View: 14139|Reply: 102
|
Emelda Rosmila 'sekolahkan' netizen
[Copy link]
|
|
Emelda 'sekolahkan' netizen
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/04/671595/emelda-sekolahkan-netizen
Rabu, 1 April 2020 | 8:51am
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my
Pelakon, Emelda Rosmila tidak mahu mengaibkan netizen, tetapi tindakan mereka melampaui batas. STU/Syakirah Azhar
KUALA LUMPUR: Pelakon, Emelda Rosmila memberi pengajaran terhadap netizen yang suka menghukum golongan selebriti tanpa usul periksa.
Menerusi akaun Instagram (IG), isteri pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramli meletakkan paparan skrin, sekali gus mempromosikan beberapa individu yang lantang mengecam membabitkan isu pertikaman lidah antara artis dan netizen yang hangat diperkatakan.
Tindakannya nyata memberi kesan apabila beberapa netizen tampil membuat permohonan maaf akibat perbuatan mereka mengutuk dan mengeji anak seni.
Emelda berkata, dia tidak bermaksud mahu mengaibkan sesiapa.
“Ini cara saya mahu memberikan pengajaran kepada netizen yang tak tahu menghormati individu lain. Kalau lihat cara tutur, saya jadi takut.
“Artis pun manusia. Apa hak mereka nak bercakap macam-macam. Saya nak luahkan isi hati saya dalam ruang sendiri, kenapa kamu boleh masuk dan cakap sesuka hati.
“Di mana silapnya menyuarakan pendapat peribadi. Dengan penuh rendah hati dan diri untuk bertanyakan adakah mungkin golongan artis dan penggiat seni tidak terkecuali untuk mendapatkan insentif kerajaan dalam dunia dilanda musibah ini?
“Penggiat seni juga rakyat Malaysia, berhak bersuara untuk diri sendiri. Kenapa perlu kecam? Kalau saya rasa perlu, saya ambil. Kalau tak perlu pastinya akan dahulukan yang memerlukan. Jangan cetek akal. Emosi menguasai diri hinggakan otak di hujung jari,” luahnya.
Pelakon drama Manjalara dan Kekasihku Seru itu memberikan contoh jika aplikasi TikTok memaparkan gelagat individu menayang aset secara terbuka menerima pujian netizen.
“Tayang aset, semua komen padu dan ‘merecik’, tetapi apabila bersuara mengenai nasib penggiat seni, cuba bela diri, netizen seperti dirasuk syaitan.
“Adilkah begini? Jika kamu boleh hidup dengan makan nasi bersama ikan kering setiap hari, jangan salah dan cemburukan orang yang berusaha nak makan daging.
“Mana akal kamu semua? Saya selalu anggap diri saya kerdil. Saya orang yang sangat merendah diri. Saya letakkan diri saya sama orang lain. Lebih atau kurangnya, saya tetap rasa kerdil. Tetapi, jangan kerana sikap rendah diri ini, kamu boleh buat sesuka hati,” katanya.
Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu berkata, dia tidak pernah bertindak sebegini. Ini kerana apa yang dilakukan netizen melampaui batas manusia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Heuheehe nasib baik aku bukan netizen |
|
|
|
|
|
|
|
Bendanya kak oi... Kau nak bantuan, apply je la bantuan tu. Government buka utk semua. Apehal nak minta khas utk korang pulak. Hari ni dah boleh apply, apply la ramai-ramai mana yg layak apply tu. Bila dah dapat, berpada-pada la berbelanja. Government bagi duit tu utk keperluan, bukan utk kemahuan luxury. Orang menyampah sebab korang rasa diri korang tu mcm satu kasta tinggi pulak. Minta bukan-bukan dah mcm nak tampung kemahuan luxury korang pulak. Haih... Makin banyak korg bercakap makin dungu bunyinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Meh la emlda sekolahkan forumers sini...
Tgk sapa yg nangis di bucu katil nak bersara |
|
|
|
|
|
|
|
jaga mak mertua jelah baik2, tak pon bukak kedai goreng pisang mesti sold outt |
|
|
|
|
|
|
|
Who are you again???
|
|
|
|
|
|
|
|
Mujur la i minat artis k pop |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi, sebab ada platform je boleh guna press utk serang balas. Sekali nitizen boikot mmg sendu sesendunyaa laa |
|
|
|
|
|
|
|
Bersara je la acik oiii..ko dgn laki ko elok masuk gua jer muhasabah diri. Nak kata pelawak pun tak, berlakon pun buruk. |
|
|
|
|
|
|
|
Entoh laaa , nampak fofular dgn drama Manjalara sajok kaw nih melda oiii ! Pehtu sendurina until now jua , laki bini sama acah2 retis versatil & always perfect ! Pooodaaahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Amboii dah semua org tahap makan ikan kering masa susah mcm ni hg tamak nak makan daging..nampak tak tamaknya artis ni..
Sapa kata gologn artis penggiat seni tak dpt insentif? Apply la ikut level rakyat yg dah di abaq tu... penat la cakap dgn org IQ tinggi nihhhh !
Nk mkn daging wagyu pakai duit sendiri lah bongok .. nk mkn dgg tapi nak bolot hak org makan ikan kering..mentaliti IQ tinggi pabendaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
akak buat hidung and runcingkan muka kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Baik ko sekolah kn family scammer ko, dari kakak, abang ipar Scammer. Lepas tu laki pun nk join jadi Scammer tapi belum untung besaq dah kantoiii.
Sedih hidup, laki Dahlh hodoh, nk jadi Scammer pun bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 1-4-2020 11:00 AM
Amboii dah semua org tahap makan ikan kering masa susah mcm ni hg tamak nak makan daging..nampak tak ...
Exactly! Tahi nya perangaiiiii! Keji sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
x payahla nak sekolahkan kitaorg kak.. iq kita mmg rendah bak kata kaaia.. nt menangis akk kitaorg sekolah kan akk balik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 1-4-2020 12:00 PM
suka hati la netizen nak ckp apa pun suma ada hak komen
in dis situation u alls as retis patut diam tak berkutik
dr berbunyik tu lebih elok dr nak lwn dgn netizen
as a customers is always right than uolls assumes as service provider
kang kena boikot all industri hiburan uoollss nak mkn ape jgn ego
jgn main2 dgn kuasa netizen gomen pun bleh bertukar
tgn taw
|
|
|
|
|
|
|
| |
|