yg kita boleh dpt dari dalam al-quran atau hadith

Masa covid mula melanda, China dikecam, barbaric, always hungry, uncivilise, inhumane, kejam terhadap uighur sbb tu mereka kena covid.

Kemudian pendermic melanda Korea, ianya dikatakan bermula di church. Org agama, x kan mereka barbaric? Di Spore pun pendermic start di church.

Di Malaysia covid dikembangkan oleh orang agama juga. Org seagama dgn sy. Sy pasti org2 tabligh ni bkn barbaric. Org yg menjaga akhlaknya.

Dlm ms yg sama di sudut lain di dunia ni, negara2 yg berteknologi tinggi, gagal membendung wabak. Kematian terus dilaporkan hari demi hari. itali, Germany & of course USA.

Sebenarnye apa yg Allah nk tunjuk. Allahuakbar, which one in ur quran petunjuk utk kami.

Mati di mana-mana mati. Sesaat tidak akn cepat atau lambat.

Sy buka thread ni nk minta jasa baik, felow forumer utk sama2 mencari (kalau sudi) jawapan di dalam al-quran.

Sy juga berbesar hati jika ade yg sudi berkongsi amalan-amalan zikir. Jom kita basahkan lidah dgn cakap yg baik2. Moga pengakhiran kita husnul khotimah.

Tq

*Mgkn jawapan utk thread ni ada dalam thread @mbhsf buka

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulisan kawan sy di fb.

SurahAl-Kautsar

1. Surah amalan Nabi Muhammad ketika sedih.

2. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat.

3. Diturunkan di Mekah.

4. Bermaksud:
Sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi.

5. Disifatkan surah penghibur hati Nabi kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Surah Ad-Dhuha

1.NABI MUHAMMAD sebagai seorang manusia juga turut berdepan dengan kesedihan,  kekecewaan, kesepian yang sama dirasakan oleh kita semua.

2. Pernah satu ketika Allah tidak menurunkan apa-apa wahyu kepada baginda.

3. Pada waktu itulah, orang ramai sudah berasa sangsi mengenai kerasulan baginda.

4. Orang mula menuduh yang bukan-bukan kepada Nabi dan baginda sangat sedih.

5. Di saat kekecewaan itulah, Allah turunkan ayat dari Surah Ad-Dhuha yang ternyata memberikan mesej yang sangat besar bukan hanya kepada Nabi, namun kepada kita juga.

6. Ia adalah suatu pesanan yang diberikan Allah kepada orang yang sedang bersedih dan kecewa.

7. Dalam surah ini Allah berfirman bahawa Allah tidak pernah meninggalkan Rasulullah dan juga tidak pernah meninggalkan kita semua.

8. Jadi kalau selama ini kita berdoa, tapi apa yang dihajatkan tidak sampai sama sekali.

9. Janganlah menganggap yang Allah menghindari doa-doa kita.

10. Allah membuka surah ini dengan ayat yang meminta kita meneliti keindahan alam,

“Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi-sepi,”

Seterusnya :-
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?”

11. Allah SWT tidak pernah melupakan Baginda begitu jugalah saat kesusahan yang melanda, Allah SWT tidak pernah meninggalkan Baginda Rasulullah SAW.

12. Ayat ini sebenarnya penting untuk kita semua.

13.  Ingatlah, saat kita sedih, Allah akan sentiasa bersama-sama kita.

14. Kalau Allah memilih kita semua untuk merasai sesuatu kekecewaan, maka yakinlah Dia juga akan bantu kita untuk keluar daripada kesedihan tersebut.

Marilah kita beramal.
Moga kita sentiasa dekat dengan Allah dan menjadi mukmin yang bertaqwa. Amin.

Nomie Mat Lias

Mak Pergi Tak Kembali
Sedih Tak Terucap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts


Sayu hati dengar
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku Amal zikir ya baasith Dan surah alam nasroh...Aku mmg Rasa rilek je ..musibah ni mmg Aku risau juga...tp serious Aku tk fikir sgt soal duit ade sumber mkn ke tak...sebba Aku letak bulat2 kat Allah....persediaan Tu mmg ade bab makan..ade sikit duit ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 10:13 AM
Aku Amal zikir ya baasith Dan surah alam nasroh...Aku mmg Rasa rilek je ..musibah ni mmg Aku risau j ...

Kan. Bila letak Allah di hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita amalkan baca al mathurat..semoga kita istiqamah



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Perk77 replied at 31-3-2020 10:13 AM
Aku Amal zikir ya baasith Dan surah alam nasroh...Aku mmg Rasa rilek je ..musibah ni mmg Aku risau j ...

Usaha, doa dan tawakkal..kita bergantung sepenuhnya pada Allah swt


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2020 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts


@lengkong tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts


Amalkan 44 kali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika tiba2 rasa DOWN kejap dgn Bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah.. kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah.. hebat  kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik   

Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa

Allahuakbar..

Jadi.. yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik  yang akan beri kita sales yang banyak  

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya


#SharingIsCaring
#CopyPaste
#JustStayAtHome
#BroCuba

Credit fb:saharudin ahmad
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 3-4-2020 01:29 AM
Jika tiba2 rasa DOWN kejap dgn Bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf deng ...

Cerita penuh pengajaran terima kasih tt



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lengkong replied at 31-3-2020 10:43 AM
Usaha, doa dan tawakkal..kita bergantung sepenuhnya pada Allah swt

Terima kasih mod bagi tacang


Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2020 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 31-3-2020 11:22 AM
@Lengkong tq

Tq MrsVeneer



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.525140 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list