CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5063|Reply: 36

[Tempatan] Kad kesihatan atau ‘health tag’ digantung pada leher. Penjelasan Antah Pharma #3

  [Copy link]
Post time 30-3-2020 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 1-4-2020 11:12 PM

'Kad kesihatan' tak berkesan cegah COVID-19


KUALA LUMPUR: Pemakaian kad kesihatan atau ‘health tag’ yang digantung pada leher, tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.

Perkara itu ditegaskan Pusat Racun Negara melalui Facebook hari ini, memetik hasil kajian oleh Hidekazu Nishimura, yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017.

Melalui muat naik itu, Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian bertajuk ‘Siasatan Terhadap Kegunaan Praktikal Alat Yang Mendakwa Mengeluarkan Klorin Dioksida’ mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.

Jelasnya, hasil kajian itu menunjukkan pemakaian 'health tag' tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus sedia ada, apatah lagi COVID-19.

”Klorin dioksida adalah gas yang bersifat merengsa, terutama kepada saluran pernafasan bergantung kepada kuantiti dan kepekatan gas yang terdedah.

“Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.

“Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial,” jelasnya lagi.

Ketika ini, tular di media sosial mengenai dakwaan yang mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rm59 Di shoppe
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:39 PM | Show all posts
kaka pakai kad kredit je
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai mask je la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 30-3-2020 11:39 PM
kaka pakai kad kredit je

Gantung cd 4u2c

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 12:08 AM | Show all posts
klu letak kat tangki petrol.. minyak bertambah jimat kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2020 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-3-2020 11:46 PM
Gantung cd 4u2c

Fionaaaaaa
Hahahahahjilakak
Iols tergelak sesorang
Xjadi ngantok
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
semalam ada porumer bukak thread pasal ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Adui.. Baru je suruh my sis bli benda ni.. Sbb dia antara servis yg kne kerja mengadap org awam..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts




https://i1.wp.com/d3rek4w4wced7c.cloudfront.net/wp-content/uploads/2020/03/30104725/90874952_10156966374416954_881692949769879552_o-1024x578.jpg?resize=640%2C361&ssl=1
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukum karma... Kuat nipu makanya ketipu



https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2020/03/najib-zahid-pakai.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 31-3-2020 03:32 AM
Hukum karma... Kuat nipu makanya ketipu  



Itu name tag bangang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 31-3-2020 10:06 AM

Aku pun x caya pakai antah wellness tu... hebat benar leh shut virus.. dahler mahal... boleh pulak watson jual... cam merepek gantung kat dada leh cover virus 1 badan.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 31-3-2020 09:50 AM
Itu name tag bangang

Tak sabar2 nak ketawakan orang sampai tak sempat nak sorok kebodohan diri. Name tag dengan health tag pun tak boleh nak bezakan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:16 AM | Show all posts
Ada kawan Paz hadiahkan untuk Paz. Paz tak guna lagi.

Apa pun terharu kawan ingatkan kita
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Health tag ni yg aunt aku wassap , aku dh pesan smlm xyah belu die degil. Hr ni setepek aku wassap artikel ni br dia paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 10:38 AM | Show all posts

Apsal aku tgk mcm sama jer dgn healthtag tu


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:42 AM | Show all posts
pyropura replied at 31-3-2020 03:32 AM
Hukum karma... Kuat nipu makanya ketipu  

mcm yg nih jer


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:43 AM | Show all posts
Time macam sekarang ni ramai yang ambil kesempatan untuk lakukan barangan jualan mereka jadi hati2 bila membeli jangan cepat terpengaruh dengan apa yang diiklankan.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 10:50 AM | Show all posts

Menteri Pun Pakai Kad Kesihatan Bukan Anti Virus COVID-19?

Kredit Foto - Berita Harian




Tular di media sosial mengenai dakwaan mengatakan kad kesihatan dipercayai mampu menghalang individu yang memakainya daripada dijangkiti COVID-19, beserta beberapa gambar pemimpin yang didakwa memakai kad berkenaan.






Kredit Foto - Facebook



Perkara ini turut didedahkan oleh Dr Rafidah Abdullah menerusi Twitter beliau.






Memetik hasil kajian Hidekazu Nishimura yang diterbitkan Jurnal Jangkitan Persekitaran Jepun pada Julai 2017, pemakaian kad kesihatan atau health tag yang digantung pada leher tidak berkesan untuk mencegah jangkitan kuman atau virus termasuk COVID-19.


Pusat Racun Negara memaklumkan, hasil kajian mendapati tiada kesan pembasmian kuman atau virus berlaku disebabkan kad kesihatan berkenaan, serta gas dibebaskan pula sangat rendah atau tidak dapat dikesan langsung.




Kredit Foto - Facebook



Apa yang dibimbangi adalah kepercayaan pengguna terhadap produk ini akan menyebabkan mereka merasakan selamat dan dilindungi daripada jangkitan.


Akibatnya, pemakai mungkin bersikap kurang berhati-hati dan tidak mengamalkan kaedah pencegahan yang terbukti berkesan seperti kerap membasuh tangan dan amalan penjarakkan sosial.





Ikutlah saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana buat masa ini saintis masih bergelut mencipta vaksin COVID-19. - CARI
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.444633 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list