CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7549|Reply: 77

[Tempatan] Aliza diuji sekali lagi selepas suami meninggal kerana Covid-19

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“JANTUNG saya berdegup laju dan saya menjadi panik apabila dimaklumkan turut positif Covid-19, kelmarin,” kata Aliza Syafinaz Sahak, 34.

Isteri kepada Allahyarham Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggal dunia pada 26 Mac lalu akibat virus berkenaan memaklumkan dirinya menjalani ujian saringan pada 22 Mac lalu.

Aliza berkata, dia tidak menyangka disahkan positif virus berkenaan memandangkan tidak mengalami sebarang simptom sejak menjalani kuarantin di rumah bermula 18 Mac lalu.

“Pada mulanya saya menyangka pihak kesihatan menghubungi untuk memaklumkan mengenai tempoh kuarantin akan tamat pada 31 Mac (semalam) memandangkan sudah lapan hari saya menunggu keputusan ujian saringan itu.

“Namun, saya terkejut dimaklumkan saya positif Covid-19 walaupun langsung tiada simptom seperti batuk, demam atau selsema sepanjang tempoh kuarantin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Aliza yang juga peniaga berkata, dia kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan dan kuarantin.

“Setakat ini, kesihatan saya dipantau oleh doktor dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah dan jantung selain bacaan suhu setiap hari.

“Namun, tiada ubat diberikan ketika ini memandangkan saya tidak mengalami sebarang simptom seperti pesakit lain. Malah, tahap kesihatan saya dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, dia reda dengan dugaan itu walaupun diuji buat kali kedua dalam tempoh beberapa hari selepas pemergian suaminya, minggu lalu.

“Saya berharap tahap kesihatan saya sentiasa dalam keadaan baik ketika ini dan dapat pulih sepenuhnya daripada virus ini,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia pada 26 Mac lalu selepas positif Covid-19, 19 Mac lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita Terdahulu 27 Mac 2020

“ABANG minta maaf, jaga diri baik-baik, I (saya) rasa I tak lama sayang, get ready (bersedia),” itu pesanan terakhir Inspektor Mohd Fairos Saberon kepada isterinya, Aiza Syafinaz Shahak, 34.

Allahyarham Mohd Fairos disahkan meninggal dunia semalam selepas positif Covid-19 pada 19 Mac lalu.

Aiza berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya pada 18 Mac lalu di Wad Saringan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk membuat saringan berhubung wabak berkenaan.

“Namun pada 19 Mac dia ada menghubungi menerusi panggilan video dan berpesan supaya saya menjaga diri kerana dia mungkin perlu dikomakan sebelum melalui proses intubasi.

“Itulah kali terakhir dia menghubungi saya sebelum menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya bersedia dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Aiza, suaminya juga mengadu susah untuk bernafas dan keadaan di wad berkenaan panas.

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.

Katanya, arwah seorang pegawai polis yang berdedikasi dan sering mengikut arahan pegawai atasan.

“Dia tidak pernah menolak arahan pihak atasan, dia juga pernah beritahu dia ingin mati sebagai negarawan.

“Hari dia meninggal dunia semalam adalah Hari Polis yang ke-213. Jiwa dia memang sangat mendalam dalam bidang kepolisan,” katanya.

Menurutnya, jenazah arwah suaminya selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuang, Rawang pada 4 pagi tadi.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa ahli keluarga terdekat hadir pada proses pengebumian.

“Saya kini masih dalam tempoh kuarantin sehingga 31 Mac ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat sembuh kak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Puan Aliza cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada anak2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:47 PM | Show all posts
sedihnya bpisah dgn suami tru video call je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg meninggal adalah frontliner. Gara gara manusia selfish, org lain jd mangsa. Semoga yg selfish tu cepatlah mampos
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 05:56 PM | Show all posts
faktor suhu panas tu  mmg  faktor covid tak merebak cepat atau lagi teruk.bukanlah total bs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat perkuburan ayah iol. Semoga keluarga beliau tabah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:09 PM | Show all posts
ya Allah.. sedihnya. semoga Allah menggantikan semuanya dgn sesuatu yg lebih baik.. amiinnn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:10 PM | Show all posts
alesandra replied at 1-4-2020 05:56 PM
faktor suhu panas tu  mmg  faktor covid tak merebak cepat atau lagi teruk.bukanlah total bs

Betul ke klu cuaca panas virus lambat merebak?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang takde simptom langsung tapi positif ni yg bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:14 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan Pn Aliza
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 1-4-2020 10:10 AM
Betul ke klu cuaca panas virus lambat merebak?

Haruah sis, Suhu 60 deg F, lapisan lemak di luar coronavirus in general akan cair dan mengurangkan jangka hayat virus di open air...berbanding di negera sejuk lapisan lemak akan jd gel-liked substance, jangka hayat dkt open air jauh lagi lama...

Ini masa blajar zaman degree ya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:15 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 1-4-2020 05:54 PM
Yg meninggal adalah frontliner. Gara gara manusia selfish, org lain jd mangsa. Semoga yg selfish tu  ...

“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada bercuti di Bandung, Indonesia pada 9 hingga 12 Mac lalu.

“Tetapi sebelum bercuti dia memang mengalami demam dan sudah membuat pemeriksaan di klinik,” katanya.



Tak pasti pun mcm mana dia kena...




Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:18 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 1-4-2020 06:10 PM
Betul ke klu cuaca panas virus lambat merebak?

setakat neh dah 2 kes pesakit covid kata wad diorg kena dlm  keadaan  suhu  panas.mungkin antara faktor la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 06:18 PM | Show all posts
famri7 replied at 1-4-2020 06:15 PM
Haruah sis, Suhu 60 deg F, lapisan lemak di luar coronavirus in general akan cair dan mengurangkan ...

Sepatutnya begitu. Tp aritu ada doktor omputeh negara mana aku lupa kata itu hanya mitos. Sambil disambut gelak ketawa oleh netizen Msia. Depa kata sapa yg percaya suhu panas blh melambatkan virus merebak tu bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:20 PM | Show all posts
Covid19 replied at 1-4-2020 06:13 PM
Yang takde simptom langsung tapi positif ni yg bahaya..

bkn semua pasal you ka?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:21 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 1-4-2020 06:15 PM
“Saya sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti Covid-19, sebelum ini memang kami ada be ...

Dia frontliner, merata rata blh dapat. Ya Alah!! siannya para frontliner. Napalah msh ada manusia hati batu degil takde rasa belas pd yg bertugas utk selamatkan nyawa ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 06:23 PM | Show all posts
alesandra replied at 1-4-2020 06:18 PM
setakat neh dah 2 kes pesakit covid kata wad diorg kena dlm  keadaan  suhu  panas.mungkin antara f ...

Betul. Takde aircond dan kipas. Biar berpanas. psl tu aku berleter kat dlm forum ni dr awal lagi suruh korang jemur tilam, selimut, bantal, tikar baju bajan bawah panas matahari tiap tiap hari. Aku buat dari bulan 2 aritu. Jiran aku dok pelik dan tanya napa. Aku ckp ini virus tak blh tahan panas. Sila jemur ye barang2 korang. Smp derang pun terikut ikut. Pepagi aku keluar berjemur bawah matahari pagi selama sejam. Orang kata aku gila pun gilalah. Vitamin D dari matahari tu sumber natural immunsisasi kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.218672 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list