CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2237|Reply: 6

Man Puteh Sumbang Semua Wang Kejuaraan MLM 2019 Kepada Golongan Susah

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 10:10 AM | Show all posts |Read mode





Sedang beberapa golongan selebriti meminta sumbangan khusus daripada kerajaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Man Puteh muncul sebagai hero apabila beliau membuka permohonan bantuan kepada golongan susah.





Sumber: Harian Metro





Dalam perkongsian Man di Instagram milik beliau, Man meluahkan rasa prihatin beliau kepada rakyat Malaysia yang terkesan dan hilang sumber pendapatan semasa PKP ini.









Melihatkan situasi rakyat Malaysia yang agak kritikal ketika ini, Man terpanggil untuk menyumbangkan kesemua hadiah wang tunai hasil kejuaraan beliau bersama kumpulan Puteh semasa Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019).




"Dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi Hadiah Wang Tunai hasil JUARA MLM 2019 tempoh hari bagi meringankan beban ANDA"



Sambung Man lagi, bantuan ini hanyalah untuk mereka yang benar-benar memerlukan sahaja. Man juga mendedahkan nilai sumbangan yang bakal diberikan iaitu sebanyak RM50,000.




  



  



Buat anda yang mahu memohon bantuan khas daripada Man ini, anda boleh berbuat demikian dengan DM di Instagram beliau sahaja. Namun, Man memohon maaf jika beliau tidak memberi maklum balas kepada si pemohon.




"Andainya tiada sebarang respon dari saya anggap saja bajet 50k telah habis di gunakan"



Tindakan murni Man ini mendapat pujian netizen dan rapper terkenal, Altimet.








Di saat ini, kita boleh lihat selebriti mana yang menghargai peminat dan selebriti mana yang mementingkan diri sendiri di saat ada yang memerlukan bantuan. Syabas buat Man! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia guna 50k dia menang 500k share 3 org.. Walaupun 50k tapi dia dpt bantu suapkan makanan kepada banyak keluarga.. Tq man puteh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:31 PM | Show all posts
alhamdullilah.. semoga rezeki man raja lawak tak pernah terputus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Semoga murah rezeki man
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis contoh. Alhamdulillah,semoga dimurahkan rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 03:25 PM | Show all posts
alhamdulillah, semoga rezeki man lepas ni terus bertambah. jangan join geng retis ya man.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
apa plak semua? kan dia ckp 50k
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.058240 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list