CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4623|Reply: 68

[Tempatan] COVID-19. Bandar Kampar score pematuhan PKP 99 peratus (Gred A+)

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Tahap pematuhan PKP penduduk Kampar capai 99 peratus
4-5 minutes

KAMPAR - Tahap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Kampar berada pada tahap 99 peratus.

Perkara itu diakui Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim hasil pemantauan pasukan keselamatan sepanjang PKP dilaksanakan, bermula 18 Mac lalu.

Menurutnya, masyarakat setempat umumnya telah memberi kerjasama yang baik terhadap perintah kawalan termasuk mengurangkan pergerakan sama ada di jalan raya dan di tempat tumpuan awam.

"Pada peringkat permulaan PKP, kita terima banyak alasan tidak munasabah daripada individu yang meninggalkan rumah.

"Terkesan dengan keadaan itu, kita gerakkan rondaan, pemeriksaan dan program advokasi dengan membuat pengumuman pematuhan PKP setiap hari di semua lokasi bagi tujuan mendidik masyarakat.

"Alhamdulillah, dalam tempoh 14 hari ini, majoriti masyarakat semakin berdisiplin, sudah kurang kenderaan berada di atas jalan raya, orang ramai juga tidak lagi bersesak di bank, pasar raya dan pasar awam," katanya ketika ditemui semalam.

Kampar menjadi satu-satunya daerah di Perak yang tiada kes jangkitan wabak koronavirus (Covid-19).

Sehingga semalam, Perak merekodkan 189 kes positif Covid-19 dengan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kinta berada di zon merah.

Mengulas lanjut, Hasron Nazri berkata, sekatan jalan raya di dua lokasi bersempadanan iaitu di daerah Batang Padang dan Kinta diperketat dengan hanya membenarkan pihak berkepentingan sahaja melepasi kawalan.

"Banyak kenderaan yang melalui sekatan ini telah diarah berpatah balik, penegasan terpaksa dilakukan apabila ramai antara mereka gagal memberi alasan munasabah.

"Secara keseluruhan, sebanyak lima sekatan jalan raya telah dijalankan dalam daerah ini dan 10 laluan ke pekan Kampar ditutup bagi mengurangkan kenderaan keluar masuk," katanya.


Beliau berkata, pihaknya akan meningkatkan beberapa elemen pematuhan dalam tempoh PKP tahap dua yang bermula, hari ini bagi memastikan daerah Kampar kekal sifar kes Covid-19.

Katanya, ia termasuklah meningkatkan rondaan di kawasan perumahan dan kampung-kampung, lokasi yang sering berlakunya aktiviti sosial kalangan penduduk.

"Saya hargai kesedaran masyarakat, tetapi masih ada beberapa elemen perlu ditingkatkan berkaitan pergerakan orang ramai untuk memastikan mereka benar-benar berada di rumah pada waktu yang diperuntukkan," katanya.

Setakat ini, seramai 14 individu termasuk dua warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Setiap hari, seramai 240 anggota terlibat dalam pemantauan pematuhan PKP di daerah itu melibatkan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Hasron Nazri bertanyakan keperluan perjalanan seorang pemandu lori ketika meninjau sekatan jalan raya di laluan Tol Gopeng, semalam.

Hasron Nazri bertanyakan keperluan perjalanan seorang pemandu lori ketika meninjau sekatan jalan raya di laluan Tol Gopeng, semalam.

Dalam perkembangan sama, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) telah menjalankan aktiviti disinfeksi di semua fasiliti dan tempat tumpuan awam secara berperingkat.

Setiausahanya, Siti Azura Juki berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

"Kerja-kerja disinfeksi ini melibatkan medan selera, pasar awam, pusat penjaja, tandas awam dan Dataran Muhibbah di semua kawasan seliaan MDKpr.

"Kita turut menjalankan aktiviti sama di tiga rumah ibadat iaitu Masjid An Nur, Masjid Jamek Kampung Masjid dan Surau Kampung Tersusun Batu Putih serta kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar," katanya.

Menurutnya, aspek keselamatan diberi penekanan di pasar-pasar awam kerana menjadi tumpuan penduduk sekitar mendapatkan keperluan harian.

"Jumlah pengunjung yang masuk ke pasar ini dihadkan antara 30 ke 50 orang bagi satu-satu masa, semakan suhu juga diambil sebelum pengunjung dibenarkan masuk ke dalam pasar," katanya.

Setakat ini pihaknya berpuas hati dengan pematuhan PKP kalangan pemilik premis perniagaan yang mana rata-rata mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la org Kampar..mentaliti first class..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 1-4-2020 10:16 AM
Bagus la org Kampar..mentaliti first class..

Org pk mmg bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas Kamparian

jangan harap la jinjang ka seputeh ka, nak menyamai kampar

score B pun tak dapat

tu la sape suruh pergi Sjkc
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:32 AM | Show all posts
kampo terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 replied at 1-4-2020 10:16 AM
Bagus la org Kampar..mentaliti first class..


Pekan Cina...no wonder la sis....

Pekan dan Bandar di Perak ni semua kaum Cina yang bukak...Taiping, Ipoh, Teluk Intan, Manjung, Sitiawan, Kampar, Bidor, Gopeng, Tg. Malim, Kuala Sepetang....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 10:43 AM | Show all posts
Wow tahniah!

Pagi tadi masa Paz nak pergi kerja. ada pulak seketul umat ni jogging. Tak sempat nak jerit 'hoi duduk umah'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 10:48 AM | Show all posts
Pulau Pinang pun majoriti Cina gak
tak score pun 90 ke atas
ke sibuk jalan-jalan
jogging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 1-4-2020 10:48 AM
Pulau Pinang pun majoriti Cina gak
tak score pun 90 ke atas
ke sibuk jalan-jalan


Sebab kat Penang kepadatan tinggi.

Kampar ni kepadatan rendah...banyak student2 Cina UTAR Kat pekan Kampar ni.

Majoriti Melayu jarang berkuntum kat sini sebab takda restoren Melayu..takut keracunan dan kena Santau...hahaha...so aku x hairan kalau Melayu tak keluar kat situ

Meols kalau gi sini sebab nak makan Sushi King kat Tesco....lepastu merayau pergi Tapah mandi air Panas.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah org2 kampar
diharap dgn sikap begini dpt mengekàlkan tiada jangkitan di daerah kampar
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 10:58 AM | Show all posts
Bangge teman jadi org Kampar..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko nak cakap cina patuh pkp kaa? Yang cina pulau tu xnak kira? Bodoh sangat buat perbandingan konon sb cina la patuh pkp
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 11:58 AM | Show all posts
SisthurVirus replied at 1-4-2020 10:52 AM
Sebab kat Penang kepadatan tinggi.

Kampar ni kepadatan rendah...banyak student2 Cina UTAR Kat ...

ye betul. kampar ni pun kawasan dia tak luas seperti kinta. dulu kampar ni part of Kinta, then dipecahkan jadi daerah sendiri sebab Kinta terlalu besar. kat gopeng n kampar memang kedai makan melayu tak banyak n susah nak hidup sebab dulu popular kes santau. kalau ke pasar pun, mostly orang kampar/gopeng akan ke Tg Tualang, Kampung Gajah atapun Batu Gajah. Kalau area Jeram, Kuala Dipang, sana banyak orang asli, so mana ada orang asli melepak pun. so make sense je Kampar patuh PKP. cuba masuk pekan gopeng tu malam malam, sunyi gila
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SisthurVirus at 1-4-2020 12:10 PM
prizadane replied at 1-4-2020 11:58 AM
ye betul. kampar ni pun kawasan dia tak luas seperti kinta. dulu kampar ni part of Kinta, then dip ...


Satu yang best kat Perak....Perak ada banyak jalan dalam...Dan meols percaya Polis tak buat road block kat jalan dalam tu

Punca Perak ada banyak jalan dalam, sebab negeri ni negeri pertama ada sistem jalanraya berturap akibat Industri bijih rumah satu ketika dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah penduduk Kampar...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab pematuhan PKP je pun dah cukup untuk buktikan aliran sekolah kebangsaan jauh lebih baik berbanding SJKC
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak mertua pindah Jb, iols dah xbalik kampar lg dah., husband pun ade sebut jgk rindu nk balik Kampar. Mau tak nya, rumah dpn Tesco tu je. Sng nk beli brg. Weekend je panjat Cameron g mkn nasi arab kt tanah rata.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kampar tu bndr cina kan, mmg bndr tu bndr mati kot sblm covid tu mmg dah sendu duduk rumah je xde aktiviti, kalau pkp ni bg dieorg biase je
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:22 PM | Show all posts
SisthurVirus replied at 1-4-2020 02:42 AM
Pekan Cina...no wonder la sis....

Pekan dan Bandar di Perak ni semua kaum Cina yang bukak... ...

Di Kampar ada banyak Sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah (Cina). Mungkin ini salah satu faktor penyumbang. Perlu dibuat kajian akademik
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
SisthurVirus replied at 1-4-2020 12:06 PM
Satu yang best kat Perak....Perak ada banyak jalan dalam...Dan meols percaya Polis tak buat road ...

Betul, kat perak kalau ikut jalan lama/jalan dalam dapat tengok banyak bende menarik, kesan sejarah kolonial Brits, termasuk.pre war buildings
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.113826 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list