CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4844|Reply: 47

[Tempatan] Berita Baik Test Kit Covid-19 Made in Penang, Result dlm 30 min. Tapi untuk USA

[Copy link]
Post time 1-4-2020 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua dari kiri) pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto BERNAMA


Kesan COVID-19 dalam tempoh setengah jamOleh Noor Atiqah Sulaiman
bhnews@bh.com.com

PUTRAJAYA: Malaysia sedang berbincang dengan Amerika Syarikat untuk menggunakan peralatan mengesan wabak COVID-19 dalam tempoh singkat seperti digunakan negara berkenaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peralatan canggih itu sebenarnya dibuat di kilang di Pulau Pinang, namun disebabkan tidak ada kontrak dengan Amerika Syarikat, ia secara tidak langsung memberi halangan kepada Malaysia untuk memperoleh alatan sama.

“Kita dimaklumkan ada satu syarikat di Pulau Pinang mengeluarkan alatan perubatan canggih itu yang dapat mengesan COVID-19 dalam tempoh tidak sampai setengah jam.

“Tetapi kilang terbabit ada kontrak dengan Amerika Syarikat dan kita akan bincang (dengan negara terbabit) supaya Malaysia juga diberi peluang menggunakan peralatan terbabit,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 39,663 ujian pengesanan COVID-19 sudah dilaksanakan, daripada jumlah itu sehingga semalam sebanyak 2,626 individu positif wabak berkenaan.

“Individu yang negatif ialah sebanyak 28,580, manakala masih menunggu keputusan sama ada mereka dijangkiti COVID-19 atau tidak ialah sebanyak 8,457 individu,” katanya.

Sehingga kini KKM mempunyai 46 makmal yang berupaya melaksanakan 11,750 ujian COVID-19 sehari dan berharap jumlah berkenaan dapat dipertingkatkan kepada 16,500 ujian sehari.

Menerusi kaedah mengesan genetik virus atau rRT-PCR COVID-19 yang dijalankan, keputusan saringan mengambil masa antara 24 hingga 30 jam kerana ia perlu dihantar ke makmal ujian.







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus betul cina dap pulau pinang ni, cerdik pandai dieorg buat alat kesihatan yg bagus tp bg kat amerika je, dah kite kat mesia ni negara asing kot bg dieorg
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x ada failure, kita akn supply ke US, boleh lah tampung ekonomi sat
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecewa... ingatkan Malaysia boleh guna test kit tu jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 01:25 PM | Show all posts
kelapaparut replied at 1-4-2020 01:14 PM
bagus betul cina dap pulau pinang ni, cerdik pandai dieorg buat alat kesihatan yg bagus tp bg kat am ...

begitulah nasib bila tak ada teknoloji sendiri...

kita cuma menyediakan kuli sahaja. Tak nak pun tak apa. Dorang boleh pindah kilang ke Vietnam ka mana2 harga kuli lagi murah.


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Covid19 kn baru je.. Camne kompeni kat penang tu boleh dpt kontrak us..
Minta pencerahan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-4-2020 01:46 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 1-4-2020 01:42 PM
Covid19 kn baru je.. Camne kompeni kat penang tu boleh dpt kontrak us..
Minta pencerahan..

Covid19 mungkin baru tapi corona virus ni tidak.

Mungkin test kit ni untuk virus lama. Come new release... update je lah. Saya teka ja ni...


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:03 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 1-4-2020 01:42 PM
Covid19 kn baru je.. Camne kompeni kat penang tu boleh dpt kontrak us..
Minta pencerahan..

mungkin kilang tu mmg US based company.

Manufactured product pun mungkin untuk eksport, bukan utk local market.

Dan utk menjawab soalan covid baru lagi tu, kilang ni aku rasa produced medical test kit, mcm pregnancy test tu. so, sebab covid ni, drg produce la kit utk covid.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 1-4-2020 02:03 PM
mungkin kilang tu mmg US based company.

Manufactured product pun mungkin untuk eksport, bukan u ...

Tq meow bg penjelasan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:08 PM | Show all posts

utk pengetahuan bersama hihi

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:09 PM | Show all posts
kucingitam replied at 1-4-2020 02:03 PM
mungkin kilang tu mmg US based company.

Manufactured product pun mungkin untuk eksport, bukan u ...

ya, aku pun berpendapat begitu. Kadang forumer ni cepat benornya melenting tanpa tau fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 1-4-2020 02:03 PM
mungkin kilang tu mmg US based company.

Manufactured product pun mungkin untuk eksport, bukan u ...

Oh... ni jawapannya...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:14 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 1-4-2020 02:09 PM
ya, aku pun berpendapat begitu. Kadang forumer ni cepat benornya melenting tanpa tau fakta.

ahaha..biasalah tu..



Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh suruh makcik Jitra buat kajian Covic ..sheols pun pakar virus Covic kat HSB.

Aritu dia dah jadi pakar Sarung Tangan Getah terbaik di dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahah replied at 1-4-2020 02:13 PM
Oh... ni jawapannya...

Itulah konsep FTZ..
Production sini...tapi end product export je....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Rahah at 1-4-2020 02:26 PM
Nokiaman replied at 1-4-2020 02:21 PM
Itulah konsep FTZ..
Production sini...tapi end product export je....


Tak terfikir tadi... sebab excited bila baca company Malaysia produce test kit covid 19... lagipun company Malaysia produce lagi berkualiti...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 02:33 PM | Show all posts
Dah naik berbuih mulut nasihat Kerajaan ,,,, balik2 pakar cauci jugak yang berjaya jadi tuan penasihat... 25%
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:50 PM | Show all posts
awloh merahmoti penang
jumlah kes pun masih tak sepadan dgn signifikan negeri penang

walaupun umminya degil juga nk kluar rumah

negeri lain adooo?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
us da melabur kat cmpny tu, x kan nk bg free2 kat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Never let a good crisis go to waste

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.081351 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list