View: 2985|Reply: 45
|
[Tempatan]
COVID-19. Cabaran NGO dgn kerenah penerima bantuan. Syed Azmi dedahkan ada yg mi
[Copy link]
|
|
Aktivis lepas geram, ibu ‘demand’ 18 pek susu formula untuk sebulan... dah lupa cara susu badan - “Tak tahu macam mana nak mula balik” -
5-6 minutes
DALAM waktu yang sukar akibat wabak Covid-19 terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai yang menerima kesannya.
Selain bantuan kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak terkecuali membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan impak wabak ini.
Namun malangnya, terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil iktibar dengan kesulitan dihadapi ketika ini sehingga ditegur oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi.
Syed Azmi yang turut membantu mengendalikan sumbangan kebajikan akibat penularan wabak Covid-19 berkongsi kisah seorang wanita yang juga bergelar isteri dan ibu yang memohon untuk mendapatkan bantuan.
“Ada satu kes, kita dah cakap bagi bantuan untuk satu minggu. Bantuan dapur ke, susu, lampin dan sebagainya. Keluarga dia ada tiga hingga empat anak, dan ada bayi berusia lapan bulan.
“Dia mintak 18 pek susu formula bayi. Saya tanya ini untuk sebulan ke seminggu? Dia cakap untuk sebulan. Saya kata tak boleh, (bantuan diagihkan) untuk seminggu.
“Daripada 18 pek tu, tiba-tiba dia kata nak 15 pek sahaja. Saya cakap dengan dia 18 pek untuk sebulan (dan) seminggu untuk 15 pek macam tak kena. Dia jawab ‘kalau dapat lebih sikit, dapatlah minum lebih sikit’,” demikian luahan Syed Azmi menerusi video penstriman secara langsung di laman Facebook, mengenai pengalamannya menyemak butiran pemohon.
Terkejut dengan jawapan wanita berkenaan, Syed Azmi membuat perkiraan dari segi pendapatan bulanan suami wanita itu termasuk perbelanjaan dan kos lain seperti sewa rumah.
“Selepas tolak sewa, minyak motor tinggal banyak ni. Gaji banyak ni pun untuk sebulan, nak beli susu pun tak lepas.
“Cakaplah betul-betul, saya nak beri bantuan ni. Macam nilah, saya beri barang dapur, saya bagi susu formula untuk anak kecil tu, untuk seminggu,” katanya.
Syed Azmi melepaskan geram menerusi penstriman video secara langsung.
Hakikatnya, Syed Azmi turut mahu mendidik masyarakat terutama kaum wanita agar memberikan susu ibu untuk anak-anak mereka sebagai langkah penjimatan.
Syed Azmi kemudian bertanya lagi apakah alternatif lebih menjimatkan bagi menggantikan susu formula bayi dan antara yang dijawab adalah bubur nasi.
“Kalau tak boleh sangat macam mana? Kita nak mendidik dan membimbing. Dia cakap ‘tak boleh bagi susu formula, macam tu bagilah susu pekat manis’.
“Jangan nak buat cerita kasihan. Saya tanya tak nak buat menyusu badan ke? Dia kata ‘boleh, tapi tak tahu macam mana nak mulakan balik’,” ujar Syed Azmi yang menyarankan wanita berkenaan mendapatkan nasihat mengenai penyusuan susu ibu di klinik kesihatan.
Tolonglah, dah kata susu mahal, suami pun kerja gaji tak berapa banyak, jadi akak susah. Saya geram ni sebab malu nak cakap pasal menetek ni
SYED AZMI
Apa yang lebih dikesali apabila saranannya kepada ibu berkenaan untuk mengurut payu dara bagi melancarkan pengeluaran susu badan diperlekehkan.
“Saya cakap macam nilah, saya bagi sikit susu formula tu. Tapi akak masih kena pergi ke klinik dan cuba juga breastfeeding (penyusuan susu ibu).
“Tolonglah, dah kata susu mahal, suami pun kerja gaji tak berapa banyak, jadi akak susah. Saya geram ni sebab malu nak cakap pasal menetek ni. Dalam keadaan yang terdesak ni, kita perlu lebih bijak.
“Maaf, saya terpaksa lepaskan geram kerana ia pasal anda dan keluarga anda, maka anda patut lebih tahu macam nak uruskan kewangan,” katanya.
Kaum ibu dididik untuk melakukan penyusuan susu ibu bagi menggantikan susu formula bayi.
Syed Azmi menerusi Persatuan untuk Anak Kita membantu banyak keluarga sepanjang PKP, dan bantuan mengutamakan barang keperluan untuk seisi keluarga.
“Macam sewa saya kena semak dulu, kalau tunggakan sebelum Covid-19 pun dah tertunggak, jadi apa beza selepas Covid-19 pun. Jadi, jangan ambil kesempatan.
“Nak buat benda baharu macam nak bina tandas saya tak layan. Kita beri barang dapur, susu dan keperluan anak selama seminggu. Ada yang minta beg sekolah ada roda untuk anak pun saya tak layan.
“Kalau bahasa kurang ajar, tak beradab… saya akan buang juga (daripada senarai penerima bantuan),” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haha..nilah yg payahnya..dah dibagi betis meminta2 peha plak..
Patut bersyukur dah org nak bagi bantuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ellez replied at 1-4-2020 06:05 PM
Haha..nilah yg payahnya..dah dibagi betis meminta2 peha plak..
Patut bersyukur dah org nak bagi ban ...
sebenarnya ramai jugak yang dapat bantuan perangai tak semenggah...sebab diorang guna card 'kebajikan'...
saya sendiri pernah tengok sorang ibu tunggal ni, memilih2 bantuan...demand...
nyampah plak...
tapi yang betul2 susah kadang2 takde meminta2 sebab mostly redha dan usaha ikut kemampuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo follow fb Syed Azmi ni, memang macam2 kerenah tapi bila ada yang tegur or bagi idea pada penerima bantuan, kena kecam tak bertimbangrasa or tak tahu cerita sebenar. Tapi kalo fizikal sihat, bergaya dan anak rapat2 takkan tak boleh terima nasihat netizen? |
|
|
|
|
|
|
|
bloodyamuk replied at 1-4-2020 06:16 PM
sebenarnya ramai jugak yang dapat bantuan perangai tak semenggah...sebab diorang guna card 'kebaji ...
Iols pernah alami sdri
Bantuan kpd beberapa ibu tunggal di pejabat iols..
Sempena raya..
Iols taknak ungkit bab bantuan2 ni sbb iols ikhlas walaupun tak banyak..
Tapi,ianya cukup mengajar iols ttg beberapa perkara..
Jadi baiklah bantuan hanya dihulurkan kpd yg benar2 memerlukan..benar2 susah..sebab mereka jauh lbh mneghargai..
Hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak cukup sabar nak lyn karenah mcm ni...thumbs up kepada semua sukarelawan yg penyabarrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
mentaliti kampung plus cina kiasu Dah jd mentaliti hybrid
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi amboi.... demand gittew... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak banyak2 macam tu betul2 untuk kegunaan sendiri ke nak buat jual sama. Zaman sekarang ni ramai yang suka ambil kesempatan akan kebaikan orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
psl tu klu oran viral psl orang susah ni aku mmg takkan bulat bulat percaya. Dah byk kali kantoi so called orang susah ni rupanya spesis biawak hidup yg cuma nak mkn free semua benda. Di beri pancing utk pancing ikan, tp lbh suka minta minta ikan. Sebab malas nak memancing. Patutlah hidup miskin melarat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah terlalu byk kes2 sebegini membuatkan ramai penderma2 seakan2 serik utk menghulurkan bantuan kpd golongan sebegini.
Yg dibantu kdg-kala agak demanding dan kurang mensyukuri pemberian yg diterima. Sbb mentaliti subsidi telah sebati di dlm diri. Maka ada sebahagian yg menjadi malas utk berusaha semampu habis. Bahkan asyik mengharapkan subsidi drp bdn ini, drp pertubuhan itu, drp pusat zakat dll.
Serba salah sbb yg nak membantu hanya nak meringankan beban dipikul oleh golongan2 yg kurang berkemampuan kerana lillahi taala. Bila golongan yg menerima sebegini sikapnya, mmg akan terjentik kehampaan (disappointment) di hati sukarelawan.
Auntie salute sukarelawan2 yg sabar & tabah menghadapi kerenah2 ini. Auntie tak mampu, muka auntie tak dpt menyembunyikan apa yg di hati auntie. Dan mungkin kata2 nasihat spt machine gun keluar drp mulut auntie yg mungkin menyinggung perasaan penerima. So kena gunakan NGO2 utk memberikan bantuan kpd mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu mcm nak jual balik deyy |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 1-4-2020 06:33 PM
psl tu klu oran viral psl orang susah ni aku mmg takkan bulat bulat percaya. Dah byk kali kantoi s ...
Hihi..iols seakan bersetuju dgn pendapat uols ni..
Tapi bila kita tegur pape,maka akan kuarlah segale hadis pepatah bagai hidup tak selamanya diatas,memberi biarlah ikhlas bla2 utk justify sedapkan hati diorg sdri yg mcm tu padahal tak sedar keadaan diri n kehidupan berkait rapat sikap mereka yg bagai tak tahu diuntung..
Ermmm |
|
|
|
|
|
|
|
Anak minum susu sebln 18pek?.....
Perghhh....mcmana dia belanja tetiap bln ek?.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah berdepan dgn kes penerima bantuan NGO ni tak dtg ambil bantuan
walhal rumahnya bukan jauh dari tempat agihan
jalan kaki tak sampai pun 5 minit
sihat pulak tu
lagi pun kami dah call sebagai reminder ttg program
tapi sebab bantuan tu utk mereka
kami htr jugak ke rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya mentaliti orang susah ni kadang macamtu. Ada jutawan rajin sedekah tapi..yang datang minta bantuan tu ada yang minta sponsor kenduri kawin, minta belikan meja makan, kereta, trip melancong. Ada gak parasit yang makan lagi atas sumbangan dia. Minta benda2 tak masuk akal
|
|
|
|
|
|
|
|
Jenis tu bagi sahaja garam 5-6 kilo! Baru dia insaf
|
|
|
|
|
|
|
|
yg jd volunteers ni kena tinggi kesabaran, kalau aku yg jd dia mintak 18 pack susu, mau aku bagi 18 perenggan carutan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Peterpan17 at 1-4-2020 07:31 PM
ellez replied at 1-4-2020 07:00 PM
Hihi..iols seakan bersetuju dgn pendapat uols ni..
Tapi bila kita tegur pape,maka akan kuarlah se ...
Ya, klu ko ingat kes viral
kat FB pompuan umur 35 thn dgn 7 anak. Mengadu susah tak cukup mkn dsbnya. laki penagih dadah kena tangkap. Abis pusat zakat kena kecam netizen. Sekali terburai semua tembelang dia bila pusat zakat buka fail dia. Mcm mcm bantuan dpt. Bila dah jd mcm tu, dia pusing cerita pula. Eh!! setannya org mcm ni. Anak umur 16, 15, 14 tahun bukannya kecik lg. Dah blh dikerah utk bantu klu dia niaga nasi lemak atau lain lain makanan. Alasan je nak hidup stail biawak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
kau nak tahu perangai manusia tak reti bersyukur try la buat keje2 welfare..
patutlah Allah benci orang miskin yang sombong.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|