MD Najib (kiri) berpakaian sut keselamatan persediaan wabak Covid-19 bersama rakannya. FOTO Ahmad Ismail.
“KAMI pernah menggali kubur berjam-jam lamanya namun tidak pernah merasai cabaran berpakaian seolah-olah ‘angkasawan’ untuk persediaan pengurusan jenazah.
“Jadi hargailah pengorbanan kakitangan kesihatan yang terpaksa memakai sut ini dalam keadaan penuh cabaran untuk membantu menyelamatkan nyawa mereka yang terkesan dengan wabak Covid-19,” kata penggali kubur yang juga kakitangan Pejabat Kadi Segamat, Md Najib Teh, 53.
Dia yang menetap di Kampung Berata, Segamat, berkata, kebiasaan dia akan melakukan kerja menggali bersama seorang lagi rakan, Abd Rahim Abu Lias,50.
“Pelbagai pengalaman dilalui sepanjang menjadi penggali kubur selama 20 tahun tetapi sebelum ini saya hanya memakai baju T dan berseluar panjang saja,” katanya yang ditemui ketika mencuba sut keselamatan persediaan wabak Covid-19, hari ini.
Md Najib berkata, dia dan rakannya cuba membiasakan diri dengan memakai sut itu dan melakukan tugas menggali kubur.
“Rasa panas dan bahang memakai sut menutup dari kepala hingga keseluruhan badan menyebabkan kita mudah berpeluh dalam waktu singkat. Saya dapat bayangkan bagaimana kakitangan kesihatan yang perlu merawat pesakit Covid-19 yang mengejar masa memberikan rawatan,” katanya.
Menurutnya, mereka juga terpaksa memakai penutup hidung dan mulut selain mengambil masa antara tiga hingga empat jam menyiapkan lubang kubur.
Dia berkata, setakat ini dia bersyukur semua tugasan berjaya diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Post time 1-4-2020 09:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pearl.silver replied at 1-4-2020 08:22 PM
Gali kubur pun dah pakai sut ppe ke?
Masa tu jenazah xsampai lg.. Perlu ke satu sut.
Sgat mmbazir. Sama jgak dgn inspektor kesihatan yg acah2 frontliner. Mmbazir PPE utk atend kes xpasti covid ke x dgn keadaan pt yg stabil. Pakai simple PPE je ckup tp IK yg bdoh ni pon ggih pkai tyvet. Sdangakn dkt Klinik ksihatan yg btol2 hadap pt yg sesak nafas x pasti covid ke apa pon pakai basic simple PPE.
Post time 1-4-2020 09:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
so korang yg byk songeh tu duduk la elok2 di rumah. jgnlah menyusahkan frontliner & penggali kubur. sabar la selagi tempoh PKP belum tamat. suruh duduk rumah jer....bukannya suruh volunteer gali kubur pakai bunny suit angkasawan
tak kan gali kubur pakai PPE gitu? apa reason kena ikut SOP macam tu? agak kepelikang..
Silap2 penggali kubur bleh kiok sebab heat stroke..
Baik gali pakai backhoe.. allocate atau pinjam je ruang tanah kubur yang mudah utk backhoe masuk (bagi tanah perkuburan yang berterabur).
Masa nak timbus/tambun tanah tu pun, rasanya tak perlu nak berpakaian macam tu.. Setahu aku, mayat mangsa covid-19 ni, selepas di kafan di balut plastik. Pastu di nyah cemar. Pastu masuk dalam keranda & nyah cemar..before sampai ke kubur memang dah di seal kan keranda serta di nyah cemar. berlapis2 kot proses nyah cemar tu.
Dan aku pasti, mostly penggali kubur ni, selepas tanam mayat depa akan basuh/buang baju lama dan mandi dengan sabun sebelum pi jumpa sapa2..
Tak kisah la penggali kubur tu nak pakai sebelum menggali kubur atau semasa nak tolong turun kan keranda ...
Kita baca ni jer lah .. pengalaman yang dier rang kongsi tu ... perit nya yang mengguna kan sut tersebut sepanjang masa bertugas.
“Rasa panas dan bahang memakai sut menutup dari kepala hingga keseluruhan badan menyebabkan kita mudah berpeluh dalam waktu singkat. Saya dapat bayangkan bagaimana kakitangan kesihatan yang perlu merawat pesakit Covid-19 yang mengejar masa memberikan rawatan,” katanya.