CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9575|Reply: 81

[Politik] Anwar jamin PM: Sidang parlimen bukan nak tolak PN

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Gesaan supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan pakej rangsangan ekonomi wabak Covid-19 tidak ada kaitan dengan percaturan politik untuk menolak majoriti PN di Dewan Rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau yang bercakap pada siaran langsung di halaman Facebooknya memberi jaminan mengenai hal ini.

"Saya telah beri jaminan kepada PM kita tak akan gunakan sidang ini untuk menolak majoriti kerajaan kalau pun dia bimbang soal majoriti ahli parlimen yang mendokong kerajaan PN.

"Kita hanya akan bahaskan dan minta penjelasan dalam beberapa isu dari PM dan menteri kewangan serta menteri-menteri lain yang sebahagiannya tidur atau asyik pamer pakaian aneh-aneh, itu soal lain

"Tapi bila kita soal di parlimen dia wajib jawab dan kerana ia melibatkan kewangan negara ia mesti dibahaskan di parlimen dan diluluskan di parlimen," katanya.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau setuju 'Kak Kiah, diberikan bantuan, malah "minta disegerakan."

"Bukan setakat itu. Kita minta anggota parlimen kita tambah dana," katanya.

Anwar merujuk nama timangan 'Mak Cik Kiah' yang digunakan perdana menteri bagi menggambarkan bantuan terhadap golongan berpendapatan rendah B40 ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion baru-baru ini.

Isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menerima RM1,600, di mana RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki pada bulan Mei.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan memaklumkan parlimen akan bersidang seperti dijadual pada 18 Mei depan.

Menjelaskan mengapa sidang tergempar parlimen perlu diadakan, Anwar berkata Malaysia tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu.

"Negara ini tidak boleh diperintah oleh satu dua orang yang anggap mereka serba pandai dan serba tahu," tegasnya.
Dari mana sumber biaya pakej rangsangan?

Anwar yang juga MP Port Dickson berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut.

"Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana?

"Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun," soal Anwar.

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia.

"Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan

"Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda," katanya lagi.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan kebimbangan sama bahawa keuntungan kerajaan akan merosot sehingga 50 peratus kerana penurunan harga minyak dunia, memandangkan belanjawan 2020 dibuat bersandarkan jangkaan hasil Petronas pada harga AS$63 setong.

Jelasnya, ini bermakna hasil kerajaan mungkin akan berkurangan sebanyak RM30 bilion.

Dr Mahathir pada 23 Mac lalu menyifatkan kemelesetan ekonomi dunia akibat wabak Covid-19 sebagai "malapetaka."

Bank Dunia pula meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan merudum ke paras negatif (-) 0.1 peratus.

Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 dan "yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40)."

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha... Duduk rumah je la nuwar. Jgn berkumpul. Nanti kena tangkap. Korang pun bukan leh percaya sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabaq nk jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:31 AM | Show all posts
Opportunist mcm Anwar ni selalu cuba dapatkan political mileage dari sesuatu bencana yg menimpa Malaysia. Remember MH370? Yang dia kata boleh settle dalam 3 hari? Sedangkan pakar2 seluruh dunia masih belum jumpa bangkai kapalterbang tu.

Covid 19 ni byk juga dia cuba tunjuk pandai. Cth penglibatan tentera utk pengawalan...dia cakap itu absurd idea...eloklah ko dok diam2 Anwar dari kena bahan dgn rakyat. Nak tunjuk pandai tapi lebih menyerlahkan kebangangan awak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam situasi mcm ni dia sibuk lagi nak berpolitic
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembang. Yg guan eng pinjam tu x ada pulak bincang kat parlimen.. Hamjad
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk nak tau kerajaan dapat sumber dari mana. Pandai la kerajaan carik. Bukan pakai duit ko yang juta juta walaupon ko dalam penjara. Org mcm ni x payah percaya la janji dia. Konon x nak guna sidang nak jatuhkan PM. Entah2 sah bersusun rancangan mana nak jd PM yg mana smua nya failed! Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 1-4-2020 07:31 AM
Opportunist mcm Anwar ni selalu cuba dapatkan political mileage dari sesuatu bencana yg menimpa Mala ...

Tak payah pun layan dia ni.....harap.PN buat X tahu je. ....

Meluatlah tengok dia laki bini dan anak beranaknya juga. ...sejak kes awal.covid masa PH memerintah dulu yg bini dia tak layan kepentingan rakyat. ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PHembangang kelam kabut, terkejut beruk bila kerajaan PN umum pakej rangsangan RM250billion utk tlg rakyat.

PHembangang takot tgk keupayaan kerajaan PN meneraju Msia ternyata jauh lbh baik dr mereka

ni salah satu tactic nak buat undi tak percaya pd PM..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:49 AM | Show all posts
Sori Nuar.. Sejak Langkah Kajang den memang tak cayo dah......... Hang bertanding Parlimen pun terpakso kosongkan Ahli Parlimen PD yg dah dipilih oleh rakyat yg beratur berjam2 utk pi undi.............

Ok..... Macai boleh ratib Kerajaan Pintu Belakang.............
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Besarnya hidung dia..plastic surgery ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by EJALTI at 31-3-2020 11:56 PM

Diam la nko lahanat...
Nuar penjubur dah macam badut hiburkan netizen masa PKP nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:02 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-4-2020 07:43 AM
Tak payah pun layan dia ni.....harap.PN buat X tahu je. ....

Meluatlah tengok dia laki bini dan ...

Agree dgn noor.

I never liked their family....byk sgt nak cover Anwar yg dah terbukti songsang tu...pastu ada hati nak ckp Anwar tu anugerah dari Allah utk rakyat Malaysia..

Jijah especially....What a load of baloney!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 1-4-2020 08:02 AM
Agree dgn noor.

I never liked their family....byk sgt nak cover Anwar yg dah terbukti songsang  ...

Sape yg ckp Anwar anugerah Allah tu....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:10 AM | Show all posts
noor2 replied at 1-4-2020 08:08 AM
Sape yg ckp Anwar anugerah Allah tu....huhu

Jijahlah...

Laki dia anugerah dari Allah..

Joke of the century..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:15 AM | Show all posts
DSIA..u punya jaminan overrule by Tun...mcm mana DSIA???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ronin replied at 1-4-2020 08:10 AM
Jijahlah...

Laki dia anugerah dari Allah..

Oh...kisahnya....ok lah abe. ....nk log out. .hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
pls...tepek pic anda bukan kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dah bagus ada gst... bangkang... ni skrg sibuk tanya duit dari mana... dari mana pun... bantuan tetap kena salurkan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lah dia tak kan menjatuhkan..cakap kosong kan senang..nk jadi PM lum tentu sanggup diwaktu getir nie. ..the least anwar.leh buat,dok diam2 bersama support kerajaan malaysia. Kalu dia rasa tak boleh dok diam,pi tolong frontliner.nie tak boleh dok diam2 sibuk menyalak..org tengah susah kau sibuk nak menyusahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.451433 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list