CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5249|Reply: 54

[Tempatan] COVID-19. Hasil analisis PKP fasa pertama. Graf mula mendatar. Tahniah rakyat, K

  [Copy link]
Post time 1-4-2020 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Covid-19: Data mendatar tanda awal kejayaan bendung wabak
2 minutes



PUTRAJAYA - Data terkini kes positif koronavirus (Covid-19) yang semakin mendatar menunjukkan tanda awal kejayaan kerajaan membendung penularan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data tersebut hasil daripada pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir semalam.

"Kalau kita lihat kajian Malaysia Institute Of Economic Research menunjukkan 399 kes baharu positif Covid-19 setiap hari dengan kumulatif 4,000 kes sehingga semalam," katanya.

Bagaimanapun katanya, data sebenar menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes.

"Jadi nampak daripada graf tersebut, ada tanda-tanda awal bahawa kita berjaya dalam melakukan pelaksanaan PKP," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) berharap dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti pada PKP fasa kedua terutamanya di kawasan panas yang telah dikenal pasti.

"Sekiranya ada kes mendadak di kawasan panas itu, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"KKM akan saring semua orang di kawasan tersebut dan mengenal pasti, mengasingkan mereka yang positif untuk diberi rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hasil pelaksanaan PKP fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu.

Fasa kedua PKP bermula hari ini dan berakhir pada 14 April depan.

Sebanyak tiga kawasan dikenakan perintah PKPD iaitu di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala Lumpur.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi sikit je lagi... kita boleh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah semua.. Teruskan usaha.. Sabaq la nooo.. 13 hari saja lagi kita dok rumah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 07:21 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sama2lah kita patuhi MCO, kalau still degil ingkar nk kuar jln2, mau beraya di bandar je kita semua nti..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:34 PM | Show all posts
let say selepas 14/4 ni operation resume macam biasa, adakah bazar ramadhan akan diadakan? tiada penangguhan bayaran balik pinjaman dan lain-lain
Kalau aku biar betul2 bawah 10 kes sehari dalam tempoh seminggu baru istiharkan merdeka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2020 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 1-4-2020 11:34 PM
let say selepas 14/4 ni operation resume macam biasa, adakah bazar ramadhan akan diadakan? tiada pen ...

Masa tu.. Merdeka tahun ni akan memberi makna mendalam bagi kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:39 PM | Show all posts
Ada tak KKM set kan jumlah kes sebelum diistiharkan penghentian
MCO?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2020 07:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 1-4-2020 07:35 PM
Masa tu.. Merdeka tahun ni akan memberi makna mendalam bagi kita semua

Kawalan border kena diperketatkan, jiran kita tu anytime boleh menyusup masuk, if yang menyusup masuk tu
positif covid sia-sia jer usaha


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:46 PM | Show all posts
Alhamdulillah, saya tak pernah rasa gembira baca berita kecuali yang ini, rasa macam gembira, sebabnya jika berjaya PKP maka tiada pelanjutan dan Muslimin serta Muslimat dapatlah bersedia menghadapi bulan Ramadhan dan Hari Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 1-4-2020 07:34 PM
let say selepas 14/4 ni operation resume macam biasa, adakah bazar ramadhan akan diadakan? tiada pen ...

Byrn penangguhan bank tu mmg dia kasi 6 bln. Sbb smlm aku buka mybk2u, bila tekan  dkt loan acc, dia dh tulis due date 1st Oct 2020.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 1-4-2020 11:43 PM
Kawalan border kena diperketatkan, jiran kita tu anytime boleh menyusup masuk, if yang menyusup ma ...

Jiran hat mana?  Indon la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, together we can do this. Tolong la patuh pd arahan. Dkt tempat aku, even green zone, polis askar duk berkawal mcm darurat besar. Sebanyak byk lorong jln blkg, habis semua ditutup, tggl laluan yg ada sekatan je. Nk g bl brg & nk blk umh pon kena lalu roadblocks. Aku paham mgkn dieorg tighten traffic control, dieorg takut mgkn ada pihak yg mgkn bwk virus ni msk. Tp terseksa weh, duk kena jwb dgn askar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:01 PM | Show all posts
Ayuh Malaysian teruskan usaha hingga berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:04 PM | Show all posts
Tompang tanya....kenapa katanya graf tu mendatar sedangkan still menaik secara linear..?? Ke maksudnya takde case yg naik mendadak..?? Ke cemana...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke fasa kedua ni nak beli barang keperluan pun susah.. kena ada surat ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2020 08:37 PM | Show all posts
tungkai replied at 1-4-2020 08:04 PM
Tompang tanya....kenapa katanya graf tu mendatar sedangkan still menaik secara linear..?? Ke maksudn ...

jumlah kes naik sebab ada kes baru
fokus ialah jumlah kes tak bertambah byk dan sampai masa jadi ZERO


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2020 08:39 PM | Show all posts
Kurex replied at 1-4-2020 08:32 PM
Betul ke fasa kedua ni nak beli barang keperluan pun susah.. kena ada surat ke...

tak perlu surat
yg dihalang ialah ko duduk Damansara tapi nak beli barang di Sunway
tu confirm la kena tahan
tak pun sure U-turn
dia minta pergi ke kedai berhampiran rumah
bukan cross border


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa tak payah nak happy dulu, kluster balik kg kluster beli brg duk senyap2 mengintai kita
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham la... kes sehari 100 lebih sebab kapasiti nak check tu terhad dan ambil masa kan..kalau tiba2 kapasiti makmal utk test  meningkat,kes pun boleh meningkat balik kan..yg pending masih ribu2 kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.079125 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list